➽7

2.1K 320 13
                                    

day 6

hwayoung's pov

"bawakan aku emergency kit. omma ada letak kat dapur." arahnya sambil menahan luka yang berada di kakinya.

"jap--"

"cepat la! darah makin banyak ni!"

aku berlari anak menuju ke dapur. laci yang terletak di sudut dapur aku buka kemudian emergency kit tadi aku bawa kepadanya.

"aish letak la cepat atas meja. darah makin banyak ni!" tengkingnya sedikit kuat. dia mengambil ubat kemudian disapukan pada hujung ibu jarinya yang luka.

"nak aku tolong ke--"

"tak payah. semak."

"tapi hwayeon--"

"semak ah kau ni. boleh tak blah? aku suruh ambil emergency kit je kan. tak payah nak jadi malaikat bertopengkan manusia la." hwayeon menjegilkan matanya. plaster dilekatkan pada hujung ibu jarinya.

"letak ni balik. nanti omma marah, aku pula kena marah." katanya dingin.

uh.

"tapi--"

"kau tak faham bahasa ke? aku cakap letak balik kan--" tangannya terus aku rentap. kata katanya terhenti serta merta.

"susah sangat ke kau nak maafkan aku?"

tanganku ditepisnya kasar.

"kau rasa? dengan apa yang kau pernah buat kat aku dulu, aku boleh maafkan ke, pabo?" hwayeon tersenyum sinis.

flashback

"hwayeon, tolong ambilkan umpan dalam bonet kereta." arah appa sambil membetulkan mata kail.

"okay!" hwayeon membuat thumbs up kemudian berlari anak menuju ke arah kereta.

"kau nak buat apa?"

aktiviti hwayeon yang tadinya mengambil umpan tergendala sebentar. mata kami bertembung dan perlahan lahan dia tersengih kecil.

"nak ambil umpan. appa nak memancing tapi lupa bawa umpan sekali. tu la hwayeon tolong ambilkan." hwayeon masih tersengih. barisan giginya kelihatan.

"oh. ok."

"hwayoung unnie tak nak ikut sekali ke? best tau memancing--"

"tak nak aku." aku menjelingnya sekilas. tetapi senyuman hwayeon masih tidak pudar.

malahan, dia mendekati aku sambil mengajakku sekali.

"apa ke jadah kau buat ni? kotorlah ei--"

"ala jom la unnie. kita mancing ikan sama sama. best tau--"

tangannya yang tadinya berpaut pada lenganku aku tepis kuat. hwayeon sedikit mengaduh.

"aku cakap tak nak, aku tak nak la. appa kan ada? buat apa nak ajak aku sekali? ish. tak faham bahasa betullah budak ni."

"em, okay. tapi, unnie kena tolong hwayeon angkat umpan dengan bekal ni sekali. sian hwayeon nak angkat sorang sorang." senyuman nipis diukirkan. dengan penuh bersemangat dia mengajakku mengangkat barang.

"eh bebal, tadi ajak aku, sekarang arah aku pulak? kau siapa nak arah arah aku ni?"

"tapi barang tu berat--"

"lantak kau la. kisah apa aku kalau berat ke ringan? siapa suruh kau offer diri kau nak angkat umpan bagai?" aku menjelingnya sekilas.

"unnie buat apa sampai tak nak tolong hwayeon?" soalnya sekali gus membuatkan anginku sedikit naik.

[C] April Fool + kthWhere stories live. Discover now