➽13

1.8K 274 13
                                    

day 12

hwayoung's pov

"pstt." bahu ku dicuit perlahan dari belakang. bukan setakat kena cuit, kerusi pun kena tendangan padu fuh.

aku terus menoleh. minra yang berada di belakang aku tenung lama. perlahan lahan dia tersengih.

keningku terus terjungkit. dah pahal budak ni?

"apa?" aku bersuara memandangkan minra asyik tersengih macam kerang busuk.

"tu!" dia menjuihkan bibirnya sekali gus menunjukkan ke sesuatu arah. kemudian senyumannya meleret.

teragak agak aku menoleh ke arah yang ditunjukkannya.

perlahan lahan aku melemparkan pandangan ke luar kelas. figura seorang lelaki sedang kelihatan. tangannya diseluk ke dalam poket seluar sambil memandang aku.

"sweet la taehyung sunbae tu. asyik nak berkepit je dengan kau." ujar minra dengan senyumannya yang masih tidak hilang terukir di bibir.

mataku masih melekat pada taehyung sunbae. memang betul apa yang minra cakap.

sejak kebelakangan ni, sunbae asyik ikut je aku ke mana mana.

lagipun kalau nak diingatkan pasal kemarin memang tipu la kalau dah lupa.

memang terkejut gila nak mampus sebab tetiba je kena peluk dari belakang. crush weh crush.

macam rasa taknak cuci baju tu setahun pun ada HAHAHA :')

dah la kantoi dengan omma hm.

"sweet apanya? cringe ada la." protesku. mataku aku elakkan dari bertembung dengan mata hazel milik taehyung sunbae.

"jual mahal pulak kau ni kan? kalau aku, dah lama aku peluk cium sunbae tu. dah la hensem." minra melentokkan sedikit kepalanya kemudian memandang taehyung.

minra tersenyum sendiri.

hello, ni hospital ke? ada member sakit mental ni.

"pft, dah la tu." aku mengetap bibir menahan tawa. ada ada je minra ni. impian tinggi menggunung.

aku memandang minra. keningku sedikit terjungkit sebaik melihat kedua dua matanya sedikit bersinar dan membuntang luas.

tidak lupa dengan pakej mulut ternganga.

"s--sun--"

"apa sun? matahari? ye aku tahu la sekarang panas tapi--"

kata kata ku terus terhenti serta merta. sentuhan antara kulit dan kulit mula berlaku ceh hwayoung kau fikir ni sains ke? :')

aku yang tadinya memandang minra terus menoleh. tangannya semakin merentap lenganku dengan erat.

"sunbae, lepas--"

"ikut aku."

"t--tapi--"

"aku kata, ikut aku."

━━━━❁━━━━

"kenapa tak minum air tu?"

"tak rasa dahaga." hwayoung senyum segaris.

"at least, minum la sikit. daripada duduk termenung je dari tadi. dah la muka pucat teruk." taehyung mengeluh perlahan.

"sunbae.." hwayoung menunduk sedikit. boba milk tea yang terletak di hadapannya dikacau.

"yes?"

"nak tanya sikit, boleh?" teragak agak hwayoung mengeluarkan katanya. nasiblah tak gagap.

"tanya banyak pun tak apa."

"k--kenapa sunbae ambil berat pasal saya ya?"

"kenapa? tak boleh ke?" laju sahaja taehyung menjawab. soalan berbalas soalan.

"b--bukan macam tu, dulu kan--"

"dulu dan sekarang berbeza." nafi taehyung. hot chocolate nya dihirup serta merta.

"tapi--"

"dah la. jangan tanya soalan pelik pelik boleh tak? minum jus tu. membazir. nanti aku hantar kau balik, okay?" taehyung cuba meredakan keadaan. hwayoung akur lalu menyedut jus orennya dalam keadaan terpaksa.

[C] April Fool + kthWhere stories live. Discover now