Bab 3 : Suka atau benci?

322 30 1
                                    

  Thorny masuk ke dalam kelas. Masa pertama dan kedua adalah Sejarah. Memandangkan guru sejarah mengambil cuti bersalin , Thorny mengambil kesempatan membaca buku.

  "Hei, Thorny!" Yaya menyapa Thorny. Cikgu Sejarah tiada, apa lagi? Ambil kesempatanlah! Mari kita mengadakan sesi bergosip!

  "Kau nak masuk kelab , persatuan dan permainan mana?" Tanya Ying.  Mereka boleh bergosip sementara THREE ELEMENTAL berada di belakang kelas, sedang bermain - main lawak bodoh.

  Thorny menulis sesuatu di atas sehelai kertas;

Aku ingat nak masuk Pengakap,
permainan pula badminton. Kelab....
Aku teringin nak masuk ahli kelab
Usahawan Muda.

    Kertas itu dihulurkan pada Yaya dan Ying. Yaya dan Ying mengangguk faham. Ying pula terlebih teruja.

  " Woah, lu dulu Pengakap ya? Aku pun pengakap juga," kata Ying. Thorny menunjukkan pada Yaya.

  "Aku? Aku masuk Tunas Puteri. Tak sama dengan kau orang," kata Yaya.

  "Hei, korang kenapa gosip dekat sini? Ni tempat aku dengan Thorn. Sudah , pergi!" Kata Solar. Tangannya menghalau Yaya dan Ying seperti menghalau lalat.

  "Thorn?" Yaya mengerutkan dahi.

  "Biarlah dia. Malas aku nak cari pasal. Jom duduk tempat kita balik. Aku nak suruh kau ajar Matematik," kata Ying sebelum memegang tangan Ying, membawa Yaya ke tempat mereka semula.

  Thorny hanya melambai Yaya dan Ying sebelum kembali membaca buku Sejarah.

  Solar mengerling Thorny. Entah kenapa. Perasaan apa ni? Suka atau benci?

🍀🍀🍀

Perjumpaan Pengakap

  " Penatnya!" Ying menongkat dagu. Dia bersandar pada bahu Thorny. Thorny hanya tersenyum.

  Solar masuk perjumpaan itu. Thorny dan Ying terkejut. Tidak sangka pula yang Solar merupakan ahli pengakap.

  " Hari ini kita akan melakukan pemilihan semula. Pengerusi, naib pengerusi, bendahari, setiausaha, AJK Tingkatan 5 , 4 dan 3," kata Cikgu sebelum memilih ahli jawatankuasa yang baharu.

  Tanpa disedari Thorny, satu makhluk yang comel berjalan di atas kepala Thorny.

  "Kak.."

  Tegur seorang pelajar perempuan junior . Ying juga sudah terketar - ketar melihat makhluk di atas tudung Thorny.

  Thorny dengan muka blur nya, mengambil makhluk di atas kepalanya. Dua sesungut di kepala, berbadan coklat dan mempunyai kaki yang menggelikan.

  "Argghhhhh!" Suara Thorny menjerit agak serak campur dia sememangnya bisu. Keadaan lebih teruk apabila lipas itu mula terbang. Apa lagi kecohlah!

🍀🍀🍀

     Thorny mengeluh. Dia masih teringat lagi kejadian di sekolah tadi...

    "Solar!"

    Muka Cikgu Nora merah teramat tanda marah. Gerangan yang bernama Solar itu tertunduk . Dia tahu itu salahnya. Mengenakan Thorny. Solar terpandang Taufan Wind, gadis yang diminati. Malunya~

  Ya, Solar sejak tingkatan 2 sudah mulai suka Taufan Wind. Dia tidak meluahkan perasaan itu kerana ada bau bau gosip mengatakan Halilintar Storm sukakan Taufan Wind.

  "Piap!"

   Pembaris kayu terkena belakang badannya . Aduh, mesti merah belakang badan! Setelah dirotan 4 kali, Solar terasa ingin nangis tapi teringatkan jantinanya yang lelaki bukan transgender, dia tidak patut menangis.

  Thorny memandang Solar, sayu. Secara kebetulan, mata Solar dan Thorny bertembung. Bukan pandangan cinta.

  Thorny memandang Solar dengan pandangan sayu. Rasa bersalah.

  Solar hanya memandang Thorny dengan pandangan geram.

  "Kau..."

  Thorny berpaling. Alamak--- Raksasa Solar dah marah. Buktinya, mukanya merah menahan amarah.

  "Ini semua salah kau!" Solar menolak Thorny hingga Thorny jatuh dari kerusi. Nasib baik ini waktu balik. Jadi tiada sesiapa nampak.

  "Terbaik!" Sahut Api, menyokong tindakan ketua mereka. Hali hanya dengan muka mendatar. Sekali lagi.

  " Solar!"

  Yaya dan Ying bantu membangunkan Thorny. Solar tidak cuak sekalipun. Roh dia ketika ini dikuasai perasaan amarah sahaja.

  "Haiya ... Lu yang cari masalah. Siapa suruh lepaskan lipas? Siapa suruh buli orang guna lipas. Cermin diri sendiri dululah sebelum kenakan orang!" Ying ingin menumbuk Solar tapi dihalang Thorny.

  Thorny menggeleng, ianya isyarat supaya jangan lakukan apa - apa. Thorny menggalas beg dan menunggu dua sahabatnya keluar sebelum beredar dari kelas.

  Solar menjeling bayang Thorny yang sudah tiada.

  Adakah itu pandangan benci atau suka?

  Tapi dia yakin.

  Ini ialah pandangan benci

✌✌✌

Siot. Mengikut fakta ibu bapa sedunia, apabila seorang adik membuat salah , seorang kakak atau abang akan dimarahi . Wtf (WHERE THEE FOOOD)

Op! Op! Op! Jangan haraplah Solar nak suka Thorny. Bila masa Nooroo cakap Solar suka Thorny ha? Ha? Ha?

 

 


Arigatou (BBB)Where stories live. Discover now