Bab 8 : Kemalangan

333 30 1
                                    

  "Kenyangnya..." Gopal membawa pinggan yang penuh dengan makanan. Dia sempat lagi menjeling THREE ELEMENT sebelum makan.

  Thorny memegang pinggan yang berisi bihun. Thorny menjliat bibirnya. Tunggulah bihun, akan kamu mendarat dalam perutku dengan selamat.

  Baru sahaja Thory melangkah ke arah kawan - kawannya. Dia rasa tersandung sesuatu dan terjatuh gedebuk.

"Aduh..." Thorny menggosok dagunya yang sakit. Yaya dan Ying segera mendekati Thorny. Habis bihun jatuh ke tanah.

  "Sakit ke? Kesiannya. Hahaha," gelak Solar yang sedang memegang pinggan berisi bihun. Dia menjeling Thorny yang dari tadi menggosok dagunya.

  "Mengapa dengan awak ni? Mentang - mentanglah cikgu - cikgu dan semua abang serta kakak masih di surau, awak sengaja buli Thorny, ya?" Sampuk Yaya yang tiba - tiba menjadi berani. Kebetulan semua guru dan fasilitator berada di surau untuk berbincang berkenaan aktiviti yang akan dijalankan hari ini.

  "Oh, awak dengan badan awak yang lemah tu --- ahhh~ suka hati sayalah~. Hahahaha," Sempat lagi Solar membuat gaya gedik , mengajuk kaum hawa. Yaya sudah tersenyum seram dan menekan - nekan pen hitamnya.

  "Sudah, buang masa je gaduh dengan mereka," Hali menyiku Solar sebelum mengheret Solar ke tempat mereka semula. Solar sempat lagi menjeling ke arah Thorny yang masih mengaduh kesakitan.

☘☘☘


Hari terakhir di tapak perkhemahan, Thorny tidak mandi di sungai seperti kawan - kawannya yang lain. Dia hanya duduk di tepi sungai tidak jauh dari tempat kawan - kawannya mandi. Dia hanya ketawa melihat mereka saling memercikkan air sungai sesama sendiri.

  Sebenarnya , Thorny sudah tiada perasaan untuk berkhemah lagi selepas ditengking oleh Solar semalam Dia sudah tidak sabar mahu pulang ke rumah....

  Thorny memandang langit malam yang indah itu. Dia mahu tengok sepuasnya memandangkan esok merupakan hari terakhir mereka di perkhemahan.

  Tiba - tiba, dia ternampak suatu cahaya putih di tepi sungai. Dia segera mendekati sungai itu takut - takut ada pencuri. Pencuri di sungai? Sah otak Thorny memang bendul.

  "Hrghh.."

  Batang penyapu ada di tangan. Dia ingat mahu memukul kepala 'pencuri' itu dari belakang.

"PAP!"

"Aduh!"

  Mata Thorny terbuntang. Solar? Ma--- matilah aku! Thorny mencampakkan  batang kayu di sebelahnya. Dia menundukkan wajahnya.

"Kau ni. Rosak rambut aku!" Solar menolak kepala Thorny. Thorny terundur ke belakang. Dia memegang kepalanya yang berdenyut - denyut.

"Kau perempuan bisu sehari tak wujud tak boleh ke?"

Thorny mengelap pipinya yang terkena percikan air. Dia segera ke tempat lain pula. Dia duduk di atas batu yang sedikit besar dan tinggi dan mencampakkan batu ke dalam sungai.

  "Thorny, lipas!"

  Thorny segera bangun dari tempat duduknya. Imbangan badannya tiba - tiba tidak stabil dan jatuh ke dalam sungai. Kepalanya semakin berat, matanya berbalam - balam sebelum pandangannya terus menjadi gelap.

  "Thorny, maafkan aku!"

   Suara itu sahaja dia dengar sebelum pandangannya menjadi gelap.

  "So-- solar..."

💥💥💥

  Thorny tidak tahu sudah berapa lama dia tidak sedarkan diri. Kepalanya terasa pening dan pedih. Terasa dirinya berada di suatu tempat yang asing. Di situ , dia terbaring di atas katil yang putih dan selesa.

  "Sayang, kamu dah sedar?" Puan Cheri mencium ubun - ubun Thorny. Risau hatinya apabila menerima panggilan dari pihak sekolah yang Thorny lemas semasa waktu kem perkhemahan.

  "Kamu kat hospital. Risau ayah dibuatnya." Encik Alix mengusap rambut anaknya , lembut. Kemudian , Encik Alix menekan butang kecemasan di dinding bilik untuk memanggil doktor yang bertugas.

  'Apa yang berlaku sebenarnya?' Detik hati Thorny.

  Pintu terbuka , dan seorang doktor muda melangkah masuk. Doktor itu sempat tersengih sebelum meminta kebenaran, " encik, puan... saya mahu periksa Thorny sekejap."

  Encik Alix dan Puan Cheri mengangguk, membenarkan. Mereka memerhatikan doktor itu memeriksa anak mereka. Mereka berharap tiada apa - apa yang tidak baik berlaku pada Thorny.

  "Selepas membuat pemeriksaan X-ray, anak tuan puan baik  baik sahaja. Cuma kepalanya terhentak dan sedikit luka. Kamu boleh balik sekarang. Ubat panadol ini untuk menghilangkan sakit kepala. Luka tu sapu dengan minyak gamat sahaja."

  Puan Cheri memeluk Thorny , gembira apabila anak mereka tidak apa - apa. Begitu juga Encik Alix.

Thorny tersenyum. Dalam hatinya berdetik, siapa yang menjerit lipas kepadanya? Dia takut lipas kot!

😐😐😐

Again...

Tag
____
Idina-chan Isuka-chan dayinihajidah Raysa_Aulia Asya_Sakura  chaaaNana2004


Arigatou (BBB)Where stories live. Discover now