➽5

2.5K 358 90
                                    

taehyung's pov

hwayoung yang berada di sebelah ku aku perhati. dia hanya mendiamkan diri sejak tadi.

sebenarnya, boleh tahan comel juga budak ni walaupun masih mentah. nerd tapi comel. eeeh?

tak tak. kau kena ingat misi kau. buat dia jatuh hati pada kau dan bukannya kau yang jatuh hati pada dia!

tapi,

ah! tak. dia tak comel. ingat taehyung! dia seorang junior yang noob dan nerd.

misi kau hanya tipu dia. tepat 1 april iaitu pada hari april fool, kau kena confess dengan penuh penipuan dan ceritakan bahawa kau laksanakan dare yang disuruh oleh jungkook.

kalau dia betul betul jatuh cinta macam mana?

ataupun lagi teruk lagi, macam mana kalau dia langsung tak jatuh cinta?

ah. kau hensem taehyung. percaya lah. kau mesti dapat tawan hati dia walaupun hanya sekadar berpura pura.

"t-terima kasih." ucapnya sambil tertunduk 90°.

aku memandang sekeliling kawasan. terlalu sibuk memikirkan hal tentang dare sampaikan tak sedar yang kami telah sampai di hadapan rumahnya.

hwayoung masih menunduk. terlalu tegak. aku syak budak nerd ni pernah ikut kawad kat kem askar.

kaca mata miliknya yang mirip mirip harry potter diperbetulkan apabila telah terleret ke bawah.

hm comel eh tak maksud aku spek dia.

"tak payah nak terima kasih sangat lah, dah memang tugas aku untuk lindungi kau. lagi lagi waktu macam ni. dah lah kawasan perumahan kau sunyi semacam je. nasib ada taeanpanman." pujiku pada diri sendiri. sengaja aku biarkan ayatku sedikit berbunga agar dia tersenyum.

tetapi sangkaanku terhapus. dia tidak tersenyum malahan menunduk. malu barangkali.

dia menepuk pipinya beberapa kali. kemudian dia yang tadinya menunduk memandang aku.

ye lah, aku mengaku yang dia ni comel.

tapi spek dia tu lah. asal tak ganti je dengan lens? haih.

budak ni tak tahu fashion terkini ke apa? bertimbun minah kat sekolah ikut trend tapi dia?

pakaian pun boleh lah diterima. tak nerd sangat. nasib baik tak pakai pakaian zaman retro.

kalau tak, dah lama gamaknya aku serang budak hwayoung ni.

"s-saya masuk dulu." tergagap gagap dia bersuara. dah apahal? tergugat iman ke nampak taehyung yang hensem ni? kot kot bergegar satu badan dia nampak aku.

lemah semangat.

belum sempat dia melangkah masuk, lengannya aku tahan. dengan serta merta langkahnya terhenti.

boleh dikatakan kulitnya mirip mirip yoongi hyung disebabkan kulitnya yang sedikit putih pucat.

tetapi tidak kalah yoongi hyung. yoongi hyung dah boleh dilabel albino rasanya.

dia memandang aku dengan mata yang terkebil kebil. terkejut? ye kot.

"esok kau sekolah kan?"

dia memandang aku pelik. dia mengangguk perlahan.

"esok kita balik sama sama macam ni okay? tak pun, selama lamanya!" kataku sedikit teruja.

selama lamanya?

oh kim taehyung, mengapa selama lamanya?!

tak apa lah, janji tak perlu dicapati.

hiks. jahat nya kau taehyung.

[C] April Fool + kthWhere stories live. Discover now