12 | Job

1.9K 235 44
                                    

Seterusnya, 3 bulan bersama arnab jadian berwatak abuja ini. Semuanya okay. Macam biasa, berita kehilangan aku masih berterabur sebarnya.

Padan muka kau, buncit! Tak dapat cari aku.

Aku yang tengah sidai baju dekat belakang, terdengar pintu utama dibuka.

"Shin Joonhyung dah balik! Joonhyung dah balik." Aku menyambut kepulangannya.

"Hey, hey! Apa masalah kau?" Jungkook meletakkan barangnya dimejanya.

"Aku cuma menyambut kepulangan kau." Aku menjeling tanda tak puas hati.

"Yang nak terpekik nama Shin Joonhyung tu apahal?" Jungkook mengeluh lalu duduk di sofa.

"Itukan watak kau hari ini. Shin Joonhyung." Aku tersengeh.

Jungkook ketawa lalu mengeluarkan kad pengenalan palsunya yang tertera nama palsunya. Shin Joonhyung.

"Hari ini kau kerja sebagai apa?" Aku mengambil kad tersebut.

"Barista dekat cafe." Jungkook sandar.

"Kenapa kau tak ambil upah bunuh orang lagi?" Aku memandang Jungkook yang memejamkan matanya.

Dah 2 bulan sejak mayat pertama yang aku jumpa tu, Jungkook tak ambil upah bunuh.

"Kami ada limit nak ambil upahan. Sebulan, satu upah je." Jungkook kembali tegak.

"Tapi dua bulan sebelum ni?"

"Hoseok hyung kata, takda orang nak upah. Jadi, tak adalah kerja. Itu pasal aku ambil part-time." Jungkook mengambil kad pengenalan itu lalu menuju ke dapur.

Aku mengikut Jungkook ke dapur.

"Kalaulah aku tak masuk berita tu semua, dah lama aku ikut kau pergi kerja sekali." Aku sebenarnya kesian dengan Jungkook.

Dia dah macam duda, anak satu. Aku anak, dia bapa. Terpaksa dia kerja keras lebih sikit sejak aku ada.

"Tak perlu. Kau duduk je rumah. Buat macam kau buat sekarang ni. Sambut aku, borak dengan aku, buat makanan." Jungkook mula membakar kad pengenalan.

Kalau kau nak tahu, kad pengenalan tu Jin yang buat. Dia ada kenalan yang boleh buat kad pengenalan palsu.

Aku diam je. Aku nak tolong, tak bagi pula.

"Apa kata aku pula buat deal dengan kau. Kau kata, aku simpan kau, kau simpan rahsia aku. Kali ni, giliran aku pula. Kau jaga aku, aku jaga kau." Jungkook tersengeh.

"Okay. Aku tak kisah. Setakat jaga bayi besar, apa je masalah yang ada." Aku selamba angguk.

Jungkook mengeluh lalu gelengkan kepalanya.

"Kenapalah mama kau tak bagi minum susu yang hubungkan sel-sel otak kau." Keluhan Jungkook, jelas aku sedar.

Kau jangan sampai mama aku masuk mimpi kau, pukul punggul kau nanti. Tangan mama besar. Sedap bantai orang.

"Mama kata aku dulu terlalu bijak."

"Betul. Terlebih bijak untuk dikawal." Jungkook menjentik dahi aku lalu masuk ke biliknya.

"Aku syak dia suka aku." Aku tersengeh berlagak.

Tahulah aku cantik macam Sajat. Tergoda ya, abang bunny?

Aum.

[complete] kidnapped | jungkookWhere stories live. Discover now