➽25

2.1K 344 80
                                    

day 24

hwayoung membuang bungkusan kimbap yang menjadi santapannya tadi. langkah dituju ke kelas melalui jalan pintas.

jam tangan ditiliknya sekilas. langkah dilajukan.

buk!

langkah hwayoung terhenti sekali gus. bahunya yang dilanggar sebentar tadi diusapnya perlahan.

perlahan lahan dia menoleh. seorang lelaki sedang mendengus geram sambil mengutip buku bukunya yang berjatuhan.

mahu sahaja mulutnya ternganga di situ.

ah gila. haritu terlanggar taehyung sunbae.

harini,

jungkook sunbae!

"haa eloklah tu. lepas langgar taknak mintak maaf. jual mahal betullah." jungkook berdecit kecil. bukunya yang jatuh tadi sudah berada erat pada pegangannya.

"m--maaf! saya tak sengaja!" berkali kali hwayoung tunduk.

bukan taknak minta maaf, tapi rasa malu dah mula kuasai diri.

"kau nak aku maafkan kau ke?" jungkook tersenyum sinis memandang hwayoung yang sedang tertunduk.

"em--"

"teman aku untuk sepanjang hari ni. kau tolak pelawaan aku, aku takkan teragak agak malukan kau lepas ni."

mata hwayoung terus membuntang luas. teman untuk sepanjang hari?

oh sheet.

"t--tapi--"

"ah takde alasan. teman je aku harini. jumpa belakang sekolah, tepat pukul 2 petang. kau lewat, aku denda." jungkook terus menghilangkan diri dan meninggalkan hwayoung yang masih terpinga pinga.

bibir diketap geram. ugutan dia macam haram!

━━━━✿━━━━

hwayoung's pov

batu batuan kecil aku tendang walaupun mereka tak bersalah alolo.

k.

sumpah mereput tunggu jungkook sunbae. ni kalau sampai ni memang aku baling buah kelapa.

dah 15 minit kot tunggu. aishhh.

ke dia sengaja tipu aku?

murung la ceni. baik aku balik rumah je tido, tengok kdrama sedih sedih then nangis HAHAHAH.

keluhan berat aku lepaskan. langkah aku tuju agar keluar dari kawasan sekolah.

tapi tangan aku direntap terlebih dahulu tanpa sebarang keizinan. aku menoleh.

ah welppppp. jantung rasa nak tercabut!

muka tak seberapa bersalahnya ditayangkan. kemudian dia melepaskan pegangannya.

"kau buat apa kat sini?" soalnya dengan kening yang terjungkit.

"saja."

"em, kalau macam tu, balik jom?" dia tersenyum nipis.

"takpelah taehyung sunbae. lagipun saya nak jumpa seseorang--"

"nak jumpa siapa?" laju sahaja taehyung sunbae mengajukan soalan.

ah brengsek hwayoung. memang mulut celupar betullah.

"eh bukan jumpa, saya nak em.. err.."

"nak apa?"

"tak penting pun." aku melemparkan pandangan ke arah lain.

"jom lah balik. kau tak penat ke berdiri sorang sorang kat sini?" soalnya lagi.

"tak kisah. kaki saya. bukan kaki sunbae."

"asal kau jauhkan diri kau dari aku? aku ada buat salah apa apa ke dengan kau?"

EYYY ADA HWAYEON NAK AKU.

"takdelah. sunbae balik la--"

"tengok tu. suka bagi alasan. bagitahu je lah kenapa." taehyung sunbae menghela nafas berat.

"mana hwayeon? kenapa sunbae tak balik dengan dia je?" soalan padu terus automatik keluar dari mulut aku.

aduh. spoiler betullah dkzkdkz.

"hwayeon?"

HAAA AKU TANYA DIA, DIA TANYA BALIK EM EM.

"kau jeles eh?" taehyung sunbae tersenyum nakal. dagu aku dia cuba pegang tapi malangnya, min hwayoung lagi pantas.

tangannya aku tepis.

"kenapa--"

"dah lama tunggu ke?"

terhenti percakapan taehyung di situ. sepertinya tersekat di skala kejelesan. eh eh.

mata hazelnya memandang gerangan tadi dengan aku silih berganti. dahinya sedikit berkerut.

"jungkook?"

GULP. HABISLAH AKU.

"eo? hyung?"

"kau buat apa kat sini?" soal taehyung sunbae mendatar. matanya tidak lekang memandang jungkook.

"aku nak jumpa budak ni." jungkook menjuihkan bibirnya ke arah aku.

"for what?"

"aku langgar dia tadi so sebagai denda dia suruh aku jumpa dia." pantas jungkook menjawab.

apa?

aku tak salah dengar kan?

aku suruh dia jumpa aku?

AH GOBLOK BENERAN.

taehyung terus pandang aku dengan pandangan maut.

"patutlah kau jauhkan diri dari aku." taehyung senyum sinis kemudian meninggalkan aku dan jungkook.

[C] April Fool + kthWhere stories live. Discover now