"Ianya terlalu besar." Aku mengeluh sambil keluar dari bilik Jungkook.
Baju berwarna putih yang gelebeh bersama sweatpants besar yang tersarung dekat badan aku ditunjukkan.
"Pakai jelah. Ini je yang paling kecil aku ada. Itupun tak bersyukur?" Jungkook merengus lalu menjeling aku.
"Aku cuma cakap yang ianya besar. Takda pula aku suruh kau pergi beli baru." Aku membetulkan baju aku yang gelebeh dibahu.
"Mari aku tunjukkan kau bilik." Nampak sangat Jungkook malas nak layan aku.
Aku ikut dia ke bilik loteng.
"Aku tak pernah guna bilik ni. Tapi aku dah kemaskan tadi." Lampu bilik dibuka.
Tergamam jugalah aku dengan kekemasan bilik ni.
"It's okay. Ini pun dah selesa." Aku duduk di atas katil.
"Aku penat. Aku masuk tidur dulu." Jungkook mengurut bahunya.
"Goodnight!" Aku senyum.
Bukan saja Jungkook yang penat. Aku juga penat. Macam-macam yang aku lalui.
Berjumpa dengan pembunuh upahan yang terkenal dan kacak? Sedikit pun tak jangka.
Tapi aku bersyukur. Disebabkan aku jumpa pembunuh ni, aku bebas.
•°•°
Dah 4 hari aku tinggal sini. Aku dapat tahu Jungkook ke luar hutan untuk uruskan hal kerjanya.
Malaslah aku nak tahu apa kerja dia. Cari mangsa ke, kutip duit upahan ke, I didn't care.
I'm free here.
Aku duduk di buaian dekat belakang rumah sambil hirup udara yang sememangnya segar.
Aku tak pernah rasa macam ni.
Waktu aku jumpa lori Jungkook dengan tak ada apa-apa, mahupun telefon. Aku kusut. Bila bangun pagi dalam keadaan segar, aku gembira.
Nikmat lari rumah agaknya.
Sedang aku leka dengan angin sepoi-sepoi bahasa, aku rasa kepala aku ditindih sesuatu. Sakit jugalah rasanya.
Aku toleh ke kanan aku.
Tergamam aku bila mata pisau tajam diacukan kepada aku.
"A-apa ni!!" Aku bangun perlahan lalu aku mengundur.
"Siapa kau? Macam mana kau boleh ada dekat sini? Mana kau tahu tempat ni!!" Dia mendekati aku.
"A-aku naik lori--"
"JAWAB!!" Gertak dia.
Hak alah, aku dahlah cuak. Nak main gertak-gertak pulak.
"A-aku.. Aku..." Aku terus menolak mata pisau itu lalu berlari.
"Woi!"
Ssap!
"Aarrghhhhh!!!!!!!"
Out of normal POV.
Baru saja Jungkook mengunci keretanya, jeritan nyaring yang agak dikenali Jungkook buat Jungkook terdiam seketika."Sera." Terus Jungkook berlari memasuki rumahnya.
"Yoo Sera!" Jungkook membuka pintu bilik loteng Sera yang kosong tidak berpenghuni.
"Sera!!!!" Laung Jungkook lalu menuju ke dapur.
Dari dia berdiri, jelas kelihatan seorang lelaki sedang berdiri geram menunduk ke langit.
"H-hyung!!" Jungkook berlari laju keluar dari pintu dapur.
Berderau jantung Jungkook melihat Sera terbaring lemah dengan keadaan tangannya berdarah.
Manakala lelaki tadi sedang berdiri di hadapannya dan mahu menikam Sera.
"Kim Taehyung!!!" Tubuh lelaki yang agak tegap itu ditolak hingga dia tergolek jatuh.
"Apa hyung buat ni!!" Lengan Sera yang berdarah teruk ditekap dengan tangannya sendiri. Menggigil Jungkook melihat Sera yang lemah.
"Apa kau buat ni, Jungkook?" Taehyung kembali berdiri.
"You're about to kill her!!" Jungkook masih cemas.
Wajah Sera dipandang lalu Jungkook memandang tubuh Sera yang separuh sedar.
"Itu sebab aku kata jangan datang rumah aku sebelum aku sampai!! Hyung tengok apa dah jadi dengan dia!!" Jungkook cuba buat Sera kekal sedar.
"S-siapa dia ni?"
"Panggil Jin hyung cepat!!" Jungkook cuba mencempung tubuh Sera.
"Aku tanya siapa dia." Taehyung masih degil.
"I said call the fucking duck mouth!!! Tak faham ke!!" Jungkook terus masuk ke dalam rumah bersama Sera.
Taehyung mengeluh lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dengan tangannya yang berlumuran dengan darah Sera.
"Urgent. Datang rumah Jungkook sekarang. Seems like somebody is dying."
YOU ARE READING
[complete] kidnapped | jungkook
Fanfiction≫ Jeon Jungkook Fanfiction ≪ ༝ When God make your wish becomes true, and lead you to the fate