➽3

2.8K 383 19
                                    

day 2

hwayoung's pov

fikiranku ligat memikirkan hal semalam. macam tak percaya je yang aku dating dengan crush sendiri.

senyuman semakin lebar hingga ke telinga. cermin yang berada di hadapanku memaparkan refleksi diriku sendiri.

"taehyung sunbae? dating? tak pernah terlintas pun dalam fikiran aku." senyuman masih tidak hilang di bibir.

"hwayoung! dah siap ke belum? turun cepat! hari ni nak pergi sekolah kan?" laung seseorang dari bawah. barangkali dari ruang makan.

sekolah?

aku menepuk dahiku.

kenapa lah aku boleh lupa yang hari ni sekolah? kes mengelamun lebih dah ni.

"kejap omma! dah nak turun lah ni!" jawabku pantas memastikan agar omma tidak risau.

baju seragam sekolah yang aku sudah gosok dari semalam aku pakaikan pada badan. sedikit lipbalm dicalitkan pada bibir agar tidak kelihatan pucat. tidak lupa juga sedikit minyak wangi untuk keselesaan diri.

beg sandang aku ambil kemudian aku membuka langkah untuk turun ke bawah.

aku menilik jam di dinding.

tahniah min hwayoung. anda lewat untuk pertama kalinya.

sekeping sandwich buatan omma yang berada di atas meja aku ambil sekilas.

"kenapa ambil sandwich tu sekeping je? omma ada masak nasi goreng kimchi ni. tak nak makan dulu ke?"

"tak apa lah omma. hwayoung dah lambat dah ni."

"jamah lah sikit. penat omma masak tau?"

aku menghela nafas berat.

"tapi hwayoung dah betul betul lambat dah ni. apa kata omma buatkan bekal? kalau nak makan, dah tak sempat dah rasanya." aku tersengih. kaca mata yang terleret dari hidung aku perbetulkan.

"ha ye lah, nah. nasib baik adik kamu lupa bawa bekal ni. ambil lah. jangan lupa makan tau?" sebekas nasi goreng kimchi dihulurkan. aku menyambarnya dengan pantas.

"hwayeon dah gerak ke?"

"dah lama. awal pagi lagi. kan omma dah cakap yang dia lupa bawa bekal tu."

aku tersengih. tengkukku secara automatiknya aku gosok perlahan.

sebuah kucupan dan pelukan omma berikan kepadaku sebelum aku berangkat ke sekolah.

kasut sekolah yang berada di atas rak terus aku pakai dalam keadaan yang tergopoh gapah.

━━━━━✿━━━━━

"eo? hwayoung? kenapa nafas kau tercungap cungap ni? baru habis marathon eh?" soalan diajukan kepadaku. terselit sedikit lawak hambar. dia tertawa pada lawak yang dibuatnya.

"aku lari lah tadi. kan dah lewat dah ni?" aku cuba bercakap dengan nafas yang masih tidak menentu.

"kau lupa dah ke kalau lewat sekali tak kena denda?"

mataku sedikit terbeliak. bukan setakat mata. dengan mulut sekali ternganga luas.

"serius lah?"

"yep. lagipun kau jangan risau sangat. aku takkan senaraikan nama kau dalam buku catatan disiplin."

"terima kasih! aku saaaaayang kau, park eunjung."

[C] April Fool + kthWhere stories live. Discover now