4 | Yourself

2.3K 271 48
                                    

Aku selesai makan dan sempat buat tawaf dalam rumah dia. Kemas, cantik, tersusun.

Pandai dia jaga rumah. Aku tercari mana dia.

Ouh, ya. Dia setuju dengan aku untuk simpan aku. Aku dah janji yang aku akan ceritakan tentang kenapa aku nak lari. Jadi, dia bebaskan aku.

Bush!

Ada bunyi kocakan air di belakang rumah. Aku keluar lalu memandang ada sepasang selipar Puma. Semestinya selepar dia. Tapi ini mesti selipar lebih. Aku taknak pakai kasut.

Aku sarung selipar yang agak besar tu lalu berlari ke belakang rumah.

Ada kolam besar yang berpagar besi. Aku membuka pintu pagar itu lalu masuk.

"M-mr. Killer?" Aku berjalan perlahan di tepi kolam hijau itu.

"Ya Tuhan!" Aku berdiri kaku akibat terkejut.

Seekor buaya besar sedang diberi makan oleh dia.

"What the hell! Kau b-bela binatang ni!" Segera aku mendekati dia yang selamba memberi makan.

"Lucy. Nama dia Lucy." Dia memandang aku lalu mencampakkan daging lagi.

Aku memandang kereta sorong yang berisi daging makanan Lucy.

"I-ini b-bukan ke..."

"Ya. Mayat tadi." Dia mengeluh lalu mengambil potongan kaki.

"Wanna try?"

Terus aku mengundur laju hingga aku nak terjatuh. Nasib sempat berpaut dengan pagar.

"I-ianya manusia! Kau bagi dia makan manusia!" Aku menjerit.

"Ini bukannya kali pertama dia makan benda ni." Dia ketawa lalu terus mencampak ke dalam kolam.

"Apa? Bukan kali pertama? Nanti, jangan cakap ini.."

"Tempat pelupusan mayat." Dia ketawa kecil.

Okay, dia agak comel kalau gelak.

"Kau sedang cipta monster, bro." Aku kembali tenang.

"Tak juga. Aku biak mereka dan aku bunuh mereka." Dia memandang aku sekilas sebelum sambung memberi Lucy makan.

"Aku akan biakkan Lucy dengan jantan lain. Bila dia sudah bertelur dan anak-anaknya dah sesuai untuk makan daging, aku akan bunuh Lucy."

Sesungguhnya dia memang pembunuh sejati.

"Mana jantan lain?" Aku mencari dalam kolam.

"Mati semalam. Anak-anak Lucy baru menetas. Aku taknak jantan tu makan anak-anaknya. Jadi, aku bunuh." Dia berhenti memberi makan lalu menuju ke sebuah kotak gabus putih dan mengeluarkan sebuah aquarium kecil yang berisi 5 ekor buaya kecil.

"Inilah anak-anak jantan yang bakal membiakkan mesin pelupusan mayat aku." Dia ketawa kecil.

"They're cute." Aku mengetuk perlahan aquarium tersebut.

"Kau suka buaya?" Lekas aku geleng.

"Mereka membunuh haiwan lain untuk diri sendiri. Selfish reptilia." Aku mengeluh.

Dia diam.

"Itulah dunia. Untuk survive diri dalam hidup yang terancam. Kita kena pentingkan diri sendiri. Kau takkan faham." Dia kembali diam.

"Yeah, apa-apa jelah." Aku malas nak dengar pidato percuma dia.

"Cubalah bagi dia makan. Kau kena biasakan diri dengan semua ni kalau nak aku simpan kau." Kini potongan tangan iaitu potongan terakhir diberi.

Aku hanya memandang tangan tersebut.

"Lucy tak suka menunggu. Nanti dia sendiri ambil makanan dia." Aku terus campak ke dalam kolam tangan itu.

Dia ketawa lagi.

Aku hanya menjeling. Kalau aku tolak kau dalam ni, mampus kau.

"Siapa nama kau?" Aku membuka topik.

"Kim--"

"Not that one." Aku memandang dia.

Dia mengerutkan wajahnya.

"Bukan Kim Sewon. Bukan Kang Ian. Bukan Lee Jaeim. Bukan semua nama yang tertampal dekat dinding tu. Itu nama penyamaran kau. I want the real of you. Your real name." Aku tegas memeluk tubuh aku.

Dia mengeluh lalu melepaskan anak-anak buaya jantan ke dalam kolam dengan hati-hati.

Aku masih menanti.

"Jeon Jungkook. Nama aku Jeon Jungkook." Dia tunduk.

"Betul, Jeon Jungkook?" Aku memandang meminta kepastian.

"Kau ada nampak nama itu dekat mana-mana ke? Itu memang nama betul aku." Dia mengeluh. Aku syak dia tak suka orang tahu nama dia.

"Nice name. Nice to meet you, Jungkook." Aku melambai mesra seolah-olah aku baru kenalnya.

[complete] kidnapped | jungkookWhere stories live. Discover now