🌸 Bab 23 🌸

3.7K 137 5
                                    

Suraya memerhati gelagat manusia yang lalu lalang di depan cafe tempatnya menunggu Melissa. Jam tangan dikerling. Melissa dah lewat 15 minit. Jarang Melissa lambat begini. Melissa seorang yang sangat menepati masa, kecuali...jika dia ada hal yang benar-benar penting.

'Melissa ada masalah ke....'

Phonenya dikeluarkan dari beg tangan. Dia mencari nombor Melissa lalu didail. Lama Suraya menanti panggilannya disahut, tetapi tidak juga disahut. Lalu nombor sahabatnya itu didail sekali lagi.

Tut..tut.. Tut..tut..

"Hello Su...sorry, sorry... Aku ada hal tadi, dah on the way sekarang. Kau tunggu kejap,"

"Ok...ok...."

Suraya membelek phonenya. Folder photo ditekan. Terpapar gambar perkahwinannya dengan Zafran tempoh hari. Skrin phone discroll perlahan. Suraya tersenyum sendiri. Hatinya tiba-tiba rindukan Zafran.

Sudah tiga hari Zafran berada di langkawi. Dia sibuk memantau projek barunya yang bernilai jutaan ringgit. Dia sangat berpuas hati dengan prestasi kerjanya. Setelah bertungkus-lumus menyiapkan proposal, akhirnya projek itu jatuh ke tangan syarikatnya. Itu merupakan satu kejayaan besar baginya kerana syarikatnya masih setahun jagung tetapi sudah diberi kepercayaan untuk menjayakan projek sebesar itu.

Setelah penat memantau tapak projeknya ke hulu ke hilir, dia melepaskan penatnya dengan berjalan menyusuri tepi pantai yang tenang itu. Pantai Cenang memang terkenal dengan keindahan matahari apabila terbenam. Pantainya pula berpasir halus umpama kristal berkerlipan ketika disinari cahaya matahari dan dikelilingi oleh pokok kelapa.

Zafran menghentikan langkahnya. Dia berdiri memandang keindahan matahari terbenam itu. Kedua tangannya diseluk ke dalam poket seluar.

'Suraya...aku rindukan kau...'

Wajah Suraya terbayang di benaknya. Sejak tiga hari dia berada di pulau itu, dia sering dihantui bayangan Suraya. Rasa bersalah menerpa, dia tahu layanannya pada Suraya sejak mereka menjadi suami isteri yang sah terlalu buruk.  Dia cuba untuk merubah persepsinya terhadap Suraya, tetapi dia sering kali gagal. Gagal melawan ego sendiri.

'Maafkan aku Suraya...aku tak mampu beri kebahagian yang kau nak. Aku tak mampu jadi seorang suami yang baik buat kau. Patut ke aku bagitahu kau pekara sebenar... Apa aku nak buat sekarang? Kalau kau tahu hal sebenar mesti kau tinggalkan aku... tapi hati aku tak kuat untuk melepaskan kau dari hidup aku. Ya...aku tamak!'

Zafran tidak kisah jika dia dianggap tamak, yang penting Suraya tetap menjadi miliknya walaupun Suraya menderita bersamanya. Dan rasanya penantiannya berbaloi. Dia puas melihat wajah cemburu Amar ketika mereka terserempak di pasaraya tempoh hari. Dia juga puas melihat Suraya menagih cinta darinya. Tetapi rasa rindu dan getaran yang selalu hadir di jiwanya membuatkan dia keliru.

"Ah...perasaan apakah ini...?'

Menyedari hari semakin gelap, Zafran berlalu untuk kembali ke tempat penginapannya. Saat dia memusingkan tubuhnya, dia terlanggar seseorang.

Dup!

"Sorry..." ucap mereka serentak.

Mata mereka berbuntang melihat kelibat masing-masing.

"Zaf...kau buat apa kat sini?"

"Kau pula buat apa kat sini Juli?"

Mereka sama-sama tersenyum.

"Aku ada kursuslah kat sini.. Baru lepas habis kursus la ni. Sebab tu aku jalan-jalan tepi pantai ni. Orang cakap pantai ni cantik," Zafran mengangguk kepala tanda bersetuju dengan kenyataan Juli itu.

Mr Drama King(BAKAL TERBIT)✅Where stories live. Discover now