22 | A date?

1.7K 189 31
                                    

"Takpa ke ni?"

"Ala, bukan kita rakam. Usha je."

"Pergilah masuk dalam."

"Aku takut kalau diorang.... Kau faham-fahamlah."

Aku terjaga sebab bunyi-bunyi 'langau' yang kuat.

Aku terpandang pintu aku.

"Shit!" Aku terus selubung dalam selimut.

"Kenapa main masuk je bilik aku! Apa masalah! Yaaahhhh!!!" Aku mula naik angin.

Bukan apa, 6 kepala sedang meninjau aku dengan Jungkook tengah tidur. Malulah!

"Kitorang cari Jungkook, Jungkook takda. Masuk bilik kau sebab ingat kau seorang je. Rupanya Jungkook ada sekali. Kira package lah ni." Jimin ketawa sinis.

"Jungkook! Bangunlah!" Aku tolak tubuh Jungkook.

"Apa benda?" Jungkook membuka matanya.

"H-hyung! Apa ni!" Lekas Jungkook berdiri.

Tahu kau cuak.

"Takpa, tenang Jungkook. Kami tak ada masalah. Kami datang ni sebab nak ajak keluar. Dah lama tak keluar. Alang-alang tu, boleh kau bawa teman wanita kau date." Namjoon mengenyitkan matanya.

Jungkook diam kemudian pandang aku.

"Pergilah siap! Pandang aku buat apa?" Jungkook tiba-tiba tempik aku.

Dah kenapa mamat ni?

"Kau apahal nak tempik aku? Nak kena tampar ke?" Aku agak kecil hati dengan Jungkook.

"Sorry. Marah aku dekat hyung terbawa ke kau. Maklumlah, kena kacau. Pergilah siap." Jungkook tersengeh.

Aku menjeling lalu bangun.

•°•°

"Tak apa ke? Dahlah aku still wanted." Aku memandang luar kereta.

"Takpa kot. Taik lalat kat pipi kau tu, cukup untuk ubah muka kau." Yoongi menyahut sambil memandu.

"Kau tak bawa anak bini kau, Yoongi?" Soal aku sambil belek muka aku.

"Semalam dah jalan-jalan dengan diorang. Hari ni dengan dengan korang pula." Yoongi senyum.

"Bestnya." Aku cemburu.

"Sabar, nanti kita kahwin. Ada anak, kita jalan-jalan lagi jauh dari Yoongi hyung." Jungkook memeluk tubuh aku.

Aku senyum tanpa sengaja.

•°•°

"Hey, burger akulah! Asal kau ambil!" Taehyung geram dengan Jimin yang gigit burgernya.

"Sorry! Aku ingat ni Jin hyung punya. Mana aku tahu!" Jimin serba salah.

"Nak balik ke?" Jimin membuka mulutnya konon mahu meluah balik.

"Tak payah! Bapak pengotor!" Jin menepuk bahu Jimin.

Aku ketawa kuat sebab lawak.

"Dah lama tak keluar. Hampir 6 bulan duduk dalam hutan. Jadi tarzan aku." Aku gelak lagi.

"Tak payah nak buat drama hutan hujan dekat sini. Orang nak gembira, kau nak buat sedih." Marah Taehyung yang bernada gurau.

"Alahai, aku try je." Aku menjeling.

"Sera, nanti kita jalan-jalan dekat taman sana. Kita BERDUA." Sengaja Jungkook menekankan ayat 'Berdua'.

"Haih, kalau aku tahu, aku bawa bini aku sekali." Yoongi mengeluh lalu mengunyah makanannya.

"Bagilah peluang budak baru nak naik ni dating." Namjoon memerli.

"Entah, asyik lepak dengan korang je." Jungkook bergurau sebelum ketawa.

[complete] kidnapped | jungkookWhere stories live. Discover now