➽24

2.1K 307 59
                                    

day 23

matanya dilemparkan ke arah kelas gadis itu dengan penuh harapan.

perlahan lahan dia mengeluh. sudah 10 minit dia menunggu gadis itu dari jauh. nak kata bosan, tak juga.

"hello!"

"OPOCOT MAK ENGKO TERGULING-- eh hwayeon?" terjungkit sedikit keningnya. hwayeon memaparkan senyumannya.

perlahan lahan hwayeon mengangguk.

"hwayeon datang mengejut ke? hahaha." kali ini, ketawa pula dihadiahkan. bahu lelaki itu dipukul perlahan tanpa sebarang keizinan.

"err, hahaha ya." belakang tengkuknya digosok perlahan. perasaan kekok timbul dalam diri.

"taehyung oppa buat apa kat sini? skodeng siapa tu?" soalan berdas das diberi.

"skodeng? nak skodeng siapa alahai. tak ada maknanya nak skodeng orang."

"baguslah macam tu. em, apa kata kita dua pergi cafe? hwayeon lapar. belum makan lagi." bibir dicebikkan. hujung bajunya digentel perlahan.

"em, aku ada urusan la lepas ni. nanti la eh?"

"ala pwishh." kali ini, duckface dilemparkan. tangannya masih lagi gatal menggentel hujung bajunya.

"bukan tak nak tapi--"

"sampai hati oppa buat hwayeon macam ni. macam la hwayeon tak tahu yang oppa nak jumpa hwa-- umph!"

mulut hwayeon ditekup serta merta. keluhan dilepaskan.

"hwa apa? hwayoung? kakak kau? oh god no please. aku ada taste lagi tinggi la dari dia." taehyung melepaskan tangannya dari menekup mulut hwayeon. sebuah decitan kecil dilakukan.

"eh sejak bila hwayeon nak cakap nama dia. haa betullah ni kan oppa skodeng--"

"tak! serious tak. lagipun, nama mula hwa korang dua je kan. so why not aku petik nama dia?" taehyung tersenyum.

"yeke ni?"

"ye, betul la. kau nak pergi cafe kan? dah la, jom." tangan hwayeon dipegang erat. kemudian langkah dibuka ke cafe berdekatan.

"eh kejap!" hwayeon menahan lengan taehyung. kening taehyung automatik terjungkit.

"kenapa?"

"em, boleh tak ikatkan tali kasut hwayeon? jari hwayeon luka so kalau nak ikat, susah. kalau susah, buang masa. dan kalau buang masa--"

"okay shh. kejap." taehyung senyum segaris. rambutnya diraup ke belakang.

perlahan lahan dia duduk melutut. tali kasut hwayeon diikat dengan cermat dan perlahan.

"okay, dah. ada apa apa lagi ke?"

"hehe, tak ada. sayang oppa!" hwayeon menjuihkan bibirnya.

"hm, apa apa je la budak."

"ish, tak sweet la!" automatik mukanya masam mencuka.

taehyung hanya mengiyakan sahaja kata kata hwayeon. malas nak layan budak budak.

+++

hwayoung's pov

buku catatan aku tutup. pen terus aku letakkan ke dalam kotak pensel.

oh ya, kotak pensel ni..

taehyung sunbae yang bagi.

kenapalah aku masih simpan? hahaha.

aku meliarkan mataku ke luar kelas. seperti biasa, taehyung sunbae berada di luar dan tepat di hadapan kelas aku.

badannya disandarkan pada dinding. macam lah aku tak nampak.

macam mana aku nak move on kalau hari hari hadap benda yang sama? haih.

lantak dia lah. yang penting, jangan layan dia.

zip beg aku tutup. beg sekolah aku sandang dibahu. belum sempat aku menyusup keluar dari kelas, kelibat hwayeon muncul.

hwayeon memandang aku sambil tersenyum sinis. aku terus melarikan pandanganku.

hwayeon memulakan perbualan. dia memang friendly. ya, hanya untuk lelaki.

aku cuba untuk hindari diri dari mendengar perbualan mereka. tetapi aku gagal.

rasa kecewa mula timbul dalam diri.

"hwa apa? hwayoung? kakak kau? oh god no please. aku ada taste lagi tinggi la dari dia."

hwayoung, please.

aku berjalan keluar dari kelas setelah hwayeon dan taehyung menghilangkan diri dari tempat asal taehyung tadi.

makin rasa sakit hati aku bila nampak taehyung memegang tangan hwayeon erat.

playboynya sunbae.

playboy sangat.

hwayeon menahan tangan taehyung. dengan serta merta taehyung memusingkan badannya agar dapat memandang hwayeon.

aku terus menyembunyikan diri di sebalik dinding. nasib taehyung sunbae tak nampak!

aku memandang kelibat kedua dua mereka. kelihatan taehyung sedang mengikat tali kasut hwayeon dengan teliti.

hwayeon memandang aku yang tengah sibuk mengintip kedua mereka. bibirnya terus mengukir senyuman sinis dan tajam.

aduh, dah kenapa pulak aku skodeng dorang ni?!

dahiku aku tepuk perlahan.

tolong sedar yang taehyung sunbae bukan milik kau, hwayoung!

[C] April Fool + kthWhere stories live. Discover now