➽21

1.8K 277 51
                                    

day 20

"hwayeon, omma dah siapkan makanan." pintu diketuk perlahan.

"aku tak nak makan la!" hwayeon menjerit. dia rasa hidupnya baru sahaja diganggu. lagi lagi dengan orang yang paling dia benci.

"tapi omma dah siapkan makanan. dia suruh kau turun." hwayoung membetulkan kaca matanya yang terleret ke bawah. tangannya masih tidak henti dari mengetuk pintu bilik hwayeon.

"aku kata tak nak, aku tak nak la. kau tak faham bahasa ke apa?!"

"jamah la sikit. penat--"

pintu terus dibuka kasar dari dalam. hwayoung yang tadinya asyik mengetuk pintu kini ditarik masuk ke dalam bilik hwayeon.

habis jatuh terjelupuk hwayoung dibuatnya.

"kan aku dah kata aku tak nak. aku tak lapar. kau nak aku pakai bahasa binatang ke baru nak faham?!" tengking hwayeon lagi. dahi hwayoung ditunjal geram.

"aish kau ni memang binatang kan? blah!"

"kalau ye pun, jaga la hati--"

"aku cakap blah, blah la! kau ni kan, ish geram pula aku." gigi diketap. tangan hwayoung ditarik agar dia berdiri.

"aku boleh berdiri sendiri. jangan sentuh aku."

"at least aku bukan pembunuh--"

"dan sekurang kurangnya aku tak kejam sampai lukakan hati orang." kata kata gadis itu dicantas pantas. sebuah senyuman terukir di bibir.

"jangan sibuk hal aku boleh tak?! ish!" badan hwayoung ditolak keluar. pintu ditutup kasar.

hwayoung menghela nafas berat. rambut ikalnya diraup perlahan.

"tapi kenapa gambar taehyung sunbae ada dalam bilik dia?"

hwayoung turun ke bawah tanpa sebarang suara. hanya bunyi tapak kakinya sahaja yang memecahkan kesunyian.

"mana hwayeon?" puan min mengelap tangannya yang basah menggunakan tisu kering. dahinya sedikit bertaut apabila terlihat kelibat hwayoung yang berseorangan.

"macam biasa la, tak nak turun." hwayoung menghela nafas perlahan. punggungnya dilabuhkan di atas kerusi.

"haih, degil betul budak tu. dah la banyak omma masak."

"tak pe la, nanti kita simpan untuk lauk malam ni. boleh jimat sikit kan?"

puan min mengangguk perlahan. ada betulnya juga kata kata hwayoung.

"eh? hwayeon nak pergi mana tu?" belum sempat puan min menjamah santapannya, soalan terlebih dahulu meniti di bibir.

terus terhenti langkah hwayeon. dia berdecit kecil. soalan puan min hanya dibiarkan tanpa sebarang jawapan. kemudian dia berjalan ke luar tanpa sebarang keizinan.

puan min mengeluh berat.

"tak pe la omma, mungkin dia nak cepat ke tadi. mana kita tahu kan?"

"pandai la kamu. oh sebelum tu, tolong buang sampah kat belakang. dah busuk sangat dah tu. takut berulat pula jadinya." puan min cuba menukar topik.

"bukan baru je ke omma buang pagi tadi?" terus terpampang wajah masam mencuka hwayoung.

"tu pagi tadi. sekarang kan dah tengah hari."

"nanti la hwayoung--"

"takde takde. buang sekarang. nanti kamu tu tak boleh pakai. entah entah tahun depan pun tak pasti lagi kamu buang ke tak." protes puan min.

"kan hwayoung tengah makan--"

"makanan kamu tak lari ke mana pun. buang sekarang."

"tapi--"

"sekarang."

hwayoung mencebikkan bibirnya. perlahan lahan dia berdiri lalu mengambil sampah yang berada di dapur.

sampah tadi dibawa ke depan. baru sahaja dia sampai di halaman rumah, dua figura yang amat dia kenali sedang bermesraan di hadapannya.

hwayeon dan..

"taehyung sunbae?" sampah yang dibawanya habis berjatuhan di atas lantai.

semakin patah hatinya bila terlihat taehyung memberikan hwayeon sejambak bunga tepat di hadapan matanya.

[C] April Fool + kthWhere stories live. Discover now