Bab 4 : Surat Cinta Untuk Fang

338 30 2
                                    

Thorny memicit micit ibu jarinya. Dia duduk di sebelah Solar. Dia masih lagi takut Solar mengapa - apakannya. Apatah lagi tentang peristiwa semalam.

"Hei, Thorn.."

Thorny hanya mendiamkan diri. Kerusi dijarakkan sedikit. Takut diapa - apakan oleh Solar. Entah kenapa Solar suka panggil dia dengan panggil Thorny.

" Sorry ..."

Thorny hanya mengangguk. Jarinya menunjukkan ke hadapan, membawa maksud 'cikgu sedang mengajar, jadi diam'. Solar faham maksud itu, hanya mengangguk.

"Hantar kerja rumah yang saya berikan semalam," kata Cikgu Rakesh selaku cikgu matapelajaran a.k.a Cikgu Disiplin.

Thorny tenang mengeluarkan kerja sekolahnya. Tiba - tiba, buku tulis matematiknya terjatuh ke atas lantai. Thorny ingin mengambil dalam masa yang sama , Solar ingin turut membantu. Kepala mereka terhantuk ketika ingin mengambil buku tulis matematik itu.

Muka Thorny merah padam. Kepala dia tertunduk - tunduk tanda minta maaf lalu segera mengambil buku tulis matematiknya.

"Tak apa, Thorn."

Thorny hanya tersenyum.

🌱🌱🌱

Fang merapikan rambutnya. Rambutnya yang dari tadi landak semakin menjadi landak. Dia baru sahaja membeli dua donat lobak merah kesayangannya.

Niat ingin makan di dalam kelas. Fang bersama donat kesayangannya kembali ke kelas 4 Wibawa.

"Eh--- apa ni?" Fang perasan ada sekeping surat terlipat kemas di bawah meja. Ianya berbau wangi sangat. Fang membuka surat itu.

"Ehhh--- ini..."

🌱🌱🌱

Thorny masuk ke dalam kelas ditemani Yaya dan Ying. Sebaik sahaja masuk ke dalam kelas, semua memandang Thorny seperti dia ialah Kapten Vargoba.

"Kenapa ni?" Tanya Yaya, bingung.

"Thorny, kau suka aku en?" Tanya Fang sambil tersengih, menggoda. Thorny menggeleng. Bila masa?!

"Ini surat untuk Fang dari secret admire dia yang bernama Thorny Leaf," Hali tersenyum mengejek. Dihulurkan sekeping surat kepada Thorny. Berderau darah Thorny membaca surat itu.

 Berderau darah Thorny membaca surat itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kepada : Fang

Saya sebenarnya sudah lama minat pada awak. Awak sangat hensem lagi lagi dengan populariti awak. Macam manalah orang tak suka awak . Tak apa , Fang. You had been in my heart forever!

-Thorny Leaf-

Thorny menggeleng laju. Ini bukan tulisannya. Tulisannya lebih cantik dan tersusun. Ini berterabur.

"Grammar pun salah," sangkal Ying apabila melihat ayat akhirnya. Fang mengerutkan dahi.

"SATU .. DUA... TIGA.." Solar mengira. Tiba - tiba Fang dan budak lelaki menyanyikan satu lagu khas buat Thorny.

You say you love me
I say you crazy
We're nothing more than friends
You're not my lover.
More like ...

" More like PEREMPUAN BISU!" Ketawa pembuli - pembuli kejam itu terburai. Thorny segera keluar dari kelas diikuti Ying.

"Apa bising - bising ni?" Tanya Cikgu Timie. Suasana kelas kembali senyap. Mereka segera kembali ke tempat masing - masing.

Solar mengerling ke arah tempat Thorny. Dia tergelak sedikit. Ya, kejam.

☘☘☘

Thorny berjalan ke sekolah dengan penuh terpaksa. Ini sudah masuk 3 hari dia sekolah di situ tetapi awal persekolahan sudah dibuli teruk. Dia mengeluh.

Yaya melambai pada Thorny yang baru sampai. Sekarang baru pukul 7:00 pagi. Masih awal lagi. Masih di sini.

"Thorny, kalau ada orang ejek awak. Awak kena lawan tau. Saya tak nak awak jadi lemah," Yaya memegang bahu sahabatnya, cuba memberikan kekuatan. Thorny tersenyum.

Masuk sahaja ke dalam perkarangan sekolah, Thorny diheret masuk ke dalam sesuatu tempat. Ehh--- bilik stor?

"Hei , Thorny," kelihatan seorang budak perempuan berambut ponytail menegurnya. Ada juga beberapa budak perempuan di belakangnya. Mungkin ini ketuanya.

"Kenapa kau suka Fang ha?!" Ketua perempuan itu menarik tudung Thorny. Thorny hampir sahaja tercekik.

"Ya, Fang hanya milik Suzy dan kami seorang!" Budak perempuan bernama Sara yang memakai topi menampar pipi Thorny. Kudrat Thorny memang tidak mampu melawan budak - budak perempuan itu.

Ketua perempuan yang bernama Suzy itu tersengih. Dia segera menambah perisa untuk menyakitkan hati Thorny;

"Sedarlah perempuan! Kau tu bisu! Tak layak nak masuk dalam sekolah macam ni!" Terburai budak - budak perempuan yang lain mendengar kata ketua mereka, Suzy.

"Hoi! Apa korang buat ni?!"



























































































































































































Thorny memandang muka orang yang berkata tadi. So-- Solar?

Solar memegang tangan Thorny yang berlapik dengan kain baju. Thorny memandang Solar. Kelihatan Solar teramat marah sangat.

"Tiada orang boleh buli Thorn kecuali aku seorang!"

Ehhh---?

❣❣❣

Huhuhu~

Bilik saya masih lagi mampu dikemas. Peperiksaan akhir tahun bulan depan. Abang saudara saya bagi dua ekor kucing kat saya. Cerita Geng Kuasa perlu dikejar kejar. Banyaknya beban~ TvT.

Tak tahu apa nak tulis lagi. Apa pun tunggu chapter yang akan datang!

🌿💗✨
THORLAR

🌿💗✨THORLAR

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Arigatou (BBB)Where stories live. Discover now