➽28

2.4K 360 56
                                    

day 27

bibir keringnya dicalit dengan sedikit lipbalm. wajahnya ditatap sambil tersenyum sendiri.

"lawa ah contact lens biru ni. takyah pakai spek la harini."

"comel kan kau ni hwayoung?" senyuman masih tidak hilang di bibir. pujian bagi diri sendiri diberikan.

beg sandangnya yang berada di atas meja disambar pantas.

kaki dilajukan untuk turun ke bawah. kelibat gadis yang memakai blouse pendek dipandangnya sekilas.

"asal kau tersengih sorang sorang ni?" soalan terus meniti di bibir tanpa disangka.

matanya terbeliak sedikit besar. mulutnya ditutup menggunakan kedua dua tangannya.

dasar mulut puaka!

"masalah kau ke sia?" soalan berbalas soalan. gadis tadi menjungkitkan keningnya.

"taklah tapi--"

"haih, sorry." senyuman nipis diukir di sebalik bibir. buku bukunya diambil lalu langkah dituju ke luar rumah.

"eh serius la hwayeon cakap sorry?" dahi kian berkerut seribu. bibir diketap tanda masih dalam dilemma.

"ah, dah insaf kot." sambung hwayoung lagi.

+++

hwayoung's pov

bekal yang omma sediakan tadi aku buka dengan perlahan.

kimbap yang memenuhi bekalku aku pandang sekilas. kemudian pandanganku aku alihkan ke arah minra dan eunjung yang berada di sebelah.

"kalau nak, ambil je. tak payah buat muka macam gelandangan." mataku aku jegilkan. terkekeh kekeh minra dan eunjung.

"ala mana la tahu kau tak nak bagi. kedekut la katakan." perli minra. tangannya ligat mencapai kimbap yang berada di hadapanku.

"eh kuaja. dahla ambil kimbap aku, pastu cop aku kedekut. mulut tu aku cili kang haa tak membawang kau setahun." lengannya aku cubit perlahan sekilas.

"ala sharing is caring la!" minra terus menyumbat kimbap tadi ke dalam mulutnya. pipinya yang sudahpun bulat bertambah bulat dengan kimbap yang memenuhi di mulut.

cis, aku jawline je mampu.

eh?

"kau balik lewat ke harini?" eunjung yang berada di sebelah aku siku.

terhenti seketika suapannya. kemudian dia menggeleng kecil.

"tak la. kenapa?"

"ala kau kan pengawas. kerja pengawas ni macam sekuriti. kena handle aktiviti tu, aktiviti ni--"

"amboi kau. ambil jawatan aku jela senang." percakapan minra dicantas oleh eunjung.

"aku dah cakap, mulut dia mesti kena cili secepat mungkin." aku cakap perlahan. takut minra terdengar pulak.

tahu la hati member ni hati tisu. cepat sangat koyak.

"weh tahu tak hwayeon--"

"ADIK HWAYOUNG KE?!" jerit minra sedikit kuat. weh bukan sedikit,

banyak ;)

"nasib aku tak kena heart attack! tercekik tempe sia." eunjung menampar pipi minra sekali gus membuatkan minra mencebik.

"tanya je."

"ala, sah la adik aku. takkan adik acik kantin lak." hidung aku sengaja dikembang kempiskan.

minra dan eunjung dah pandang aku semacam.

"hambar weh."

"weh, tak lawak."

dasar member puaka haha ;))

"asal ngan adik acik kantin-- eh maksud aku, adik dia?" minra memuncungkan mulutnya ke arah aku. ni kes tak ada tangan ah ni muncung muncung.

cis.

"dengar cerita la en, dengar la aku dengar k bukan apa aku dengar je la sebab ye la--"

"EH MUKA KAU NI DAH LA MACAM SABUT KELAPA, YE LA AKU TAHU LA KAU DENGAR TAPI TAK PERLU ULANG BANYAK KALI. AKU SILAT KANG TAK PEPASAL BALIK RUMAH TERKANGKANG." minra menghembus nafas panjang setelah menghabiskan rap yang dipendam.

aku dah ketap bibir tahan ketawa. minra ni jenis tak leh ilek ke apa pft.

"ye la rilek la, aku sengaja nak bagi kepastian dan penjelasan--"

"aku nak tahu kenapa dengan hwayeon, bukan nak dengar kepastian penjelasan kau anat." potong minra lagi.

"patut ah tak laku. mulut cam puaka, ada hati nak ada boyfriend. puik." eunjung jelir lidah serupa rabies.

"eh kau tu macam la laku sangat. tu la ex tinggalkan. cakap tak straight to the point." protes minra. sengaja buat eunjung marah.

haa mula dah.

"at least ada la yang nak dengan aku, daripada kau--"

"tak, sekarang ni kita nak cakap pasal adik aku ke pasal laku ke tak? ingat ni pasar ke?" aku mencelah terlebih dahulu.

"tah minra ni."

"tah eunjung. tanya ah dia."

"aku pulak? kau yang mula dulu en?" eunjung dah buat muka menyampah.

"tengah cakap ngan cermin ke tu?"

"EH DAH LA MULUT KORANG BAU LONGKANG--" belum sempat aku mencelah memotong me segala me, aku awal awal lagi dah kena baling tisu kotak oleh minra.

"MULUT SIAPA BAU LONGKANG SIA?!"

"MULUT KAU BAU CAM TAHI WEH." sokong eunjung.

"apa bising bising ni?"

dengan serta merta pergelutan antara kami bertiga terus terlerai. liur ditelan kasar.

"eh puan--"

"kenapa masih ada kat kantin ni? waktu pembelajaran kan dah mula." puan yeol dah buat muka ketat.

gulp gulp gulp!

izinkan aku disumpah menjadi zarah zarah kecil agar tidak dapat dilihat. habis nama aku tercemar auch.

"eunjung, kamu pengawas tapi kenapa buat perangai macam budak nakal ni?"

zzap! menusuk ke kalbu siot.

eunjung dah acah pegang dada. minra yang ada kat tepi eunjung awal awal lagi dah tepuk belakang eunjung.

"masuk kelas, sekarang." arah puan yeol, tegas.

oh aku lupa nak bagitahu. puan yeol ni pengetua. sebab tu la semua perkara dia handle dengan tegas.

tiberr tak tanya pun.

"masuk!"

"BAIK PUAN!" dengan serentak, kami bertiga berdiri lalu blah dari kantin.

"eh tempe aku--"

"sedekah kat kucing je la beb." minra pujuk eunjung yang memandang tempenya dengan sayu dari jauh.

"haa, sambung la cerita kau. pasal budak hwayeon tu." sambung minra sambil gigit kuku.

ilek, aku pun suka buat camtu hakhak.

"oh ye, dengar cerita, jim--" ayat eunjung terus tergantung sepi. minra yang tadinya bising dah senyap macam nampak malaikat.

"asal? jim apa jim?" aku jungkit kening sambil pandang kedua dua mereka.

"dia maksudkan, jimin sunbae dengan adik kau weh." kata minra tersekat sekat sambil memuncungkan bibirnya ke hadapan.

aku pandang ke arah muncungan bibir minra.

ah lantak la muncungan pun muncungan la.

dahi aku yang tadinya berkerut seribu juta terus bertukar. rambut aku pun rasa nak gugur bila nampak hwayeon dan jimin sunbae tengah bermesraan.

habistu taehyung sunbae..

KAU PERMAINKAN TAEHYUNG KE SIOT ASKSKAK?!?!

[C] April Fool + kthWhere stories live. Discover now