6 | Meet

2.1K 258 27
                                    

"Jadi, dia biarkan kau culik dia?"

Jungkook mengeluh buat sekian kalinya. Letih nak cakap dengan orang yang sel-sel otaknya tidak berapa nak berhubung.

6 wajah orang yang lebih tua darinya dipandang seketika.

"Aku tak culik dia. Listen, dummy." Jungkook cuba bersabar.

"Malam yang aku selesai bunuh Park Jaeyoo tu, aku berhenti dekat Jalan Eorim 3/4 sebab pundi kencing aku nak pecah. Aku ambil lampu suluh kat belakang dan lupa nak kunci sebab aku memang dah tak tahan." Jungkook memandang 6 muka itu lagi.

"Habis kencing, aku terus kunci pintu. Aku tak tahu lansung yang Sera ada dalam tu. Bila aku nak uruskan bangkai Jaeyoo tu, aku sedar yang dia tengah perhatikan aku." Jungkook cuba mengingat kembali detik itu.

"Trust me, hyung. I also almost kill her." Jungkook sandar sambil memandang biliknya dimana Sera ada.

"Nampak tak? Kau pun hampir nak bunuh dia. Aku yang sama keadaan dengan kau, kau boleh tengking aku macam-- aku hampir bunuh isteri kau." Taehyung tak berpuas hati.

"At least aku dengar penjelasan dia, hyung." Jungkook menjeling lalu memeluk tubuhnya.

"She was stuttered. And she was about to run!" Taehyung masih tak mahu kalah.

"Semestinya dia nak lari kalau orang yang dia tak kenal, tiba-tiba acu pisau dekat dia. Lain kali, sabar! Sabar itu indah, bro!" Jungkook yang mulanya duduk, kini berdiri menunding Taehyung.

"Okay, Jungkook. Kau hampir melampaui batas." Dianggap ketua, Kim Namjoon bersuara meleraikan pergaduhan mereka.

"Taehyung ada sebab kukuh kenapa dia hampir bunuh perempuan--"

"Sera. Nama dia Yoo Sera." Jungkook membetulkan namanya.

"Okay, Sera. Ada sebab kenapa Taehyung nak bunuh Sera. Kau pembunuh yang paling dikehendaki, Jungkook. Sekali kau ditangkap polis, memang tak ada peluang kedua untuk kau hidup." Namjoon cuba memberi pandangannya.

"Macam kau cakap tadi. Bapa Sera ketua polis Seoul. Dan kau masih biarkan dia dengan kau. Macam mana kalau bapa dia tahu semua ni? Macam mana kalau dia yang beritahu bapa dia pasal kau?" Kini yang paling tua, Kim Seokjin bersuara.

"I won't do it." 7 pasang mata memandang ke arah pintu bilik Jungkook.

Sera berdiri lemah sambil senyum kecil.

"Sera." Jungkook membantu Sera menuju ke arah mereka.

"Aku dah janji dengan Jungkook yang dia akan simpan aku dan aku simpan rahsia dia." Sera duduk dihadapan mereka.

"Bapa kau seorang polis paling hebat. Dan sekarang anak dia hilang. Kau tak rasa benda ni akan bebankan Jungkook? Kau tahu dia seorang pembunuh bersiri, tapi kau masih nak duduk dengan dia!" Dengan tawa dia berkata, Jung Hoseok kembali serius memandang Sera.

"Dia takkan jumpa aku! Aku dah tinggal dengan Jungkook 4 hari! Bapa aku masih tak jumpa aku. Sebelum ini, aku dah lari banyak kali! Tak sampai 2 hari, bapa aku akan jumpa aku balik." Sera geram.

Kini matanya berair.

"Kalau betul kau nak lari, okay. Kau ikut Taehyung balik. Kau akan tinggal dengan dia." Lelaki paling putih, Min Yoongi mengeluh dengan situasi tegang ini.

"Dia? Lelaki yang hampir bunuh aku? Lelaki yang tendang perempuan? No! Aku taknak." Sera semakin hilang kawalan.

"Hyung, aku rasa hyung patut hentikan." Jungkook sudah risau memandang Sera.

"You guys was so fucking selfish that didn't know what's freedom mean! Kau boleh cakap macam-macam sebab kau tak faham! Tak faham hidup dalam sangkar!" Sera menjerit geram.

"Tak faham hidup dalam sangkar. Hold on, girl. Kau cakap kami, tak faham hidup dalam sangkar? Aku rasa kau yang selfish sekarang ni. Pentingkan diri kau untuk kebaikan sendiri." Yang paling kecil, Park Jimin kini geram dengan Sera.

"Macam Jungkook kata. Inilah dunia. Untuk survive diri dalam hidup yang terancam. Kita kena pentingkan diri sendiri." Sera dalam keadaan terhincut, kembali ke bilik lotengnya.

"Stop it, hyung. Dia baru nak rasa sedikit kebebasan. Kita baru saja rosakkannya." Jungkook berdiri.

"Wow, sekarang kau nak pertahankan dia yang tak tahu apa-apa pasal kita." Taehyung ketawa sinis.

"Ya, kita terlalu faham hidup dalam sangkar. Dia pun faham. Dan dia baru keluar dari 'sangkar' dia. Kenapa kita nak rosakkan saat terbaik dia keluar dari 'sangkar' dia? Jangan libatkan orang untuk rasai hidup 'sangkar' kita." Jungkook menuju ke bilik loteng.

[complete] kidnapped | jungkookWhere stories live. Discover now