"Thorny..."
Thorny hanya mengangguk, membiarkan mamanya, Puan Cheri berkata - kata ( Apa benda ni nama keturunan semua tumbuhan).
"Esok kita pindah sebab papa ada dapat tawaran naik pangkat arkitek di Pulau Rintis."
Thorny mempamerkan wajah terkejut. Dia tidak mahu pindah! Hatinya meronta - ronta! Namun, apakah daya apabila dia memang bisu sejak dilahirkan.
"Ibu harap Thorny setuju. Thorny kemas barang barang, ya?" Puan Cheri mengusap rambut anaknya lembut. Thorny hanya mengangguk, perlahan.
Dia sudah 16 tahun hidup dengan bisu. Dia dilahirkan memang bisu sejak kecil. Mama dan papanya segera membawanya ke hospital apabila anak perempuan mereka tidak boleh bercakap walau umur sudah mencapai 6 bulan.
Anak perempuan mereka tidak bercakap malah bisu. Hanya memberi respons menangis dan pergerakkan badan.
Luluh dan hancurnya hati mama dan papa apabila mengetahui anak perempuan mereka bisu. Doktor kata, anak perempuan mereka akan melakukan pemeriksaan di hospital berturut - turut.
Selama 16 tahun hidup tanpa kawan.
Selama 16 tahun hidup kepuraan.
Hrmm..
🌱🌱🌱
4 Wibawa
"Bosanlah!" Kata pelajar lelaki berambut oren. Dia memang hyperaktif sehingga pelajar di sebelahnya turut dikacau.
"Takkan cikgu tak datang , Hali? Kenapa lambat sangat? Aku teringin nak buat kacau!" Kata pelajar itu kepada pelajar berambut merah bernama Halillintar Storm.
"Api, aku minta tolong sangat."
"Apa Hali?"
"Tolong diam boleh tak, bising😑," kata Hali sebelum menyambung membaca buku Harry Potter nya . Api seperti ingin menangis tidak berlagu apabila perlu ditolong begitu.
"Chill lek lah. Nanti cikgu sampailah tu," sapa pelajar yang duduk di belakang Api Blaze. Rambutnya berwarna kuning cair dan memiliki wajah yang agak kacak.
Di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Rintis, ada satu pembuli terkuat di situ. Mereka terdiri daripada 3 lelaki yang bukan transgender . Ketua mereka ialah Solar Light manakala ahli mereka ialah Halilintar Storm dan Api Blaze.
Mereka sangat nakal. Yang peliknya, Hali boleh mendapat straight A walaupun jadualnya penuh dengan membuli. Jadi tidaklah nama kumpulan mereka tercemar kerana ada seorang ahli yang bijak pandai.
Nama kumpulan? Nama kumpulannya ialah THREE ELEMENT! Ish... ish... ish... Buatlah nama lagi popular. Kumpulan Halilintar, Raksasa Api dan Solar perasan. Hah! Kan cantik nama tu!
Mereka sangat kejam dalam bidang membuli. Malah, sampai senior tingkatan 5 takut akan mereka. Namun, ada segelintir murid suka dibuli kerana anggap itu jodoh mereka. Euww..
Tetapi, bukan semua yang suka TREE eh--- THREE ELEMENT....
"Cuba lu tengok , Yaya. Menyampah maa...," kata seorang pelajar cina kepada Yaya Hana. Yaya hanya memandang ke belakang dan melihat THREE ELEMENT.
"Boleh tak jangan suruh pandang muka diorang, Ying?" Yaya tersenyum kepuraan . Geram dengan tiga budak lelaki yang kuat membuli dan perasan kacak itu.
YOU ARE READING
Arigatou (BBB)
RandomThorny Leaf , gadis yang bisu. Dia baru sahaja berpindah ke Sekolah Menengah Pulau Rintis. Nasib dia bertambah malang apabila dia dibuli oleh kumpulan THREE ELEMENT , lagi lagi ketua kumpulan dia adalah Solar Light. Nasib baik kawannya, Yaya dan...