➽8

2.1K 316 23
                                    

day 7

author's pov

"oi goblok. bak sini makanan aku." jin menjuihkan bibirnya ke arah makanan. namjoon yang digelar goblok sebentar tadi merengus kasar.

"haih makan je kerja hyung!"

"habistu kalau tak makan nak buat apa? kalau aku dating perempuan nanti kau cakap pulak yang aku ni bisexu-- woi sakit la!" jin mengusap bahunya yang dipukul kuat oleh namjoon.

"tch, kalau nak berkunyit tak payah la kat sini." yoongi berdecit. segelas americano dihirup perlahan.

"cepat la, dah nak masuk kelas ni." jungkook membetulkan posisinya. kemudian matanya beralih kepada taehyung yang diam menyepi.

"hyung, kenapa senyap je ni?"

"tak ada la. pening sikit je. aku masuk kelas dulu eh?" pamit taehyung. sempat dia mengukirkan senyuman nipis.

"eh tae kau nak pergi mana?!" jimin yang tadinya hendak berdiri ditahan oleh jungkook.

"dia tak sedap badan. pening sikit. jangan kacau dia dulu hyung." tahan jungkook.

"ala tak ada la geng kunyit aku!" jimin mencebikkan bibirnya.

"pabo, sama je dengan namjoon. tak berhenti nak berkunyit depan aku." yoongi menggulingkan bebola matanya. barangkali menyampah.

━━━━❁━━━━

"eeeeeh?" hampir terloncat sahaja gadis itu di situ. riak wajahnya ditahan.

"coklat?" bibirnya mengukirkan senyum manis. pertama kali dalam hidupnya ada yang berani untuk memberikannya hadiah. lagi lagi coklat.

sticky note kecil yang terlekat di coklat cadbury diambil perlahan. kemudian bibirnya membacakan tiap bait catatan di sticky note tersebut.

be real, be you.
-kth-

"kth? s--sunbae?!" dia menjerit kecil.

siapa lagi kalau bukan min hwayoung?

"serius la dia bagi coklat? aduh tak leh jadi ni." senyuman masih tidak hilang di bibir. dia memandang sekeliling koridor.

nasib baik lah langsung tiada makhluk di situ memandangkan waktu persekolahan sudah lama tamat. boleh lah dia berfangirling sesuka hatinya.

kaca matanya yang baru diganti beberapa hari yang lepas akibat dipatahkan oleh hwayeon diperbetulkan. kemudian dia mengerling jam tangannya sekilas.

"dah jam 5?! apak ah!" mahu sahaja hwayoung mencarut di situ. tetapi apakan daya, dia kena jaga akhlaknya walaupun tiada sesiapa yang nampak.

pintu locker dia tutup. langkah dibuka selaju yang mungkin.

"macam tu je dah boleh gembira?" satu patah perkataan dilontarkan perlahan.

keningnya terjungkit ketika figura hwayoung yang tadinya berlari terhenti seketika. dia menepuk dahinya beberapa kali.

dah kenapa pulak budak ni?

"aish, coklat yang sunbae bagi!" sekali lagi, hwayoung berlari anak menuju ke pintu lockernya. kemudian pintu locker dibuka.

coklat cadbury yang diberikan oleh taehyung diambil dengan senyuman.

"you're so precious, like taehyung sunbae." katanya, perlahan. cadbury tadi dipeluk erat.

angau sangat.

"precious?"

"haih, comel." senyuman petak mulai terukir. dia bersembunyi di sebalik dinding.

"eh, no!" dia menggelengkan kepalanya beberapa kali. bukan itu sahaja, malahan dia menampar mulutnya sendiri.

tetapi malangnya, dia tertampar kuat dan sekali gus menyebabkan dia mengaduh dengan kuat.

hwayoung yang tadinya tersenyum seperti orang gila kian membisu. senyumannya perlahan lahan menjadi pudar. sebuah kerutan terhias di dahi.

nafas nya menjadi tidak keruan. naik turun sahaja dadanya. terkejut tetapi tidak terkentut dibuatnya.

senyuman petaknya berubah menjadi riak wajah yang memaparkan kegelisahan. liurnya ditelan kasar.

habislah dia kalau hwayoung nampak kelibatnya!

derapan kaki datang mendekati taehyung. semakin lama semakin kedengaran jelas.

ha sudah. nak lari mana lagi taehyung?

dah lah tak ada selok belok lain. kalau nak sembunyi pun confirm kena nampak!

mana ada barang yang boleh menutupi dirinya. lain lah kalau dia ada ilmu kebal.

taehyung bukan apa, dia cuma takut kalau hwayoung sedar yang taehyung tengah skodeng dia.

lagipun dia nak pastikan hwayoung perasan coklat pemberiannya.

tetapi, lain pula yang jadi.

semakin lama derapan kaki tadi semakin dekat.

peluh sedikit demi sedikit membasahi di muka taehyung. dia hanya membatu di situ. kononnya menyamar.

satu langkah lagi dan ianya cukup membuatkan taehyung pengsan di situ. pertama kali dalam hidupnya dia berasa sebegini.

baru sahaja hwayoung hendak melangkah, satu bunyi yang tidak jauh kedengaran dari locker.

"aish! sampai ke sini pulak aku jalan. siapa je nak skodeng aku?!" kedengaran hwayoung merengus kecil. perlahan lahan dia memutarkan badannya dan menghilangkan diri.

taehyung menghela nafas lega.

nasib baiklah tak kantoi!

[C] April Fool + kthWhere stories live. Discover now