Selesai makan malam, Suraya menonton drama bersiri kegemarannya dia tv1. Mika dan Mira pula sudah masuk tidur selepas makan malam tadi.
"Su...." sapa Puan Melah.
"Ye mak.."
"Su tak masuk tidur lagi ke?" soal Puan Melah penuh prihatin.
"Belum lagi mak, mak tak tidur lagi?"
"Belum juga...nanti-nanti la, mata mak ni tak ngantuk lagi. Su okay ke?"
"Okay mak....kenapa mak tanya macam tu?"
Lama Puan Melah merenung Suraya, kesian sungguh dia melihat anaknya itu. Muda-muda dah jadi janda. Sudah la tidak berkerja.
"Apa perancangan Su lepas ni? Takkan Su nak duduk rumah je..."
"Su nak cari kerja mak...macam mak cakap, tak kan Su nak duduk rumah je."
"Bagus la macam tu...apa pun terjadi, Su mesti kuat, teruskan hidup..jangan cepat menyerah. Anggaplah ni semua adalah ujian untuk Su. Semua yang berlaku ada hikmahnya."
"Ya mak...Su tahu...mak jangan risau, Su kuat sebab Mika dan Mira."
"Bagus la macam tu Su.."
"Mak...Su masuk tidur dulu ya..esok Su nak ke bandar cari kerja,mak tolong tengokkan Mika dan Mira esok ya..."
"Su jangan risau...esok mak tolong tengokkan Mika dan Mira."
"Terima kasih mak...tak tahu la macam mana hidup Su ni kalau mak tak ada." Ucap Suraya sambil memeluk ibunya.
"Su tu anak mak, Mika dan Mira tu cucu mak..siapa lagi yang nak tolong Su kalau bukan mak..tak payah Su nak ucap terima kasih kat mak. Dah....Su pergi tidur, dah lewat ni."
"Baiklah mak...selamat malam mak," Suraya sambil memeluk ibunya.
"Selamat malam Su..."
Suraya baring sambil merenung siling bilik tidurnya. Sudah 20 minit dia termenung di atas katil. Matanya itu gagal untuk dilelapkan. Bayangan lelaki yang dia jumpa tempoh hari bersama anak-anaknya di Mall benar-benar mengganggunya.
'Kenapa pula aku asyik teringat dekat lelaki tu...macam pernah nampak, tapi kat mana...?'
Lama Suraya berfikir... mencari jawapan kepada persoalan yang berlegar di fikirannya. Akhirnya, dia tertidur.
Hari itu, Suraya memakai baju kurung berwarna kuning susu. Tepat jam 7 pagi, Suraya keluar rumah untuk ke bandar. Beberapa hari lepas, Suraya ada menerima panggilan untuk hadir temuduga dari salah satu syarikat yang dia pohon jawatan kosong.
"Selamat pagi cik..." Senyuman manis Suraya tayangkan.
"Selamat pagi, ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Kata gadis manis di depannya itu.
"Saya hadir untuk temuduga. Nama saya Suraya."
"Cik Suraya boleh duduk sebentar ya..nanti saya bagitahu bos yang Cik Suraya dah sampai." Gadis manis tadi meninggalkan Suraya bersendirian di situ.
Suraya duduk di ruangan menunggu sambil memerhati ruangan pejabat itu.
'Cantik juga pejabat ni....' Suraya memuji dalam hati.
Setelah hampir lima minit duduk menunggu, Suraya didatangi penyambut tetamu yang manis itu tadi.
"Cik Suraya....bos dah sampai. Dia nak jumpa cik Suraya. Ikut saya ya."
"Okay cik...."
"Emy...panggil saya Emy je," ujar penyambut tetamu yang manis itu sambil tersenyum.
![](https://img.wattpad.com/cover/149233450-288-k323211.jpg)
YOU ARE READING
Mr Drama King(BAKAL TERBIT)✅
RomansaBlurb➡Cinta bersulam benci *Story pertama yang terlalu banyak kekurangannya. Akan diedit semula. Jodoh itu ditangan Tuhan. Walaupun mereka nampak bahagia, namun ada sesuatu yang tidak kena dalam rumahtangganya. Akhirnya, rumahtangga yang dibina ham...