🌸 Bab 19 🌸

3.9K 122 11
                                    

"Welcome to our home dinda..." kedengaran kata ucapan selamat datang dari Zafran menyapa telinganya.

Zafran membuka pintu masuk rumah itu dan memberi laluan kepada Suraya untuk masuk dahulu ke dalam. Dengan perlahan, Suraya melangkah masuk. Dia terpegun melihat hiasan rumah Zafran ala modern kontemporari. Ruang tamu rumahnya yang bertemakan warna hitam dan putih nampak begitu dramatik sekali. Rekaan perabot yang ringkas tanpa kemasan sarat yang dipilih untuk memenuhi ruang tamu itu menyerlahkan lagi keunikkan gaya konsep itu.

"Cantiknya rumah abang...Su ingat abang tinggal dengan mama je sebelum ni," Mata Suraya masih lagi meliar memandang sekeliling rumah itu.

Zafran tidak menjawab soalan Suraya.
Dia berlalu ke ruang tamu, punggungnya dihenyak ke atas sofa kulit berwarna cream. Dia menyandar kepalanya di sofa empuk itu. Matanya tertutup. Gayanya seperti orang yang sedang keletihan. Suraya memerhatikan tingkah Zafran. Dia tersenyum sambil melangkah ke arah Zafran. Kini, dia berdiri di belakang sofa tempat Zafran duduk. Jari-jemari runcingnya mula menari-nari di atas kepala Zafran. Dia mengurut lembut kepala Zafran. Zafran tidak membantah, malah dia menikmati urutan jemari Suraya itu.

'Loser!' satu suara tiba-tiba menerpa telinga Zafran. Dia yang sedang menikmati urutan jemari Suraya di kepalanya terus menegakkan badannya. Tangan Suraya ditepis dari terus mengurut kepalanya.

"Siapa suruh kau urut aku?!" Zafran bertanya dengan nada keras sedikit. Suraya terkejut dengan tindakkan Zafran. Tangannya ditepis, perbuatan yang layak dilakukan oleh seorang isteri untuk membahagiakan seorang suami dipersoalkan seolah-olah dia tiada hak untuk menyentuh suaminya.

'Kenapa dengan Zafran?' Suraya memandang wajah Zafran. Hatinya sedikit terguris mendengar jerkahan Zafran.

"Sorry...Su cuma nak urut abang, sebab nampak abang macam letih sangat tadi," tangan Zafran diraih.

"Su minta maaf kalau abang tak suka dengan perbuatan Su tadi," Suraya meminta maaf sekali lagi. Wajah ketat Zafran dipandang. Zafran hanya mendiamkan diri. Kata-kata Suraya tidak dibalas.

"Bawa beg pakaian kau naik atas," arahnya. Dingin sekali.

Suraya segera bangkit dari tempat duduknya, dia melangkah ke arah beg pakaian yang diletak Zafran berdekatan pintu masuk tadi. Dia mengangkat beg pakaian itu.

'Beratnya! Aku ada letak batu ke dalam beg ni tadi..aduh!' Suraya merungut sendiri. Dia berkira hendak meminta pertolongan suaminya untuk membawa beg itu ke atas. Tetapi, belum sempat dia membuka mulut, Zafran terlebih dahulu mengarahnya.

"Bawa beg aku tu sekali, cepat sikit," tegas Zafran.

Tanpa memandang Suraya, Zafran melangkah menaiki anak tangga untuk ke tingkat atas. Suraya melepaskan keluhan berat. Akhirnya, kedua-dua beg pakaian yang berat itu dia angkat juga. Sebelah tangan menjinjing begnya sendiri, sebelah lagi menjinjing beg Zafran. Dengan penuh berhati-hati, dia melangkah menaiki anak tangga. Beg yang berat itu memperlahankan sedikit langkahnya.

"Cepatlah sikit," Zafran menjerit dari tingkat atas.

"Ok abang, kejap lagi sampai la ni."

Sebaik sahaja sampai di tingkat atas, Suraya menghempas beg tadi ke atas lantai.

'Huh! Lega...' dia menarik nafas panjang dan menghembuskan nafasnya semula. Kelihatan Zafran sedang bersandar pada pintu bilik yang paling dekat dengan tangga. Suaminya memandang dia dengan wajah dinginnya. Pintu bilik tempat Zafran bersandar tadi dikuak.

"Ni bilik kita..." kemudian, Zafran melangkah ke bilik sebelah.

"Yang ni bilik tetamu... Dan yang sebelah tu, bilik khas untuk aku buat kerja. Tak ada siapa pun boleh masuk bilik kerja aku tu, faham?" Matanya tajam memandang wajah Suraya.

Mr Drama King(BAKAL TERBIT)✅Where stories live. Discover now