Terima ajalah kau tak macam diorang semua,sikit pun tak.Paling tidak pun kau hanya pakai je macam diorang.Hari hari kau tengok "golongan normal" ni dengan hidup otomatik mereka,tapi kau diamkan,kau rasa kau sorang kan? .
Dalam lepak ramai-ramai tu,kau kena hafal bahasa bahasa kunci perbualan mereka,contohnya.. "amacam geng?","waah mana dapat barang rare ni?" untuk mulakan perbualan,sedangkan kau tak mau berbual,kau tidak teruja pun dengan sebarang material up-to-date yang kau tak perlukan tu,kau dah mual,mual dengan repitasi,monotone.Cuma nak kelihatan mesra dan bergaul kau bertanya,dan sebenarnya otak kau ntah kat mana.
Kau lebih tertarik dengan mamat botak di table sebelah yang sedang menghisap paip,atau..gadis yang mukanya cemas baru melintas depan kau tadi.Kau lebih berminat nak tanya sesuatu seperti "kau rasa,deja vu untuk apa?" atau "awak nak lari jauh-jauh? ,jom sama-sama" atau "perkara apa yang boleh buat kau menangis?". Siapa tahu,kadang2 itu yang orang tunggu,atau itu yang kau mahu org tanya kadang-kadang kan?
Pernah kau fikir,entah entah mamat random yang lalu depan kau tadi,yang dahinya berkerut tadi,memikirkan perkara yang sama? .Momen kau rasa kau "tiada" dalam keramaian dan riuh rendah kat table mamak tadi,kau perasan,atau sense someting like "eh gadis depan aku ni sesuatu lah",walaupun dia pun diam juga,tak cakap apa-apa,kau hanya perhatikan dia dari jauh.Kerana somehow ada energi yang menarik perhatian kau pada dia.Energi ini wujud , dan kau tau, kau rasa.Siapa tahu kalau gadis itu bakal menjadi teman-jiwa kau yang kau tunggu selama ni?.Teman jiwa tak smestinya pasangan kekasih,malah teman jiwa cenderung memahami kau berbanding kekasih kau sendiri!.
Ada,...orang macam kau ada..mereka juga macam kau..semua bawa teka teki yang jawapannya pada kau dan mereka perlukan jawapan itu.Semua bawa jawapan pada persoalan dalam diri kau.Semunya mempunyai jaringan yang tidak kelihatan di mata kasar,ada gelombang,ada engergi halus berhubung pada semua jiwa.Tinggal kau mahu bertanya..mencuba..secara random.
Dalam lif..kalau ada mamat yang mukanya asik tunduk..cuba..jadi random,jadi lain,tanyalah sesuatu yg "tak normal" macam,"awak rasa,kiamat bila?".Iya ,random..kita takkan tahu apa jawapan,atau siapa yang akan kita kenal nanti..entah entah..orang itu macam kita..entah entah dia juga menanti seseorang menanya soalan sesuatu semacam itu.Macam kau,apa perasaan kau kalau ada org tanya sesuatu macam tu,secara tiba tiba dari orang yang kau tak pernah kenal? Kau memang tertunggu sesuatu macam tu kan?
Ada..orang macam ni ada..cari...cari mereka...aku tahu,kau mahu berteman dengan orang orang macam ini.
YOU ARE READING
Mendekap Semesta
Poetry"dari hidup hanya ikut-ikutan dan menganut tanpa sedar, lebih baik mati kerna percaya" Kompilasi puisi , coretan , makanan jiwa dan buahrasa sepanjang pengembaraan,perjalanan bertemakan kehidupan,kritik sosial dan revolusi spiritual dari pengalaman...