➽1

4.6K 521 143
                                    

"hyung ada belikan snek sikit buat alas perut." beberapa snek dan manisan diletakkan di atas meja. keenam enam mereka yang telah lama menunggu mengambilnya dengan rakus.

"terbaik la jin hyung! ni makin sayang ni aum." sebelah matanya dikerdipkan. seokjin membalas dengan sebuah jelingan.

"namjoon, tahu tak definisi geli?"

namjoon tersengih.

"euw, kunyit tak bertempat." muka putih pucatnya menjadi tatapan bagi kesemua mereka. perlahan lahan tawa mereka yang lain terletus.

"kan yoongi hyung? aku pun geli." dia tertawa sehingga nafasnya tercungap cungap. kemudian dia mengambil nafas lalu menyambung tawanya.

"teruk sangat terhibur kau ni. oh lupa, kuda kan?" yoongi membuka plastik lolipop yang berperisa pudina kemudian lolipop tadi disuakan ke dalam mulutnya.

"ish jahat la hyung ni!" tangannya disilangkan ke atas dada.

"kita jadi tak nak main truth or dare ni?" bibirnya dicebikkan. sempat lagi gerangan tersebut memperelokkan rambutnya. eyesmilenya sedikit kelihatan.

"siapa kata tak jadi? semestinya la jadi!"

"tak payah la teriak kook. naik bernanah telinga aku. tahu la suara kau boleh capai high note." yoongi menjegilkan matanya.

jungkook menayangkan senyum.

"kita nak mula dari siapa dulu eh?" jungkook memandang keenam enam figura yang berada di hadapannya. kemudian matanya terhenti pada gerangan yang tengah syok memakan snek.

"apa kata kita mula dari, jin hyung?" jungkook tersenyum mereng.

"eh asal aku pulak?"

"dah tu? aku yang ajak, aku berhak pilih siapa aku nak." lidahnya dijelirkan.

"aish mana aci!"

"aci tak aci, truth or dare?"

"okay, dare." jin menjawab dengan bangga. snek masih disumbatkan ke dalam mulutnya.

"cium namjoon hyung."

jin terus tersedak snek yang sedang dimakannya.

"a—apa?!"

"cium, namjoon, hyung." ujarnya satu persatu dengan jelas.

"kau dah gila ke?" hoseok mencelah.

"dah la kau paling muda, lepas tu tak suci lagi tu. habis tercemar otak aku oleh kau ey." tangannya hampir sahaja diangkat tetapi ditahan.

"siapa suruh pilih dare?"

"buat je la hyung. korang kan kunyit kunyit bersatu di dunia ni." eyesmilenya terukir.

"kan!" senyuman petak seseorang lelaki pula terukir.

"bab—"

"aip tak de carut carut. cium sekarang juga." namjoon memotong ayat jin daripada terus mencarut.

"pergh hyung dah tak sabar sangat ke?"

[C] April Fool + kthWhere stories live. Discover now