Aku duduk di atas kerusi sambil memandang dia di dapur. Aku nampak sikit-sikit je kelakuan dia di dapur.
Tangan aku diikat dibelakang kerusi. Kaki aku diikat di kaki kerusi. Tak lupa dengan tubuh aku yang turut diikat di kerusi.
Aku pandang televisyen yang dia pasangkan untuk aku.
Drama 'Lelakiku Dicuri Orang'
"Ulang balik cerita ni. Kelmarin dah keluar dah episode ni." Rungut aku sendirian.
Tangan aku agak lenguh sebenarnya. Tapi, aku diam je.
Aku pandang di sebuah dinding. Banyak wajah lelaki yang bertanda pangkah dan tak berpangkah tertampal di dinding itu. Sedikit peta juga ada. Ada juga tulisan jumlah duit. Semuanya main juta.
"Jadi, kau pembunuh bersiri yang terkenal tu. Tapi orang tak tahu yang kau pembunuh upahan." Selamba aku bercakap sambil memandang dinding tersebut.
"Apa yang kau merepek ni?" Dia datang dengan sedulang makanan.
Terdiam aku saat aku melihat wajahnya.
He's.... Hot?
"No wonder kau terkenal." Aku angguk setuju.
"Tak faham." Dia menarik meja lalu letakkan makanan di depan aku. Kemudian dia duduk di depan aku. Halang drama tadi.
"Kau pembunuh bersiri yang licik, paling dikehendaki. Takda pihak yang pernah nampak muka kau. Agak terharu bila aku yang pertama." Aku masih bersikap selamba.
Itu saja nak hilangkan takut aku.
"Pattern kau setiap kali membunuh, kau pergi bersama mayat. Tinggalkan penanda kau iaitu bunga lili putih." Aku teringat semua data bapa aku.
"Macam mana kau tahu?" Dia memandang aku dengan wajah tertanya.
"Bapa aku polis. Ketua polis bandar Seoul." Wajah aku berubah bila cakap pasal bapa aku.
Dia tersandar tergamam.
"Kau akan datangkan masalah dekat aku. Kau akan buat kerja aku kantoi." Dia kusut. Kepalanya diramas geram.
Aku mula takut.
"Tak ada alasan lagi aku nak simpan kau. Maafkan aku, aku terpaksa bunuh kau selepas aku uruskan mayat tadi." Dia berdiri.
Makanan tadi diambil semula. Aku tak makan lagi!
Aku diam menghadam ayat dia.
"Wait! Nanti dulu!" Aku tahan dia. Dia memandang aku.
"S-simpan aku? Maksud kau, culik aku?" Aku berharapkan kepastian.
"I didn't kidnapped you. Kau yang tawarkan diri nak diculik. And now you're gonna die." Dia menghirup susu pisangnya.
"Yes!!! Then kidnapped me like I want!" Aku teruja.
"Apa? Apa kau cakap?" Dia berpaling memandang aku.
"Ya! Culik aku! Culiklah aku! Simpan aku! Tak perlu bunuh aku! Yes! Tuhan dah makbulkan doa aku." Aku teruja sungguh. Ibarat aku menang loteri.
"Kau memang nak diculik? Yah, kau fikir ini benda main ke? Kau akan mati sekejap lagi!" Dia berdiri di hadapan aku.
Teruja aku bertukar menjadi tangisan bahagia.
"Dari dulu aku nak bebas. Sekarang aku dah bebas. I'm fucking free!!" Aku menangis setelah sekian lama aku tak menangis.
Minta maaf. Aku tak dapat nak lap hingus sebab tangan berikat.
"W-woi." Dia tergamam.
"Bunuhlah orang sebanyak mana kau nak. Bawalah balik mayat sebanyak mana kau nak. Aku tak kisah. Asalkan kau terus simpan aku dekat sini." Aku tunduk lemah.
"In the middle of forest?" Dia masih terkejut.
"Tengah hutan ke, tengah laut ke, tengah gurun sekali pun. Aku tak kisah. Simpanlah aku. Culik aku. Tak perlu minta tebusan." Aku senyum.
"Aku simpan rahsia kau. Kau simpan aku."
YOU ARE READING
[complete] kidnapped | jungkook
Fanfiction≫ Jeon Jungkook Fanfiction ≪ ༝ When God make your wish becomes true, and lead you to the fate