➽2

3.3K 430 67
                                    

day 1

hwayoung's pov

"weh hwayoung, homework kau dah siap ke belum?" bahuku dicuit dari belakang.

"dah." jawabku pendek sambil menganggukkan kepala.

"nak pinjam boleh tak?" soalnya lagi. aku menghela nafas sedalam yang boleh.

"pinjam lagi.." ujarku perlahan.

"apa kau cakap?"

"eh tak ada apa apa. pinjam lah." aku menghulurkan buku latihan ku yang tadinya berada di atas meja. sempat aku mencuri pandang ke arahnya. dia tersenyum lebar.

"terima kasih! ada gunanya juga kan kau jadi kawan aku ni?" dia tertawa kecil. kemudian buku latihanku di tirunya satu persatu.

kawan? ya, masa diorang susah je lah baru nak mengaku kawan. masa diorang senang, aku ni jadi bahan buli dorang.

habis kepala aku kena pijak sorang satu.

memandangkan suasana di kelas hingar bingar seperti pasar, aku bercadang untuk berjalan di sekitar kawasan sekolah.

aku berjalan melalui koridor yang menempatkan beberapa kelas. tiga kelas yang berada di hadapan.

dan di antara ketiga tiga kelas itu ialah kelas crush aku. siapa lagi kalau bukan, kim taehyung?

ya, dia sunbae.

apa kau ingat budak pendiam macam aku tak ada crush ke?

haha, kau dah salah anggap.

aku memang dah lama suka taehyung sunbae disebabkan perwatakannya yang terlebih baik.

dengan senyuman petak dia lagi tu, bertambah cair lah aku.

perwatakan dia jauh berbeza dengan rakan baiknya yang lain. dia baik. sangat baik. hari tu, aku ada terserempak dengan dia. senyuman petaknya turut dihadiahkan kepada ku.

mustahil lah ada orang tak cair dengan senyumannya.

tanpa aku sedar, seseorang melanggar bahu aku sekali gus membuatkan ku terjatuh.

buku nota yang aku pegang turut terlepas dari pegangan.

aku menahan kesakitan walaupun tiada apa yang perlu dirisaukan.

"maaf." ujarnya dengan suara yang dalam.

suara tu..

aku mendongak memandangnya. dengan pantas aku berdiri. mataku yang sedikit terbeliak aku kerdipkan beberapa kali agar tidak ketara.

"eo? t-taehyung sunbae? m-maafkan saya, saya tak sengaja." aku menunduk 90° menghadapnya. kaca mataku yang berbentuk bulat aku perbetulkan.

"kau tak salah pun. aku yang langgar kau. sepatutnya aku yang minta maaf." dia tersenyum petak. bukuku yang jatuh diambilnya. habuk habuk yang berkemungkinan berada di buku notaku disapunya kemudian dihulur kepadaku.

perlahan lahan aku mencapainya.

"terima kasih." aku masih menunduk.

"maaf, aku memang rabun sikit. jadi, tak mustahillah aku tak sengaja terlanggar kau tadi. maaf, sekali lagi."

"t-tak apa. sunbae tak salah apa pun. s-saya yang salah sebab saya yang rabun. mata saya bermasalah s-sikit." ujarku tergagap gagap.

"comel lah kau ni." taehyung tertawa kecil.

comel?

sunbae kata aku comel?

jantung aku dah nak terlepas. bukan takat terlepas je, nak terhenti pun ada.

"sebagai tanda minta maaf, aku nak jumpa kau kat cafe petang ni, okay?" pelawanya dengan penuh kesopanan.

"eo? saya rasa saya ada-"

"aku betul betul rasa bersalah. lagi lagi kau tolak pelawaan aku. bukan senang aku nak jumpa orang ni."

"t-tapi.."

"bolehlah. kali ni je." rayunya sambil menayangkan puppy eyes.

tengok tu?!

dbskkxs.

"okay lah kalau macam tu. sunbae nak saya pergi sana jam berapa?" notaku masih aku pegang erat.

"4. datang tau?"

aku mengangguk tanda setuju.

"jumpa nanti, bye!" dia melambaikan tangannya.

dia lambai ke arah aku?

aku,

aku tak boleh djskdjsk.

dengan tindakan refleks, aku memegang jantungku. ya tuhan, lajunya.

━━━━━✿━━━━━

aku menilik jam tangan ku. dah pukul 4:15 tapi kelibat taehyung langsung tak kelihatan.

janji korea betul dia ni.

tak apa lah, yang penting aku tak tolak pelawaan dia.

"dah lama ke tunggu?" kerusi ditarik. perlahan lahan dia duduk menghadap aku.

"tak lah lama sangat." aku mengukirkan senyum. selepas mendengar jawapanku, taehyung menghela nafas lega.

"baguslah kalau macam tu."

aku hanya diam membisu.

"kau dah order apa apa ke?"

aku menggeleng kecil.

"air?"

sekali lagi, aku menggeleng.

"laa, asal tak order lagi. kesian kau."

kaca mata yang terleret ke hidung aku perbetulkan. sesekali bibirku yang kering aku calitkan sedikit lipbalm.

taehyung yang berada di hadapan aku curi curi pandang. dia memesan menu untuk aku tidak lupa juga untuknya.

"kau nak order apa?" soal taehyung sekali gus membuatkan ku berhenti mengelamun.

"eo? er, apa apa je."

"apa apa je? kau yakin ke ni?"

aku mengangguk tanda setuju.

"okay. untuk dia, bagi strawberry smoothie dengan kek red velvet."

strawberry smoothie?

red velvet?

macam mana dia tahu yang semua tu kegemaran aku?

tak apa lah, keajaiban kot.

pelayan tadi mengangguk. perlahan lahan dia hilang dari pandangan.

[C] April Fool + kthWhere stories live. Discover now