7 | Yes?

2.1K 247 30
                                    

Normal POV

Aku sebak dan menangis. Taklah menangis teruk. Cuma, menangis macam tak menangis. Tak apa, kau takkan faham.

"Yoo Sera." Pintu bilik aku dibuka, semestinya Jungkook masuk.

"Berambuslah. Kau dengan mereka sama saja." Kutuk aku.

Dahlah tak pertahankan aku.

"Nak aku berambus ke mana? Ini rumah aku." Jungkook senyum lalu duduk di sebelah aku.

"Kau jangan ambil hati dengan hyung-hyung aku. Mereka cuma berniat nak lindungi aku saja." Jungkook serba salah.

"Masalahnya, aku memang takkan bocorkan rahsia kau. Aku bersumpah yang aku takkan bocorkan." Aku meyakinkan dia.

"Ya, aku tahu. Kau dah ada dengan aku 4 hari." Jungkook ketawa.

"Kau takkan hantar aku duduk dengan si mulut petak itu, kan?" Aku memandang Jungkook perlahan.

"Tak. Kau kekal dengan aku." Jungkook senyum. Lega aku bila dia takkan lepaskan aku.

"Siapa yang rawat aku?" Aku memandang balutan tangan yang dihiris pisau oleh Taehyung.

"Jin hyung." Jungkook tunduk.

"Aku rasa, rahsia kau bukan rahsia kau seorang. Rahsia kau, rahsia mereka juga." Aku mula membuat andaian.

Jungkook mula pandang aku dengan wajah 'apa kau cakap?'.

"Aku tak rasa yang kau buat kerja seorang diri. Aku rasa 6 orang dekat bawah tu yang membantu kau. Tu pasal kau ambil upah bunuh orang dengan harga mahal. Sebab kau 7 orang." Tembak aku dengan selambanya.

Jungkook ketawa dengan comelnya.

"Kau bijak! Betul apa kau cakap. Mereka yang tolong aku. Well, we're team." Jungkook termenung lalu senyum.

"Team? Jadi, mereka pun pembunuh?" Aku mula buat andaian sendiri.

"Tak. Mereka macam, pembantu belakang tabir. Jin hyung bahagian perubatan. Tipulah kalau aku tak pernah cedera. Namjoon hyung dengan Yoongi hyung bahagian pembekal senjata. Those gun, knife, mereka yang cari. Hoseok hyung, pengendalian sasaran."

"Pengendalian sasaran? Apa benda tu?" Aku ketawa bersungguh.

Macam mekanik!

"Dia yang akan uruskan sasaran aku sebelum aku bunuh mereka. Kononnya menjadi orang tengah sedangkan dia mengumpan sasaran." Jungkook nampak tenang.

Aku diam lalu berfikir.

"Lagi dua? Kau baru cakap pasal 4." Aku memandang Jungkook yang mula senyum.

"Taehyung hyung dengan Jimin bahagian yang mencari maklumat sasaran. Jadi, kerja aku senang." Jungkook seakan bangga.

"Mesti kau rapat dengan mereka. Nampak sangat mereka nak jaga kau memandangkan kau paling muda." Aku agak cemburu dengan hubungan mereka.

"Tak juga. Sebenarnya, aku dengan Taehyung hyung tak berapa ngam." Jungkook ketawa.

"Tahu. Cara kau pandang pun aku tahu." Aku senyum lega.

"Dia keras kepala. Nak dengar, cakap dia je. Lepas itu, selalu nampak salah aku."

"Eh, tengah buat sesi luahan ke?" Aku ketawa.

"Hahaha. Mungkin." Jungkook senyum.

"Jom, aku kenalkan kau dengan mereka."

[complete] kidnapped | jungkookWhere stories live. Discover now