Thorny termangu - mangu melihat soalan matematik. Dia sememangnya lemah dalam matapelajaran matematik. Dia menongkat dagu sambil mengetuk kepalanya dengan batang pen.
"Kalau tak tahu, jangan ketuk kepala dengan batang pen," ujar Solar sambil tangannya memegang batang pen.
Solar mengambil batang pen Thorny sebelum menanyakan soalan , " Soalan mana yang kau tak faham?"
Jari telunjuk Thorny menunjukkan pada soalan nombor 5. Solar mengangguk faham dan segera menunjukkan cara langkah kira - kira pada Thorny.
Kenapa Solar terlampau baik?
Kenapa?
Kenapa semalam Solar risau akan dirinya?
"Tiada sesiapa yang boleh buli Thorn kecuali aku!"
Suzy tersenyum sinis. Dia menampar Thorny. Tidak dipeduli Solar yang ada di situ.
Thorny mengaduh sakit. Air matanya sudah mengalir.
"Kau---"
Solar menendang perut Suzy. Senak perut gadis itu dibuatnya. Suzy menangis tersedu - sedan diperlaku begitu.
Solar tidak mengendahkan tangisan Suzy itu. Dia memandang Thorny.
"Kau okay?"
Thorny mengangguk.
"Baguslah kalau kau tak apa - apa."
Thorny memandang mata Solar, lama. Solar pun turut memandang mata Thorny. Selepas tersedar dari lamunan, Solar mengalihkan pandangan.
Thorny hanya blur.
"Dah faham ke?" Solar menjentik dahi Thorny. Thorny menggosok dahinya sambil mencebik.
"Hahaha--- comelnya," Solar tergelak kecil. Nasib tidak didengari Cikgu Rakesh. Nanti kedengaran suara yang menjerit seperti king kong, 'PERGI BERDIRI LUAR KELAS!'
Thorny sekali lagi blur . Thorny menggaru kepalanya sebelum memandang Solar dengan isyarat 'apa?'.
"Tak ada apa apalah. Thorn pandang depan. Belajar," Solar memulangkan kembali pen milik Thorny. Solar kembali menumpukan perhatian dalam kelas.
Api menjeling keakraban Solar dan Thorny. Amarahnya membara. Dia seolah - olah tidak suka akan keakraban Solar dan Thorny.
🌱🌱🌱
"KRING!"
"Yay, waktu rehat!" Sahut beberapa orang murid. Apa lagi? Mari mulakan marathon berlari ke kantin secara beramai - ramai. Ianya tidak memerlukan keadilan dan kesaksamaan.
Hali dan Solar sudah ke kantin . Yaya dan Ying tadi ikut Cikgu Rakesh ke bilik guru. Ada urusan katanya.
"Hei , Thorny!" Api mendengus geram. Thorny mengangkat muka. Dia masih lagi blur . Memang sifat blur sinonim dengannya.
"Kenapa kau rapat dengan Solar?!"Api sudah ingin menangis. Thorny mengerutkan dahi. Thorny mengangkat tangan kiriny sementara tangan kanannya sibuk menulis pada sehelai buku contengnya.
Buku contengnya itu diberi pada Api. Pakej dengan pen sekali.
Thorny : What's up? Erk--- Sorrylah. Saya pun tak tahu saya dengan Solar terlalu rapat 😅.
YOU ARE READING
Arigatou (BBB)
RandomThorny Leaf , gadis yang bisu. Dia baru sahaja berpindah ke Sekolah Menengah Pulau Rintis. Nasib dia bertambah malang apabila dia dibuli oleh kumpulan THREE ELEMENT , lagi lagi ketua kumpulan dia adalah Solar Light. Nasib baik kawannya, Yaya dan...