"Thorny , janganlah jadi terlampau baik.."
Thorny hanya diam sahaja. Entahlah. Mungkin sejak peristiwa semalam , dia kurang bersemangat. Loceng sekolah akan tamat pada bila - bila masa. Dan sekarang pukul 1:00. Ada masa lima minit lagi sebelum waktu persekolahan sesi pagi, tamat.
"Kring!"
Thorny tiba di kelas tatkala ramai orang sudah pulang. Nasib baik murid sesi petang masuk ke kelas pada pukul 1:15 petang.
Tiba - tiba, Thorny terbau busuk dari tempat duduknya. Ya, begnya basah kerana diisi dengan air sampah. Mejanya penuh dengan sampah sarap. Jelas di permukaan meja tertulis,
"BUDAK BISU!"
Thorny hanya menangis teresak - esak dan memegang hujung tudungnya, kasar. Sakit hatinya diperlakukan begini seperti tidak bermaruah.
☘☘☘
Seperti hari - hari Isnin yang biasa, sebahagian murid nampak murung kerana terpaksa melepaskan masa untuk bercuti buat masa lima hari. Segelintir pula berasa amat gembira kerana atas sebab - sebab tertentu.Thorny berjalan lemah ke sekolah. Dia mengambil semua duit di dalam tabungnya yang bernilai RM70 untuk membeli beg baru. Walhal dia boleh meminta sahaja pada ibunya namun dia tidak ingin menyusahkan hati sesiapa.
Begnya yang lama itu sudah bau busuk bangkai Kapten Vargoba. Nasib baik kesemua bukunya disimpan di dalam laci meja. Kalau tidak, naya kena buat balik semua latihan.
"Hai Thorny!" Sapa Ying, ceria. Thorny hanya mengangkat tangan, membalas lambaian Ying.
"Lu okay?" Tanya Ying. Dia tahu rakannya menerima perasaan tertekan yang hebat.
Thorny hanya mengangguk. Dia memaksa kakinya melangkah ke dalam kelas.
☘☘☘
"Apa ni ayah?!" Solar mencampakkan sebungkus plastik yang berisi baju pengantin lelaki.
"Ayah nak kahwin lain kan? Sanggup ayah curang pada ibu!" Solar menengking ayahnya. Puan Lisa menangis lalu membawa Solar dalam pelukannya, memberi peringatan bahawa jangan ingkar sebarang arahan suaminya.
"Oh, jadi awaklah yang ajar Solar yang saya jahat. Saya ni yang kejam?" Encik Fahmi menarik rambut Puan Lisa. Sakit hati Solar melihat seseorang menyakiti ibunya.
"Bukan salah ibulah! Solar tahu sendiri. Kenapa ayah curang. Ibu cukup baik untuk ayah!"
Encik Fahmi hanya tersengih memandang kedua - dua keluarganya yang sudah tidak bermakna padanya.
"Bukankah lelaki boleh kahwin empat?"
Solar tersentak. Tidak sangka itu sahaja jawapan yang diberikan dari seorang ayah. Mana ayah yang suap Solar dulu? Mana ayah yang bergurau dengan nya dulu? Mana?
"Ayah dengan bakal ibu tiri kamu akan berkahwin tiga minggu lagi. So, be prepare , " kata Encik Fahmi sebelum mengambil bungkusan berisi sepasang baju pengantin lelaki. Dia terus masuk ke dalam bilik, meninggalkan dua anak beranak terpaku, tidak tahu berkata apa.
Puan Lisa menangis tersedu - sedan. Solar yang memahami perasaan ibunya ketika ini memeluk ibunya. Ya, bagi kau itu bahagia tapi kebahagianmu itu adalah tangisan seorang wanita.
☘☘☘
Solar mengurut kepalanya. Hari ini dia serabut sangat. Thorny tidak sampai lagi ke sekolah. Sengaja dia sampai seawal 6:15 pagi. Dia tidak ingin mengingati peristiwa yang terjadi semalam.
"Ibu.. lawanlah balik."
"Tak boleh, nanti ayah halau kita berdua kalau kacau hubungan mereka. Ibu tak nak. Tahun depan kan Solar periksa SPM.." Puan Lisa membelai rambut anaknya, sayu.
YOU ARE READING
Arigatou (BBB)
LosoweThorny Leaf , gadis yang bisu. Dia baru sahaja berpindah ke Sekolah Menengah Pulau Rintis. Nasib dia bertambah malang apabila dia dibuli oleh kumpulan THREE ELEMENT , lagi lagi ketua kumpulan dia adalah Solar Light. Nasib baik kawannya, Yaya dan...