➽19

1.8K 283 50
                                    

day 18

taehyung's pov

aku mengetap bibir perlahan. kaki dikuis perlahan ke atas lantai.

jam yang berada di tangan aku tilik sekilas. 5 minit lagi sebelum waktu persekolahan tamat.

cepatlah habis cepatlah habis cepatlah--

"kim taehyung! siapkan kerja kamu!" lantang puan yeol bersuara di hadapan.

"b--boleh tak kalau saya--"

"siapkan atau kamu tak boleh balik." mendatar sahaja nada puan yeol.

"t--tapi--"

"tak ada tapi tapi! kali ni dah masuk 5 kali dah kamu bagi alasan sama. nak tercirit lah, nak terkucil lah."

aku mengangguk perlahan.

aish puan yeol ni menyusahkan betul lah! habis rosak semua rancangan aku nak pikat hati budak nerd tu.

"puan, saya janji saya siapkan kat rumah. saya betul betul ada hal mustahak ni!" aku memberikan alasan yang separuh logik.

"mustahak apanya? siapkan dulu."

"tak, ni betul betul mustahak ni." aku kata sambil memandang puan yeol dan jam dinding silih berganti.

"pandai la kamu bagi alasan. kamu ingat saya termakan dengan alasan tak logik kamu tu? nehi." puan yeol menggeleng kecil.

oh, apa kamu pikir kim taehyung nggak bisa menggunakan otak dan akal fikiran ya?

kosabajap.

aku mengambil nafas sedalam yang boleh.

aku harap plan aku menjadi. kalau tak jadi memang puan yeol ni pakai saka.

dalam kiraan tiga,

dua,

satu..

PRUTTT!

aku senyum mereng. puan yeol dah hidu hidu kawasan kelas macam anjing.

nasib baik aku sorang je duduk dalam kelas ni. ye la, aku sorang je tak siap kerja. yang lain dah chau awal awal.

"bau petai yal. uhuk uhuk."

"tulah. tadi puan--

"APA KAMU NI HA? TAK BOLEH NAK BERADAB KE? DAH LA KENTUT DEPAN CIKGU KAMU. KALAU KENTUT KAMU TU WANGI TAK APA LAH. NI BAU PETAI PERGH LAIN SANGAT BAU DIA!" puan yeol menutup hidungnya.

aku masih tersenyum mereng.

tanda tanda aku bakal dibagi keluar gais.

"dah tu? puan tak nak bagi saya keluar. kan saya dah cakap yang saya memang betul betul nak tercirit." aku mencebikkan bibir.

"ha ye la ye la. makin tajam bau dia. menusuk ke kerongkong aku sekali. siapkan! kalau tak, cikgu sumbat kamu dalam tangki air."

"baik puan! sayang puan ketat seketat cinta--"

"dah mula dah dengan pickup tak seberapa line dia. tadi kata dah nak melepas sangat." puan yeol menjegilkan mata.

ohyeaa.

tak sia sia aku paksa bom atom aku keluar kahkah.

━━━━❁━━━━

badannya disandarkan pada dinding. setia dia menunggu perempuan tersebut agar keluar dari neraka baginya.

tidak sampai beberapa minit dia menunggu di situ, satu persatu pelajar lelaki dan perempuan keluar dari kelas.

dan seperti biasa, kelibat gadis itu tidak kelihatan. balik lewat dan belajar di dalam kelas sudah sebati dengannya.

dasar nerd.

dia mengeluh berat. nampaknya gadis tu memang degil juga nak balik awal. asyik lambat je.

tanpa sebarang keizinan, taehyung menyambar lengan seorang gadis yang baru sahaja keluar dari kelas.

terpinga pinga gadis itu melihat taehyung.

"eo? t--taehyung oppa?"

"hai! ye saya oppa awak. wahai adik manis yang lagikan comel dan cantik, boleh oppa tanya sesuatu tak?" taehyung mengerdipkan matanya beberapa kali.

"b--boleh! boleh sangat!"

tch. semudah abc je taehyung mengurat gadis. lebih lebih lagi junior.

"gadis nerd yang tengah belajar tu, dia memang suka sangat balik lewat ke apa? tak pernah ke dia balik awal?" taehyung menjuihkan bibir ke arah gadis yang tengah fokus belajar.

tak lain tak bukan, min hwayoung. sasaran untuk darenya.

"oh dia tu. setakat ni dia tak pernah balik awal. dia memang suka stay je kat sekolah sebab hmm entahlah. nerd kan?" tertawa kuat dibuatnya. tak tahu di mana lawaknya.

taehyung hanya turut tertawa paksa. terpaksalah dia relakan. nanti jatuh pula maruah dirinya.

"okay, thank you baby girl." taehyung tersenyum petak.

"b--baby girl?"

taehyung tertawa kecil. perlahan lahan dia mengangguk, walaupun dalam keadaan terpaksa.

"b--bye oppa!" terpinga pinga gadis itu dibuatnya.

taehyung menjegilkan matanya sebaik sahaja gadis itu beredar.

"noob." gumam taehyung perlahan.

"masuk ke tak eh? mana la tau kali ni aku boleh tackle dia betul betul. 1 bulan rasa lama sangat." taehyung tersenyum sendiri. perlahan lahan dia melangkah untuk masuk ke dalam kelas hwayoung.

belum sempat dia melangkah, gadis itu sudahpun terpacak di hadapan pintu kelas.

"eh? hwayoung--"

"kenapa sunbae tak pergi je terus dengan minra tadi? dia kan baby girl sunbae." hwayoung tertawa perlahan.

"ha? tu--"

"tak apa lah, saya balik dulu. bye." hwayoung senyum segaris.

"tunggu la kejap."

"hwayoung!"

"MIN HWAYOUNG!"

"aish! bebal la kau ni!" taehyung mengetap giginya.

hari ke-18, gagal.

[C] April Fool + kthWhere stories live. Discover now