Bab 10 : Hilang?

318 28 17
                                    

Thorny resah. Dia tidak tahu mana hilangnya kerja sekolah Matematik miliknya. Ini sudah kali ke dua puluh dia memeriksa isi kandungan begnya, tetapi tiada !

"Thorny, mana buku tulis matematik kamu?" Cikgu Rakesh menghulurkan tangannya tanda meminta kerja sekolah yang diberikannya. Thorny hanya menggeleng.

"Kamu tak bawa ke tak siap?" Tanya Cikgu Rakesh. Aduhh-- Thorny bisu lah Cikgu, mana boleh dia bercakap. Semoga dipecat hari ini.

"Tak bawalah tu!" Kata Hali, selamba. Tangannya membelek buku bertajuk Harry Potter itu. Sememangnya dia minat Harry Potter sejak dia kecil lagi.

"Dahlah bisu! Pemalas pula tu!" Solar menambahkan bisa. Thorny hanya menunduk. Dia tidak tahu mahu buat.

"Diam!" Suara garau Cikgu Rakesh memukau semua pelajar 1 Wibawa. Serta merta 1 Wibawa diam membisu.

"Thorny, saya maafkan kamu. Kamu boleh hantar buku itu esok," kata Cikgu Rakesh ringkas. Thorny mengangguk , faham. Solar hanya menjengil Thorny, tidak puas hati

☘☘☘

" Nah," Api menghulurkan buku matematik kepada Thorny. Ini semua tanpa pengetahuan Solar. Kan mengamuk pula ketua THREE ELEMENT itu.

Thorny hanya tersenyum kecil dan mengangguk. Dia sememangnya sudah mula bersahabat dengan Api sejak Api sudah couple dengan Ice.

"Eh---?" Nana terkejut. Mulutnya melopong. Tidak sangka semalas - malas kawannya, ada juga orang yang inginkan padanya.

"Yo everyone! Mulai hari ini aku dengan Ice couple!" Api membuat pengumuman di kantin. Gayanya sudah tidak senonoh. Membuat pengumuman sambil berdiri atas kerusi.

Ice pula sudah tidur dengan tenangnya. Ramai yang berbisik - bisik . Ada yang terlopong. Ada yang berazam untuk mencontohi Ice. Kot kot dapat boyfriendlah kan?

"Turun Api," arah Ochobot yang merupakan ketua pengawas selepas ketiadaan Yaya. Ochobot merupakan senior tingkatan 5 di situ.

"Tak nak!" Api masih bernekad berdiri di atas kerusi kantin. Ochobot pula sudah menjerit supaya turun dari kerusi kantin. Jadilah perlawanan WWE versi baling makanan.

Hali menepuk dahi melihat adegan itu. Solar ketawa kecil. Matanya sempat mengerling ke arah Thorny yang sedang ketawa kecil bersama Ying.

"Kau dah siapa makan ke Taufan?" Tanya Shielda. Taufan Cyclone hanya tersengih sambil menyuap beberapa biji kentang goreng ke dalam mulutnya sekaligus. Shielda hanya tergeleng melihat kerenah Taufan.

"Oh, Taufan. Abang aku Sai tu panggil lah. Jumpa kat kelas lah," Kata Shielda sebelum menuju ke arah abang kembarnya. Taufan hanya membuat tanda peace dan tergelak kecil.

Tidak dinafikan, Taufan tergolong dalam kalangan gadis tercantik dan terpopular di sekolah Menengah Pulau Rintis.Dia diminati oleh sebahagian lelaki di sekolah ini.

Personaliti Taufan yang pemalu itu hanya ditunjukkan pada orang yang dia tidak beberapa kenal sangat. Walhal, bersama kawan baik nya, Sai dan Sheilda. Tak kisahlah kena kawal ayu ke tidak. Mari kita gelak sambil kangkang luas - luas depan kawan baik sendiri.

Terdapat khabar angin bahawa Halilintar dan Solar berebut cinta Taufan. Namun, Taufan tidak mengendahkannya. Dan , sesuatu yang orang lain tidak tahu. Taufan merupakan prankester yang terhandal.

Arigatou (BBB)Where stories live. Discover now