➽4

2.6K 375 50
                                    

day 3

author's pov

"so, macam mana hyung? okay tak?" jungkook yang berada di sebelah taehyung menyoalnya satu persatu.

"em, baru permulaan kan? okay lah juga." taehyung menghela nafas.

"hyung tak nak ke? kalau tak nak tak apa, aku tak paksa pun."

"tak apa lah, setakat dare je kot. aku yang tackle dia, bukan dia tackle aku. setakat junior macam tu senang je lah." taehyung tertawa kekok.

manakala jungkook yang tidak tahu apa apa hanya ikut tertawa.

"good luck, hyung!"

"seribu kali dah kau cakap benda yang sama, kook." taehyung menjegilkan mata. jungkook tersengih.

--

tteokbokki disuakan ke dalam mulut. perlahan lahan tteokbokki tadi dikunyah agar dapat dicerna.

seperti biasa, hwayoung akan rehat sendiri. kalau berteman pun biasanya dengan eunjung. itu pun kalau eunjung tiada hal yang nak diselesaikan memandangkan dia merupakan seorang yang berjawatan tinggi.

hwayoung memandang sekelilingnya. perlahan lahan kunyahannya terhenti. matanya ligat memandang orang lain yang tertawa riang bersama rakan mereka.

manakala hwayoung dapat memendam perasaan berseorangan.

"memang tak ada ke yang sudi berkawan dengan aku?" ujarnya perlahan. tteokbokki tadi dipandang kosong.

"ada."

bahu hwayoung sedikit terhinjut. dia memandang gerangan tersebut. senyumannya perlahan lahan terukir.

taehyung sunbae.

dia pun tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni taehyung kerap berjumpa dan bercakap dengan dia berbanding dahulu.

mungkin ada sebab yang tersirat?

hwayoung menggeleng kecil.

tak mungkinlah taehyung macam tu!

"aku nak tteokbokki kau sikit, boleh?" taehyung tersenyum petak. kedudukannya diubah agar duduk tepat di sebelah hwayoung.

dup dap dup dap.

jantung hwayoung berdetak lebih laju dari sebelumnya. tidak pernah dia sedekat ini dengan crush sendiri.

"aku tanya ni, boleh ke tak?" taehyung masih lagi tersenyum.

"b-boleh." sebekas tteokbokki miliknya ditolak sedikit ke arah taehyung.

"terima kasih! nyum nyum~" taehyung terus menyuakan tteokbokki tersebut ke dalam mulutnya.

"wah, sedapnya!" puji taehyung. hwayoung menunduk. pipinya mula membahang.

"kau ke yang buat?"

perlahan lahan hwayoung mengangguk seperti burung belatuk.

"oh, sedap. manis lagi tu. macam kau." sengihan taehyung dapat ditangkap oleh hwayoung.

mahu sahaja hwayoung pengsan di situ sebaik sahaja dipuji oleh taehyung.

hwayoung mendiamkan diri. kaku dengan pujian yang diselitkan oleh taehyung sebentar tadi.

"aku pergi dulu! terima kasih! sedap sangat! bye~" taehyung melambai kecil ke arah hwayoung. perlahan lahan taehyung hilang dari pandangannya.

jantung hwayoung masih berdetak laju.

kenapa kau kejam sangat, taehyung?

kau suka buat hati aku tak keruan.

hwayoung menghela nafas perlahan. tanpa dia sedar, sebuah senyuman kecil terukir di bibirnya. bekas yang tadinya dipenuhi tteokbokki telah habis dikerjakan oleh taehyung.

[C] April Fool + kthWhere stories live. Discover now