➽17

1.9K 285 44
                                    

day 16

"hwayoung! tunggu la dulu!" tercungap cungap dia mengejar hwayoung yang berada di hadapan.

"sunbae nak apa?" hwayoung memberhentikan langkahnya. keluhan kedengaran.

"nak kau hehe." taehyung tersengih. muka comel ditayangkan.

"sunbae kan dah ada hwayeon. buat apa nak kat saya lagi?" hwayoung tertawa kekok.

"kau jeles ea?" taehyung merapatkan mukanya dengan muka milik hwayoung.

"jeles? jeles buat apa pulak hahaha tak ada faedah langsung nak jeles bagai."

"kalau jeles bagitahu je. lagi aku suka." taehyung terus mencuit hidung hwayoung.

"yah! sakit la!" tangan taehyung ditepis kasar.

terpaku terpempan ter segala ter taehyung di situ.

terkejut dia nampak perubahan drastik hwayoung.

"kau suka aku kan?" taehyung tersenyum petak. jari jemarinya cuba ditaut pada jemari hwayoung.

malangnya, dia gagal. hwayoung terlebih dahulu menepis tangan taehyung sekali lagi.

"ada kelapa ada santan, tolong la jangan perasan." hwayoung menjeling taehyung sekilas lalu berjalan meninggalkan taehyung di situ.

"pabo, aku pula yang kena. yaish!" taehyung menghentakkan kakinya beberapa kali.

━━━━❁━━━━

rak buku yang terletak di sudut perpustakaan dituju.

hwayoung mengetap bibir. dia datang ke perpustakaan pun semata mata nak lari dari taehyung.

kot kot lah taehyung nak menganggu dia lagi.

buku poet diambil dari rak.

"BAAA!"

sebuah kepala berbentuk ala ala kelapa muncul sebaik sahaja hwayoung mengambil buku tadi.

tersenyum senyum dia memandang hwayoung yang menahan riak wajahnya daripada memerah.

"sunbae ni!" hwayoung memandang gerangan tadi dalam keadaan tidak puas hati.

"baby~" taehyung mengerdipkan matanya beberapa kali sebelum tersenyum petak.

hwayoung menelan liurnya kasar. terpaku dia seketika.

"apa ni? kita kat perpustakaan la!" hwayoung menjerit kecil agar tidak menganggu suasana di situ. taehyung masih lagi sibuk mengusik hwayoung.

"ye la, ada aku cakap kita tengah check in hotel ke?" sakat taehyung sekali lagi.

"YAISH!"

"shh!" bermacam macam jenis isyarat dikeluarkan oleh beberapa pelajar yang berada di situ.

hwayoung mengeluh.

"semua ni sebab sunbae la."

"apa kau cakap?" terkebil kebil mata taehyung.

"tak, saya nak taehyung sunbae keluar dan berhenti ganggu saya." hwayoung menjegilkan matanya.

"taknak."

"kenapa pula? sunbae asyik ganggu saya je sejak kebelakangan ni--"

"sebab kau comel. grr. tak sabar aku nak jadi suami kau. nanti boleh la kita besarkan anak anak kita." taehyung mengerdipkan sebelah matanya kepada hwayoung.

"maaf, tapi saya tak nak diganggu." baru sahaja hwayoung membuka langkah, taehyung mencelah.

"kau tak nak aku ganggu kau ke?"

hwayoung mengangguk malas.

"boleh, tapi kau kena benarkan aku duduk sama sama dengan kau. deal?"

"mana boleh macam tu--"

"aku takkan berhenti ganggu kau." ugut taehyung sambil menjungkitkan keningnya beberapa kali.

"okay fine." hwayoung mengeluh berat kemudian melabuhkan punggungnya ke atas kerusi.

taehyung setia mengikuti langkahnya dan duduk berhadapan dengan hwayoung.

"kau baca buku apa tu?" soal taehyung melulu.

"tak boleh baca ke tajuk kat depan?"

"tak, sebab aku tengah sibuk baca dan memikirkan masa depan kita berdua." taehyung tertawa kecil.

dah mula dah.

"kau ni comel la." taehyung menongkat dagunya sambil memandang hwayoung yang sibuk membaca.

hwayoung menyembunyikan senyumannya sehabis mungkin. buku diangkat agar dapat menutupi mukanya.

"kau jeles ea sebab kemarin?"

"tak."

"habis tu kenapa tak nak sembang dengan aku?" taehyung menjuihkan bibirnya.

"entah."

amboi hwayoung ni. tanya berjela jawab sepatah.

"perempuan macam kau ni biasanya jeles. aku dengan hwayeon tu kenal lama dah walaupun dia junior aku. dia baik tau. tapi tu la, tak sangka pula dia tu adik kau." taehyung tertawa.

"tak tanya pun."

"dah la, kalau jeles bagitahu je la."

"tak."

"kau jeles kan?"

"tak langsung."

"ye ke ni?"

"..."

"kau jeles kan?"

"..."

"eleh jeles la tu--"

"boleh tak sunbae berhenti ganggu saya? tadi kata kalau sunbae duduk dengan saya, sunbae tak nak ganggu. ni lain pula."

"okay." taehyung mencebikkan bibirnya.

"k."

"betul ke kau tak jeles langsung?"

"tak."

"kalau macam tu.." taehyung tersenyum mereng.

perlahan lahan tangannya mendekati hwayoung yang ligat membaca.

dan,

"aww! sakit la!" taehyung mengerang perlahan. tangannya dipandang sekilas.

"okay, aku pergi. bye." taehyung memutarkan badannya menuju ke luar pintu.

sempat lagi dia mengintai hwayoung. manalah tahu hwayoung rendahkan ego dia.

tapi sia sia.

hwayoung hanya mengabaikan dia.

"hari ni hari kau, esok lusa hari aku pula." taehyung menggigit bawah bibirnya.

misi memikat hati min hwayoung untuk hari ke-16, gagal.

[C] April Fool + kthWhere stories live. Discover now