The word credit to Shieyruna
__________________________________
Halilintar meraup wajahnya , kasar. Ya, dia akui dia juga sukakan Taufan tetapi tidak sangka Solar maju ke hadapan dalam pertandingan memikat hati Taufan!
Dia memandang wajah Solar dan Taufan yang senyum antara satu sama lain. Mata mereka bertembung. Dan muka Taufan juga merah padam.
Halilintar mengaup rambutnya ke belakang.
Serabut.
🌿🌿🌿
Solar senyap memandang Thorny yang termenung. Pelik. Semenjak ini Thorny suka termenung dan tidak peduli sebarang panggilannya iaitu seperti 'perempuan bisu', 'Thormakninah' dan 'Thor'
"Hei, Thormakninah!" Solar tidak berpuas hati apabila panggilan dia tidak disahut.
"Hei , Thorn!" Solar menjentik kepala Thorny. Thorny mengaduh dan berpaling kepada Solar. Dia seperti tidak ada mood ingin melayan Solar.
Entah kenapa. Solar terasa berdegup kencang melihat ke dalam anak mata Thorny.
Thorny hanya menghayun - hayunkan tangannya di hadapan Solar menyebabkan Solar tersedar dari lamunannya. Thorny ketawa kecil melihat Solar.
Solar pula terasa cair dengan senyuman Thorny. Eh---
'Tidak, takkan aku dah tersuka pada Thorny pula..' detik hati Solar. Tangannya laju membaca buku Sejarah. Secara fizikalnya, memang dia membaca buku tetapi secara logiknya, buku yang membaca dia.
Tidak---
Dia perlu hilangkan perasaan ini.
🍀🍀🍀
"Solar , kita perlu berbincang sekejap," Hali mengheret Solar di belakang bangunan B sekolah. Di situ, kawasan yang jarang orang datang makan pada waktu rehat di situ.
"Kenapa?" Tanya Solar, mukanya tidak bersalah. Mulutnya sibuk menguyah roti sandwich yang dibuat ibunya semalam.
"Kenapa apa?! Kau rampas Taufan dari aku!" Hali hampir sahaja menumbuk Solar tapi dia menahan tangannya daripada menumbuk muka kawannya itu. Api mulai panik. Hali akan berubah menjadi roh pikachu jika dibiarkan.
"Eik? Taufan tu kau punya ke? Yalah, mungkin dia fall in love kat aku ke," Solar sengaja menyakitkan hati Hali. Hali menumbuk dada Solar. Solar terbatuk batuk.
"Hei, jangan gaduh.." Api mulai panik. Tidak pasal - pasal diadakan perlawanan WWE di sini.
"Kau apa tak puas hati ha?!" Solar menarik kolar baju Hali. Lagaknya seperti ingin mencekik Hali namun cepat cepat Api menolak mereka berdua sehingga terjatuh.
"Kau kenapa Api?" Marah kedua sahabat itu serentak. Sakit woo..
"Kita semua sahabat! Takkan nak bergaduh hanya kerana perempuan pula!" Kata Api. Dia memang tidak mahu kehilangan dua sahabatnya itu.
Hali hanya memandang ke arah tempat lain. Begitu juga Solar. Memang mereka terasa hati dengan kata - kata Api tadi. Buat apa mereka gaduh hanya kerana seorang perempuan? Kenapa mereka perlu memutuskan tali persahabatan kerana seorang perempuan?😔
YOU ARE READING
Arigatou (BBB)
DiversosThorny Leaf , gadis yang bisu. Dia baru sahaja berpindah ke Sekolah Menengah Pulau Rintis. Nasib dia bertambah malang apabila dia dibuli oleh kumpulan THREE ELEMENT , lagi lagi ketua kumpulan dia adalah Solar Light. Nasib baik kawannya, Yaya dan...