Bab 7 : Borang Perkhemahan

320 28 1
                                        

Media tu pun pimjam lagi tau =) Idina-chan
___________________________________

Thorny menepuk nyamuk yang hinggap di pipinya. Sememangnya banyak nyamuk di Taman Negara ini.

"Cantiknya sungai.." ujar Api dengan begitu teruja. Dia dibesarkan di bandar dan kedua - dua belah datuk dan neneknya juga tinggal di Kuala Lumpur. Jadi dia tidak mempunyai kampung seperti kawan - kawannya yang lain.

Solar menggaru kepala. Sekurang - kurangnya, dia boleh keluar dari masalah keluarganya. Hali dan Api menepuk bahu Solar perlahan, memberikan semangat.

Ice pula sedang lena tidur.

Nana sudah marah sampai nampak urat urat. Dia menampar pipi Ice namun Ice masih lagi tidur.

"Thorny, bantuan mu diperlukan sekarang. Kesian saya..." Nana mula menjadi drama queen . Thorny menepuk perlahan dahi Ice. Ice tersedar dan merapu;

"Zaman Paleolitik dianggap sebagai zaman mencabar kerana manusia perlu meneruskan.. huh..huh (tarik nafas) kelangsungan hidup dengan menggunakan teknologi batu yang serba ringkas."

Semua peserta di situ tergelak melihat reaksi Ice. Ice yang masih mamai duduk kembali di tempatnya.

"Semua pelajar, mari berkumpul di sini," arah Cikgu Rakesh. Muka guru itu tidak ada secalit senyuman. Mereka semua cepat - cepat berkumpul di tepi sungai di Taman Komanwel yang memang indah.

Cikgu Rakesh adalah guru kelas 4 Karisma. Hanya 10 orang pelajar sahaja daripada kelas 4 Wibawa yang menyertai perkhemahan ini. Selebihnya, daripada 4 Karisma, iaitu seramai 20 orang pelajar.

Seperti biasa , aktiviti perkhemahan ini tidak diwajibkan kepada pelajar, jadi pelajar perempuan paling sedikit yang menyertai. Hanya 9 orang pelajar perempuan dan selebihnya adalah pelajar lelaki.

"Kami dah pasang 13 khemah. Dua khemah untuk Cikgu Papa dan Cikgu Timie. 10 khemah lagi adalah untuk para pelajar. 3 khemah untuk pelajar perempuan dipasang berhampiran khemah Cikgu Timie . Tujuh khemah lagi untuk pelajar lelak dipasang berdekatan khemah saya " ucap Cikgu Rakesh sambil memandang seorang demi seorang para pelajarnya.

"Saya mahu ingatkan , sesiapa yang mahu mandi sungai, perlu beritahu saya dahulu. Kalau saya benarkan , baru boleh mandi, Faham?" Soala Cikgu Timie dengan suara yang agak tinggi.

"Faham , cikgu!" Jerit semua pelajar.

Cikgu Timie tersenyum. Kemudian, para cikgu memperkenalkan beberapa orang pekerja di tapak perkhemahan yang akan memantau mereka sepanjang aktiviti berlangsung.

"Tujuan kita mengadakan perkhemahan ini adalah bagi mengurangkan tekanan belajar kerana peperiksaan akhir tahun semakin hampir. Jadi.." belum sempat Cikgu Rakesh menyambung ayatnya, Cikgu Papa sudah menyampuk.

"Jadi burgembira ! Hooray!" Sorak Cikgu Papa dengan pom pom di tangan. Cikgu Timie menepuk dahi. Sebahagian pelajar tergelak melihat telatah cikgu mereka.

"Jangan terlalu gembira dan kawal percakapan. Kita berada di dalam hutan, faham?" Soal Cikgu Timie pula dengan kuat.

"Faham, cikgu!" Jerit semua pelajat sekali lagi. Ada yang mengangguk beberapa kali.

"Baiklah. Pelajar lelaki itu kebenaran. Girls pula ikut Cikgu Timie," Cikgu Papa mula merapu. Cikgu Papa segera ke lokasi perkhemahan lelaki dengan penuh lenggok gedik sekali. Segelintir pelajar lelaki menutup muka malu melihat cikgu lelaki mereka.

"Seperti yang diberitahu Cikgu Rakesh tadi, ada tiga khemah untuk pelajar perempuan. Saya sudah tetapkan khemah masing - masing," ucap Cikgu Timie selepas semua pelajar perempuan menghampirinya. Mereka dibawa ke khemah mereka.

Ice , Ying dan Thorny berada dalam khemah 1 . Yaya dan berada dalam khemah 2 dengan dua orang dari kelas 4 Karisma. Nana dan dua orang dari kelas 4 Wibawa berada dalam khemah C.

"Ala... Yaya tidak sama dengan kita!" Ying bercakap dengan laju. Thorny hanya tersengih, jujur dia tidak memahami kata - kata Ying.

"Zz...." Ice pula berdengkur. Nana mengucap seribu syukur kerana tidak sama dengan kawannya yang kuat tidur itu.

"Siapa nak mandi sungai?" Tanya Cikgu Papa dengan agak kuat apabila semua pelajar kembali berkumpul di bawah pondok berdekatan dengan sungai. Cikgu Papa kelihatan teruja dan kebudak - budakkan, lebih lebih lagi Cikgu Papa sedang mengepit pelampung di bawah ketiaknya.

"Saya!" Jerit mereka semua hampir serentak.

"Wow!" Segelintir pelajar mulai takjub. Mereka tidak sabar ingin mandi sungai.

" BUSH!" Air sungai terpercik apabila Cikgu Papa melompat ke dalam sungai. Segelintir pelajar tergelak sedikit melihat teletah cikgu mereka.

Thorny mencelup - celup sahaja kakinya ke dalam sungai itu. Dia memang takut dan tidak tahu berenang. Walaupun air sungai tidak terlalu dalam, dia takut juga kalau dia lemas.

Secara kebetulan, mata Thorny dan Solar bertembung. Solar memandang Thorny lama sebelum tersenyum. Api memercikkan air ke arah Solar. Solar tergelak dan memercikkan air ke arah Api kembali.

Thorny hanya tersenyum.




























🙄🙄🙄

Tags :
______
CikMelaaa syaznixon GegegirlThunder YaaSuha TaufanGalaxy hyouka-chan256

Tags :______CikMelaaa syaznixon GegegirlThunder  YaaSuha TaufanGalaxy hyouka-chan256

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Ice Frost

Nana Hkeira

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Nana Hkeira


Arigatou (BBB)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang