27 | Backup

1.6K 191 46
                                    

"Aku nak ikut." Aku memegang hujung baju Jungkook.

"Tak. Kau duduk rumah. Kau kena rehat. Kau duduk dengan Jin hyung." Jungkook melepaskan tangan aku.

"Taknak. Macam mana kalau kau dalam kesusahan. Bapa aku tu bukan sebarangan orang." Aku masih tekad.

"Kalau aku seorang je dalam susah, takpa. Kalau kau kena, aku lagi susah." Jungkook senyum.

"Aku tunggu kau dalam kereta. Aku  nak ikut." Aku masih degil lalu masuk dalam kereta.

"Kalau macam tu, semua ikutlah. Sebagai mangsa terakhir, kan?" Jimin bersuara.

"Betul. Biar semua ada, senang. Lagipun, aku ada plan." Hoseok angguk.

Jungkook akhirnya terpaksa akur.

•°•°


"Dia akan balik dalam pukul 10." Hoseok mengunyah epal hijaunya.

"Mana kau tahu?" Jin memandang Hoseok.

"Sera akan telefon. Dia umpan terbaik." Hoseok senyum.

Aku terdiam seketika.

"Aku dah cakap, kan? Aku taknak babitkan Sera. Jauhi dia dari benda ni." Jungkook geram.

"Kau fikir aku nak biar dia macam tu je ke? Kau dengar je cakap aku. Kau fikir aku baru buat benda ni semalam? Lebih 10 tahun, kita buat benda ni. Tak kenal aku lagi?" Hoseok ketaws sinis.

"Percayakan Hoseok, Jungkook. Tak jadi plan dia, dia yang jadi mangsa terakhir." Yoongi menepuk bahu Jungkook.

"Sementara nak tunggu pukul 9.30 malam, aku nak reload barang dulu." Namjoon menuju ke belakang van.

"Nak ikut." Aku mengikuti Namjoon ke belakang.

"Namjoon."

"Mmm." Namjoon sahut sambil mengeluarkan beberapa senjata untuk disediakan.

"Kalau kau berhenti buat semua ni, apa kau akan buat?" Aku duduk disebelahnya lalu menghulur peluru yang diminta Namjoon.

"Aku nak masuk tentera. Lepas Jungkook kata dia nak berhenti, esok tu aku isi borang permohonan." Namjoon ketawa kecil.

Aku teringat 3 hari lepas dimana Jungkook kata nak berhenti.

"Kau suka bermain dengan senjata, ya?" Aku meneka.

Namjoon angguk.

"Dulu, aku berangan nak jadi Rambo. Dia nampak hebat bila menembak. Kau tengok cerita The Expendables?"

Aku geleng cuba ingat tajuk tersebut.

"Cerita tu, macam lebih kurang macam kitoranglah. Cuma lainnya, mereka tumpaskan orang jahat. Kitorang tak kisah siapa, kitorang tembak." Namjoon ketawa.

"Macam mana dengan Hoseok? Dia buat apa lepas ni?" Aku mula tanya pasal Hoseok.

"Dia nak risau apa. Dia ada syarikat sendiri. Antara 7 orang, dia paling kaya. Kalau agih upah, dia ambil upah sikit je." Namjoon masih cekap mengisi peluru.

"Jimin?" Aku soal yang lain pula.

"Dia kata nak mohon polis." Namjoon gelak.

"Dan sedang nak bunuh polis." Aku turut ketawa dengan Namjoon.

"Taehyung?"

"Mmm, dia kerja dengan Hoseok."

"Kau tak perlu nak risau pasal kitorang. Kitorang ada backup nak hidup. Membunuh, bukan 100% kitorang berharap dengan situ." Namjoon mengusap kepala aku.

"Jungkook macam mana? Kalau takda upah, dia ambil kerja sambilan. Dia tak ada backup ke?" Aku memandang Namjoon dengan harapan.

"Kau akan tahu. Aku dah cakapkan, jangan risau?"

[complete] kidnapped | jungkookWhere stories live. Discover now