Thorny Leaf , gadis yang bisu. Dia baru sahaja berpindah ke Sekolah Menengah Pulau Rintis. Nasib dia bertambah malang apabila dia dibuli oleh kumpulan THREE ELEMENT , lagi lagi ketua kumpulan dia adalah Solar Light.
Nasib baik kawannya, Yaya dan...
"Kenapa korang buli Thorny? Korang tahu taka perbuatan membuli tu satu jenayah?" Bentak Taufan lalu cuba membangunkan Thorny.
"Saya..." Solar tidak mampu bersuara. Begitu juga Hali. Ini kerana pujaan hati masing - masing berada di depan mata.
"Saya benci lelaki macam awak bertiga!" Taufan segera membantu Thorny. Dia beredar dari kelas itu bersama - sama Thorny.
"Aku pula.." Kata Api. Tidak pasal pasal dia disabitkan sekali.
Hali pula tidak menjawab. Solar hanya diam.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Apa maksud lebah dalam bahasa Inggeris?" Tanya Gopal kepada Fang. Fang hanya termangu - mangu, memikirkan jawapan. Walhal itu soalan yang amat mudah!
"Jawapannya bee ."
"Ewww, what are you talking about ? Jangan panggil aku biy lah. Aku lelaki sejati tau!" Kata Gopal sebelum dipukul oleh Fang.
"Apa apa jelah diorang ni," kata Hali dengan nada mendatar. Dipadam tulisan pada papan putih itu dengan laju.
"Hali nampak macam marah je maa.." kata Ying. Thorny hanya mengangkat bahu. Hairan. Solar masih belum tiba lagi.
"Ehem!"
Kedengaran suara seseorang berdehem. Siapa lagi tuan - tuan dan puan - puan , iaitu Soket.. eh .. Solar! Berikan tepukan kawan - kawan sekalian!
"Ceh, kau jangan buli Thorny aku lagi!" Kata Ying, tegas bagaikan Thorny itu adalah anak yang dibesarkan olehnya. Ying kembali ke tempat duduk dan menjeling Solar seperti ingin menerkamnya.
"Thorny, aku..."
Thorny memandang muka Solar. Wajah Solar seperti memerah.
"Saya.. saya nak minta maaf dengan kau.."
Solar menunduk. Thorny hanya tersenyum dan mengangguk. Dia bersedia ingin menghulurkan tali persahabatan.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Apa?!" Ice yang tadi mengantuk menjadi segar - bugar mendengar berita dari Thorny. Thorny hanya mengangguk berkali - kali sambil tersenyum.
"Noo... It's not true ," Ice mula merapu. Dia mula mengetuk - ngetuk kepalanya . Ying hanya menjeling Ice yang merapu cap ikan kerapu.
" Haiya... betullah. Tadi aku nampak Solar minta maaf dekat Thorny," kata Ying, membenarkan kata - kata Thorny. Ice tiba - tiba mengetuk meja , " ini sudah pelik! Kita perlu siasat perkara ini!"
Ying memutarkan bola matanya atau erti kata lain, rolling eyes ! Thorny hanya tergelak kecil tanpa disedari diperhatikan oleh Solar.
☘☘☘
"Bukan macam tulah , " kata Solar apabila melihat jalan kira Thorny menjawab soalan add - math.
Thorny dengan muka blur memandang Solar. Solar hanya menggelengkan kepalanya. Solar menunjukkan jalan kira kepada Thorny buat pertama kalinya!
Ying hanya menjeling Thorny. Entah kenapa dia rasa tidak patut Thorny bersama - sama Solar. Eh, cemburukah?
"Faham tak?"
Thorny mengangguk faham. Dia tersenyum sambil membuat isyarat ' bagus ' 👍.
"Pewitt . Sweetnya korang. Akak suka, " usik Api. Hali hanya menahan ketawa. Muka Solar merah padam. Nasib baik ketika itu cikgu yang patut mengajar sedang bermesyuarat peringkat daerah.
Jarak Thorny dan Solar hanya sebatang pensel. Thorny ke tepi dengan muka merah padam. Solar hanya menahan marah dan mula menghentak - hentak kaki.
" Akak nak pesan nasi minyaklah. Kot kot korang kahwin ke, " Api masih lagi menguji kemarahan Solar. Apa lagi? Solar mula angkat kaki dan mula mengejar Api.
" Lari semua! King Kong mula mengganas dalam kelas kita!"
"Jagalah kau, Api!"
🍃🍃🍃
"Assalam, " itu merupakan ayat pertama Solar tatkala masuk ke dalam rumah. Masuk sahaja ke rumah, dilihat ibunya , Puan Lisa menangis teresak - esak. Pipinya lebam dan tangannya kelihatan berbalut.
"Kena..kenapa ni ibu? " Bergetar suara Solar melihat keadaan ibunya begitu. Tanpa disedari, air mata Solar mengalir jernih ke pipinya.
" Tak da papa, ibu okey. Cuma tangan terkehel dan pipi lebam, " Puan Lisa cuba menyedapkan hati anaknya, walaupun dia yakin anaknya tahu akan hal sebenar.
"Ini mesti ayah yang buat! Kenapa ibu tak nak lawan?! Kenapa?!" Solar mengeluarkan suara pada nada yang tertinggi. Dia cuba menahan daripada menangis.
Puan Lisa tidak menjawab cuma menangis teresak - esak sehingga terhenjut - henjut bahu. Solar tidak mampu menahan sebak, memeluk ibunya dan turut menangis.
✨✨✨
Hello sis! Maaflah kalau lama tak on sebab phone Nooroo rosak TvT. Sememangnya kekok lepas lama tak taip. Ni pun rasa nak baling phone bila typo mula menguasai.