"Assalamualaikum mak.." Suraya memberi salam. Dia rindu kepada ibu dan anak-anaknya. Sebolehnya, dia tidak ingin berjauhan dengan anak-anaknya, tetapi apakan daya, keadaan kewangannya sekarang amat tidak mengizinkan dia untuk membawa sekali anak-anaknya untuk tinggal bersamanya di bandar. Dengan gajinya sebagai cleaner di Syarikat Zafran yang baru berkembang itu, dia tidak mampu hendak membayar gaji pengasuh untuk menjaga anaknya pulang dari sekolah jika mereka tinggal bersama dia. Hampir setengah dari gaji dah habis untuk bayar sewa rumah, duit untuk perbelanjaan anak-anak dan ibunya lagi, duit makan lagi, untung saja si Zafran tu sukarela offer diri nak jadi 'pemandu peribadi tanpa gaji' Suraya turun dan pulang kerja...kalau tak, terpaksa dia sediakan duit tambang untuk menggunakan pengangkutan awan. Sebab itulah Suraya terpaksa menghantar anak-anak ke kampung buat masa ini.
Amar pula....lepas tangan je. Anak-anak memang dia tak ingat langsung, nafkah anak tak payah cakap la.. Mula-mula selepas bercerai dulu je dia ada bagi.. Lepas tu....hilang....Dasar lelaki!
"Waalaikumsalam Su..." Kedengaran suara ibunya di talian ceria sahaja.
"Mak sihat? Mika dengan Mira sihat tak??" Soal Suraya bertubi-tubi.
"Kami sihat je Su... Su tak payah la risau sangat, mak masih mampu lagi nak jaga mereka tu..." Ucap Puan Melah. Dia sebolehnya, tidak ingin Suraya risau kerana dia tahu anaknya itu sudah banyak menanggung derita. Muda-muda dah jadi janda, bekas suami pula tidak bertanggungjawab.
"Mak...Su nak cakap dengan Mika boleh?"
"Boleh...kejap ya.." Kedengaran Puan Melah memanggil Mika.
"Assalamualaikum mama..." Ceria saja suara Mika memberi salam.
"Waalaikumsalam anak mama, Mika sihat tak?"
"Sihat ma.... Mama apa khabar?"
"Mama pun sihat... Mira sihat?"
"Sihat juga ma... Mama....Mika dan Mira rindu mama, bila mama nak balik jumpa kami?" Mendengar pertanyaan anaknya itu, hati Suraya tersentuh. Mana pernah dia berjauhan dengan anak-anaknya. Air matanya mula bergelinangan...
"Ma...mama pun rindukan anak-anak mama... Kalau mama dapat cuti nanti, mama janji mama balik ya sayang." Ucap Suraya sambil menyeka air matanya dengan hujung jari.
"Mika dan Mira dengar cakap nenek tau, jangan nakal-nakal, rajin-rajin la tolong nenek tu, lagi satu, belajar rajin-rajin tau..."
"Okay mama...."
"Mana nenek? Bagi mama cakap dengan nenek." Mika memberi telefon kepada neneknya.
"Mak...kalau Su dapat cuti hujung bulan ni, Su balik ya..."
"Baiklah Su... Kalau tak dapat balik pun tak pa Su, mak faham Su kerja untuk anak-anak."
"Terima kasih mak...sebab selalu ada di sisi Su, walaupun..... Walaupun Su selalu sangat lukakan hati mak." Air mata Suraya turun lagi. Dia sedar, dia banyak kali melukakan hati ibunya. Dulu semasa dia memilih untuk mengahwini Amar ibunya membantah sekerasnya, kerana ibunya ingin dia sambung belajar dulu. Tetapi, Suraya tetap juga ingin berumahtangga awal.
Betul la kata orang...
Cinta itu buta.."Kalau la Su dengar cakap mak dulu...mesti.."
"Dah la Su...benda dah lepas tak payah nak sebut lagi..." Pantas Puan Melah memotong kata-kata Suraya. Dia tidak ingin Suraya bersedih.
"Baiklah mak... Su nak tidur ni. Esok nak bangun awal. Selamat malam mak..."
"Selamat malam Su...jaga diri tau... Mak sayangkan Su"
Suraya meletak telefon bimbitnya di tepi katil. Dia masih lagi duduk di birai katil. Menghapus sisa-sisa air matanya... Sungguh...dia tidak kuat sebenarnya, tetapi adanya ibu dan anak-anaknya itu lah yang membuat dia kuat.
YOU ARE READING
Mr Drama King(BAKAL TERBIT)✅
RomanceBlurb➡Cinta bersulam benci *Story pertama yang terlalu banyak kekurangannya. Akan diedit semula. Jodoh itu ditangan Tuhan. Walaupun mereka nampak bahagia, namun ada sesuatu yang tidak kena dalam rumahtangganya. Akhirnya, rumahtangga yang dibina ham...