17 | Kill 'em

1.8K 217 49
                                    

"Nice shot!" Park Haneul senyum lebar.

"Kebetulan saja tu." Kwon Iltae segan dipuji Haneul.

"Terima kasih saya ucapkan sebab sudi main golf dengan saya." Haneul mula berjalan bersama Kwon Iltae.

"Tak ada apalah. Saya cuma tertarik dengan syarikat En. Park saja." Iltae segan silu.

"Bukan apa. Sanggup En. Kwon sewa satu padang golf ni. Semata-mata nak main dengan saya." Gelak Haneul.

"Tak apa. Semoga perniagaan kita berjalan lancar."

●○●○

"Tuan Park. Kereta sudah sedia." Pembantu peribadi Haneul tiba.

"Eh, Hajun. Saya ingat lama lagi." Hanuel ketawa.

"Maafkan saya, tuan. Jalan sesak tadi." Haneul menepuk bahu Hajun.

"Saya pergi dulu, En. Kwon. Saya akan hubung tuan dalam masa terdekat." Haneul mula meninggalkan Iltae.

Mereka berdua mula ke kereta masing-masing.

"Ke mana, tuan?" Pemandu Iltae memandang melalui cermin tengah.

"Ke rumah. Pastinya isteri saya sedang menunggu." Senyum Iltae. Wajah anaknya yang baru lahir melintas di wajahnya.

"Mmm, saya minta kebenaran untuk berhenti di persinggahan boleh? Saya nak kencing." Pintanya.

"Ya. Semestinya, Jooheun."

Sebaik tiba di persinggahan, Jooheun meletakkan keretanya di depan tandas lelaki dimana terletak di belakang bangunan.

Selesai membuang air kecil, Jooheun kembali ke kereta.

"Mari kita--" Mata Jooheun tergamam melihat tempat duduk belakang.

Bunga lili putih dan percikan darah di tempat penyandar.

●○●○

"We've got the target." Jungkook membuka kotnya.

"Okay. Yoongi dah boleh jalan tugas." Namjoon mula memberi tanda 'okay' pada Yoongi yang berdiri di depan sebuah rumah sedangkan dia di dalam kereta birunya.

Jungkook sandar bersama mayat Iltae yang baru dibunuh tadi di belakang van.

"Nice ending, Hajun." Hoseok ketawa sinis bersama Jungkook.

"Hyung pun, Haneul."

Jungkook mengeluarkan phonenya lalu mengambil gambarnya bersama mayat Iltae.

Killer Jeon
Done killing!
[Photo]

Seraaa
Tak guna!
Aku tengah makanlah!
Wait
Kau dapat headshot!
WOWWWW

Killer Jeon
Semestinya!
Tak sabar nak balik
I want cuddle when I back home

Jungkook tersengeh lebar memandang perbualannya bersama Sera.

Sawit-sawit gitu. Tolonglah jeles jap.

"Jadi betullah kau ada hubungan dengan Sera." Hoseok yang dari tadi memerhati Jungkook mula buka topik.

"Mesti Jimin hyung yang cakap, kan? Tak guna. Ketinggian sama dengan akal." Geram Jungkook.

"Wuu. Jungkook dah ada teman wanita." Usik Hoseok.

Suka betul dia tengok wajah Jungkook merah padam.

"Tak rasmi lagi. Tapi Sera terima yang aku claim dia sebagai aku punya." Jungkook mengeluh.

Rindu sangat. Berat dada ini.

"Dah main claim-claim. Rasmilah tu. Tak guna. Kau kahwin awal dari aku." Hoseok ketawa.

Jungkook hanya senyum.

●○●○

Yoongi berjalan ke rumah besar itu lalu meletakkan 3 buah kotak hitam besar.

Loceng rumah itu ditekan 3 kali lalu Yoongi beredar laju.

"Syabas, Yoongi." Namjoon senyum.

Mereka berdua melihat seorang wanita pertengahan tahun membuka pintu dengan bayi di dalam dukungannya.

Jelas wajah wanita itu terkejut dengan kotak-kotak tersebut. 1 kotak dipenuhi duit. 1 kotak dipenuhi dengan peralatan bayi. 1 kotak dipenuhi dengan baju bayi lelaki.

Itulah pampasan kematian Kwon Iltae kepada isterinya dan anaknya.

[complete] kidnapped | jungkookWhere stories live. Discover now