🌸 Bab 10 🌸

3.8K 105 2
                                    

Selepas makan malam, Suraya mengemas dapur. Pinggan di dalam sinki dicuci. Ibunya pula berada di ruang tamu bersama anak-anaknya. Selepas habis mencuci pinggan kotor, dia membuat air kopi seperti biasa. Memang sudah menjadi rutinnya, selepas makan malam, wajib dia membuat air kopi dan minum kopi sebelum tidur. Walaupun dia tahu yang kopi tidak elok di minum selalu. Tetapi dia seperti sudah ketagih. Kalau tak minum kopi langsung dalam sehari rasa tidak lengkap rutinnya. Untuk Mika dan Mira pula, dia membuat air milo panas.

Siap membuat air, Suraya membawa air itu ke ruang tamu. Meletakkannya di atas meja. Suraya memanggil Mika dan Mira untuk minum bersamanya. Mika dan Mira keluar dari bilik lalu ke ruang tamu bersama Suraya.
Mika dan Mira meminum air milo suam sehingga habis. Selesai menghabiskan airnya, Suraya menghantar mereka ke bilik semula.

"Mama...Mika suka la dengan uncle tu." kata Mika tiba-tiba.

"Uncle mana??" tanya Suraya sambil mengusap rambut Mira.

"Uncle lolipop tu la mama..." Sahut Mira.

"Kenapa ek Mika dan Mira cakap tu uncle lolipop??"

"Sebab uncle tu la yang bagi lolipop dekat Mika dan Mira hari tu..."

"O...uncle tu yang bagi rupanya..." terimbas kembali kejadian di mana dia memarahi Mika dan Mira kerana mengambil lolipop dari orang yang tidak di kenali.

"Uncle tu tak macam papa...dia baik, tak marah-marah, Mira pun suka dengan uncle tu."

'Ni kalau Zafran dengar anak-anak aku puji dia, mesti kembang semacam hidung dia.' Tersenyum seorang Suraya.

"Dah la tu Mira, Mika... Dah lambat ni, Mika dan Mira tidur ya... Mama nak keluar dulu.."

"Ok mama... Mama ucap selamat malam kat uncle lolipop tu ya ma." Pesan Mika.

"Ok sayang... Selamat malam." Suraya mencium dahi kedua-dua anaknya sebelum menutup lampu bilik dan menutup pintu bilik mereka.

"Mak...Zafran mana?" Soal Suraya sambil matanya melilau mencari kelibat Zafran.

"Dekat luar tu... Su bagi la air ni kat dia." Puan Melah menghulurkan secawan kopi kepada Suraya untuk diberi lepada Zafran. 

"Baiklah mak..." Suraya melangkah ke luar rumah untuk memberi air kepada Zafran.

Malam itu semakin pekat dibaluti kelam. Keriuhan bunyi cengkerik sedikit sebanyak menghilangkan sedikit suasana sunyi di kawasan persekitaran rumah Suraya itu. Zafran berdiri di beranda rumah sambil melontar pandangan ke luar. Sesekali, dia bersandar pada tiang beranda untuk menghilangkan lenguh di badan akibat terlalu lama berdiri pada ketika itu.

Fikiran Zafran kusut, otaknya ligat memikirkan tentang hubungannya dengan Suraya. Sama ada dia hendak meneruskan rancangannya atau tidak. Fikir bagaimana dia hendak memenangi hati Suraya. Projek memikat Suraya itu harus diteruskan juga, alang-alang menjeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

"Awak..." tegur satu suara dari belakang.

Zafran berkalih, kekusutan yang melanda terus lenyap sebaik sahaja munculnya Suraya bersama secawan kopi. Suraya terus menghampiri Zafran sambil menghulurkan air kopi yang dibancuhnya tadi. Zafran mengambil cawan tersebut dari Suraya lalu terus dihirup sedikit demi sedikit.

"Terima kasih Su... Macam biasa, kopi awak buat memang sedap sangat..." Puji Zafran. Suraya tertunduk malu, pipinya mula merona merah.

"Sama-sama..." Jawab Suraya ringkas.

"Awak buat apa kat luar malam-malam macam ni?" Soal Suraya.

"Tak da buat apa...cuma nak ambil angin kat luar."

Mr Drama King(BAKAL TERBIT)✅Where stories live. Discover now