🌸 Bab 25 🌸

3.9K 118 2
                                    

"Sayang..." panggil Zafran dari bilik. Suraya bergegas ke bilik apabila mendengar Zafran memanggilnya. Nasi goreng yang siap digoreng ditinggalkan sahaja di dalam kuali dalam keadaan api yang sudah ditutup.

"Ya kanda...terjerit-jerit panggil dinda awal-awal pagi ni ada apa?" Wajah serabut Zafran dipandang. 

"What happen to you abang? Su ingat abang dah bersiap." Terkejut Suraya melihat Zafran yang belum bersiap. Tuala masih melingkar di pinggang. Baju pun belum dipakai. Zafran seperti mencari sesuatu di dalam almari.

"Abang cari apa tu?" soal Suraya yang masih berdiri sambil mencekak pinggang di depan pintu bilik.

"Pakaian abang mana?"

"Tepi abang tu apa?" Jari telunjuk Suraya menunjuk ke arah sepasang pakaian yang tergantung di tepi almari. Zafran tersenyum sipu.

"Mustahil abang tak nampak... Kan semalam lepas Su gosok Su ada bagitahu abang yang Su letak kat sana...abang tak ingat ke?"

"Tak ingat....sorry.." Kepalanya yang tidak gatal itu digaru. Tangannya pantas mengambil pakaian yang terletak di tepi almari lalu disarung ke tubuhnya.

Suraya melangkah mendekati suaminya. Tali leher yang masih tersangkut di penyidai itu diambil. Dia membantu memakaikan tali leher itu ke kolar baju Zafran seperti biasa.

"Sayang...kenapa nampak berseri-seri ni..?" Zafran merenung wajah Suraya. Rambut Suraya dielus perlahan.

"Apa yang berseri-seri ni... Abang jangan nak 'ayat' Su awal-awal pagi."

"Abang serius la... Mana ada abang nak 'ayat' Su. Dengan Su abang tak payah 'ayat' la..abang petik jari je Su dah datang." Zafran menayangkan muka bangganya.

"Amboi... Tak payah 'ayat' konon.. Dulu siapa yang 'ayat' siapa? Siapa yang melutut merayu minta Su terima lamaran? Siapa??"

"Eh...siapa eh?" Zafran pura-pura buat tak tahu.

"Ha....siapa tu yang melutut merayu bagai dulu?"

Hidung mancung Suraya dipicit lembut.

"Pandai dah kenakan abang sekarang..." Suraya menepis tangan Zafran yang masih memicit hidungnya.

"Sakitlah....!" Hidungnya yang sudah merah akibat dipicit Zafran tadi digosoknya perlahan. Suraya memerhati hidungnya di hadapan cermin. Tubuhnya dipeluk dari belakang. Zafran menyandarkan dagunya ke bahu Suraya.

"Tapi betullah...sayang nampak berseri sangat sekarang, pinggang ni pun dah berisi sikit abang rasa."

Suraya memandang tajam pantulan wajah suaminya yang berada di depan cermin itu.

"Abang nak kata Su gemuk la ni?!"

"Abang tak kata sayang gemuklah... Abang cuma cakap, sayang semakin berisi."

"Bagi orang perempuan, berisi dengan gemuk tu sama ja. Berisi tu gemuk, gemuk tu berisi. Kami memang sensitif bila orang sebut makin berisi, maknanya makin gemuk lah tu!" Muncungnya dipanjangkan. Suraya terasa hati bila Zafran mengatakan yang dia semakin berisi.

"Complicated juga perempuan ni ya.. Tapi, abang memang tak bermaksud pun nak kata sayang gemuk." Kini Zafran dilanda rasa serba salah. Dia tidak bermaksud untuk mengatakan isterinya itu gemuk.

"Dah la...jum turun sarapan." Suraya yang masih dengan muncung panjangnya berlalu ke dapur meninggalkan Zafran di situ.

Zafran duduk termenung di pejabatnya. Dari tadi dia cuba untuk menumpukan perhatian terhadap kerjanya, tetapi dia gagal. Di fikirannya cuma Suraya. Selepas kejadian pagi tadi, Suraya merajuk dengannya. Sepatah ditanya, sepatah juga dijawab.

Mr Drama King(BAKAL TERBIT)✅Where stories live. Discover now