11 | Funny

2K 232 114
                                    

"Thanks, Yoongi. Sememangnya anak kau memang lawa." Aku senyum lebar.

"Unnie, unnie. Unnie duduk dengan Jungkook oppa ke?" Anak perempuannya, Min Naeun muncul dari tempat duduk belakang.

"Haah." Aku mencubit pipinya.

Aku rasa nak potong pipi dia ni, lepas tu celup tepung, goreng, kunyah kuat-kuat. 44 kali aku kunyah. Ikut sunnah Nabi.

Okay, nampak aku brutal pula.

"Unnie dengan Jungkook oppa macam mama dengan papa ke?"

Aku loading.

"Abenda?"

"Hahahah! Taklah, Naeun! Apa tanya orang macam tu. Papa tak ajar. Takmo, takmo." Yoongi ketawa tipu.

Aku diam je sebab aku memang tak faham. Dulu mama tak bagi aku minum susu yang sel-sel otak berhubung tu. Sebab mama kata, sel-sel otak aku berpuak. Certain-certain sel je yang dia nak berhubung.

"Okaylah. Aku pergi dulu. Kau taknak masuk jumpa Jungkook dulu ke?" Aku membuka tali pinggang keselamatan.

"Tak kot. Naeun adalah." Yoongi bagi tanda.

"Oh, ya!" Aku baru teringat yang bini si Yoongi ni tak tahu dia kerja part-time sebagai pembantu pembunuh bersiri.

Yoongi kerja sebagai Engineer, guys.

"Kalau macam tu, bye! Selamat tinggal, Naeun!" Aku cium dahi Naeun lalu berambus.

•°•°

"I'm home."

"Ouh.. Baru nak I'm home. Dah satu malam takda, baru nak balik?" Jungkook terus terjah aku dengan sudip kayunya.

"Apa?" Aku pandang dia dengan muka tak bersalah.

"Di telefon, ngak di angkat, angkat. Di whatsapp ngak di baca, baca. Semalam, Sera dimana, Sera sama siapa, ngapain ajha. Tadi malam Sera di mana. Sera sama siapa ngapain ajha!"

Mata aku berkelip laju untuk seketika.

"A-apa kau cakap tadi? Ulang balik!" Aku menahan ketawa.

"Diam! Aku, kalau tengah marah, semua keluar dari mulut ni apa yang aku tengah fikir!" Jungkook menjeling aku lalu memeluk tubuhnya.

Aku terus ketawa berdekah. Kuat gila kau! Macam mengilai.

"Kau baru tengok MV Bobo, ya? Mesti tengah masak tadi, kau menyanyikan?" Aku menahan ketawa aku.

"Benda tu keluar dengan recommended aku! Aku tengok jela." Jungkook tak mahu kalah.

"Okay, that's funny." Aku acah mengelap airmata ketawa aku.

Balik-balik je Jungkook dah buat lawak.

"Woi, aku seriuslah time marah tadi! Kenapa pergi rumah Yoongi hyung tak bagitahu? Apa masalah kau? Dah 1 malam tak ada. Aku tak tidur, kau tahu?" Jungkook datang dekat dengan aku.

"Tenang duluan, mas Jungkook. Aku tak ada niat pun nak tidur sana. Anak Yoongi tu comel sangat! Dia ajak aku bermalam. Aku nak bagitahu, tapi bateri aku habis." Aku duduk di sofa.

Jungkook pun ikut aku duduk.

"Habis tu? Tak boleh cas ke kat rumah dia? Alasan je semua ni." Jungkook berpaling macam bapok merajuk.

"Kau ni, bodoh juga. Yoongi tu android user, bongok! Apa yang nak aku cucukkan kat bontot iPhone ni, celaka!" Aku pasrah dapat tuan rumah macam ni.

Jungkook diam.

"Nanti! Yoongi ada cakap dengan aku yang dia memang dah bagitahu kau pasal aku tidur rumah dia." Aku baru teringat.

"M-manada!"

"Penipu! Aku nampak Yoongi PM kau! Kau saja je nak cari pasal dengan aku! Aku sula kau, baru kau tahu!" Aku mencepuk kepalanya.

"Hey! Apa main kepala ni! Bapa aku bayar, tahu tak!" Jungkook mengusap kepalanya.

"Kau hidup zaman mana ni? Dah lama aku tak dengar benda tu." Aku ketawa lagi.

Jungkook ni kelakar.

[complete] kidnapped | jungkookWhere stories live. Discover now