"Terima kasih, Thorny."
Thorny mengangguk sambil tersenyum. Dia keluar dari bilik guru. Memandangkan ini waktu rehat, dia mahu ke kantinlah. Apa lagi? Mesti Yaya dan Ying menunggunya di kantin.
"Thorny!"
Thorny terlompat ke belakang. Dia mengurut dadanya kerana terlampau terkejut. Api tersengih.
"Sorry , Thorny."
Thorny mengangkat tangan kirinya menandakan dia tidak apa - apa.
"Nak tahu tak , Ice sudi nak berkawan dengan aku!"
Muka Thorny menjadi teruja. Dia melompat lompat sambil menunjukkan isyarat bagus. Api hanya tergelak melihat reaksi Thorny.
Tanpa mereka sedari, mereka diperhatikan oleh seseorang.
"Grrr..."
🌿🌿🌿
Thorny berjalan dengan aman dan tenang ke kantin. Kelibat Yaya dan Ying sudah dikenal pasti. Namun baru satu langkah diorak ke hadapan untuk memasuki ruang kantin, kaki Thorny terpijak sesuatu yang licin. Badannya hilang imbangan dan tersungkur ke hadapan.
Tatkala itu kedengaran serentak suara hilai tawa yang kuat datang dari arah belakang.
Thorny menggosok - gosok lututnya yang pedih. Yaya dan Ying segera membantu sahabat mereka itu. Yaya sempat menjeling dua sekawan iaitu Hali dan Solar masih bergelak - ketawa.
"Hei, korang ni tak puas hati ke apa?! Asyik asyik buli Thorny macam Thorny dah buat salah besar kat korang. Apa? Maha hebat korang ni?" Yaya sudah mengamuk. Tangannya ligat menulis nama Solar dan Hali di buku tulisnya. Anehnya, Api tiada di situ.
"Oh, tidak..." Hali dan Solar sudah melopong. Habislah mereka kena denda nanti.
🌿🌿🌿
"Nasib! Nasib! " Solar mengeluh perlahan.
Hali di sebelah mengerling memandang kiri dan kanan. Baru sahaja mahu membalas kata - kata Solar, mulutnya terkunci rapat apabila melihat kelibat Yaya dan Cikgu Rakesh sudah terpacak jadi mak dan pak jaga di muka pintu
"Ini hukuman kamu semua. Basuh tandas ini sampai bersih, berkilat dan berseri - seri," Arahan guru itu bergema kuat sebelum Cikgu Rakesh beredar dari tandas lelaki itu.
"Padan muka." Yaya tersenyum memandang mereka berdua terpaksa mengelap dan mengemop lantai.
"Kau..." Hali hampir sahaja mampu mengamuk tapi Yaya pandai mengawal keaadaan.
"Kenapa? Nak tambah denda lagi?" Yaya menekan nekan pennya dan mengeluarkan bukunya. Serta - merta mulut Hali terkunci rapat dan kembali membasuh singki tandas.
Yaya tersenyum sinis sebelum beredar dengan hati yang puas. Solar menjeling Yaya.
"Percayalah... ini belum habis lagi.."
"HACUUM!" Thorny terbersin. Dia memadang sebelah tempatnya. Serba salah juga apabila Solar dan Hali terpaksa mencuci tandas kerana dirinya.?
"Saya ada sesuatu mahu maklumkan kepada kamu semua. Sekolah akan buat perkhemahan di Taman Negara , Pahang. Hanya 30 orang pelajar yang akan pergi. Kita akan berada di sana selama tiga hari dua malam. Yuran untuk perkhemahan itu sebanyak RM 200 (gila mahal) . Makanan dan tempat tinggal akan disediakan. Tawaran ini khas untuk kelas kita dan kelas 4 Karisma. Tempatnya terhad , jadi kamu semua perlu membuat pembayaran dan mendaftar awal. Sesiapa yang berminat, boleh ambil borang di depan."
Belum sempat Cikgu Timie meletak borang di atas meja, beberapa orang pelajar mula beratur ke depan.
Api mengambil 3 borang sekaligus kerana dia ingat ingin memberikan pada Solar dan Hali.
"Awak nak pergi tak?" Tanya Yaya. Dia menghulurkan dua keping borang itu pada Ying dan Thorny.
"Mestilah!" Sahut Ying. Thorny mengangguk riang, menandakan dia akan pergi.
"Mesti kem itu kem paling seronok sekali!" Ying mengenyitkan matanya. Yaya dan Thorny ketawa melihat kerenah Ying.
🌿🌿🌿
"Borang perkhemahan?" Encik Fahmi memandang sekilas. Riak wajah Solar berubah. Begitu juga Puan Lisa.
"Abang~" Seorang perempuan muda seksi memeluk Encik Fahmi. Sekali lagi, hati Puan Lisa tercalar. Solar memandang ibunya, sayu.
"Edmira sayang rasa patut ke nak bagi Solar ikut perkhemahan? " Encik Fahmi tidak terasa bersalah bermesra dengan perempuan simpanannya di hadapan Solar dan Puan Lisa.
"Let's him go. His life. Tapi guna duit Lisalah. Membazir duit abang sahaja," Kata Edmira , penuh menggoda. Solar mengetap bibir, geram.
"Kalau abang setuju okaylah..." Puan Lisa masuk ke dalam bilik bersama borang itu. Nada Puan Lisa tersangatlah sayu. Solar menjadi geram.
"Oi betina jalang! Kau memang tak guna kan! Say tan!" Solar menampar perempuan simpanan ayahnya itu. Hatinya cukup sakit melihat ibunya seperti ingin menangis.
"Solar Light!" Encik Fahmi menampar pipi anak terunanya itu. Solar memegang pipi nya. Pedih...
"Ayah nak sangat simpan sangat perempuan simpanan ni? SIMPANLAH!"
"Solar!"
Solar masuk ke dalam bilik dan menghempas pintu biliknya sekuat yang mungkin.
Tunggu kau manusia bermuka syaitan! Aku akan jernihkan kembali rumahtangga ibu bapa aku!
🌿🌿🌿
"Boleh sahaja , sayang," Puan Cheri menggosok kepala anaknya , lembut. Thorny tersenyum riang. Bolehlah dia mengikuti perkhemahan ini.
"Papa laparlah. Boleh tak anak papa masak ayam masak merah?" Pinta Encik Alix. Thorny mengangguk sebelum menuju ke dapur.
"Ayam tu jangan hangus sudah!" Usik papanya lagi.
Thorny menggaru kepalanya, blur . Puan Cheri dan Encik Alix ketawa melihat reaksi anak mereka.
🗂🗂🗂
Ambik ko dua bab sekaligus. Cikgu saya cakap orang yang suka membuli ini KSS bukan Keperibadian Sultan Shah tapi Kurang Kasih Sayang . Ish ish ish.
YOU ARE READING
Arigatou (BBB)
AcakThorny Leaf , gadis yang bisu. Dia baru sahaja berpindah ke Sekolah Menengah Pulau Rintis. Nasib dia bertambah malang apabila dia dibuli oleh kumpulan THREE ELEMENT , lagi lagi ketua kumpulan dia adalah Solar Light. Nasib baik kawannya, Yaya dan...