Bab 1

7.2K 200 7
                                    

Pagi yang mendung tidak mematahkan semangatku untuk pergi ke sekolah pada hari ini. Pantas aku mengalas beg sekolahku lalu mengunci pintu bilik. Aku melihat bonda yang sibuk menyediakan sarapan di dapur.

"Pagi, bonda" sapa aku. Bonda terus memalingkan tubuhnya ke arahku. "Awalnya anak bonda bersiap ni kenapa?" Soal bonda agak memerli disitu. Tahulah aku ni jenis bangun lambat. Aku tersengih  memandang bonda.

"Semangat hari pertama persekolahanlah bonda" kata aku. Bonda tersenyum sambil mengelengkan kepala. Tahu dah peragai dara dia ni. Aku pun duduk di meja makan berhadapan dengan bonda. Hari ini bonda menyediakan nasi goreng.

Selesai sarapan aku terus menyalam bonda lalu menaik basikal ke sekolah yang tak jauh dari kawasan rumah aku.

Nama aku Tengku Sofea Aisyah Bin Tengku Azizul. Aku mempunyai tiga orang kawan yang selalu ada bersamaku masa senang mahupun susah. Tengku Clarissa Dayana, Tengku Farsha Hafizah dan Tengku Arlia Syafiqah sekolah kami menyamar sebagai pelajar biasa yang sederhana namun berbeza dengan kehidupan di luar sekolah. Kat luar sekolah, sebut sahaja nama The blackroses pasti dikenali ramai oleh masyarakat. Empat orang perempuan yang berupa menawan dan ayu namun tegas dalam pendirian mereka.

Aku tersedar lamunan apabila sesampai di hadapan pintu gerbang sekolah. Aku meletak basikal milik ku di kawasan letak basikal. Dengan perasaan gembira aku melangkah ke sekolah. Sebenarnya aku dan kawan kawanku baru sahaja dipindahkan ke sekolah baru ini. Dulunya, kami hanya bersekolah di sekolah kerajaan namun atas permintaan ibu bapa kami berempat terpaksa berpindah di sekolah yang hangat dan dikenali serata dunia. High School International St.Teresa yang dihuni oleh pelajar dari kerabat tertinggi dan berpangkat sahaja. Peluang pelajar biasa untuk menuntut ilmu di sekolah cemerlang ini amatlah sukar.

Tiba tiba bahu aku ditepuk dari belakang, aku terus memusingkan badan lalu memandang Clarissa yang tersengih bersama Farsha dan Arlia. Kami terus membuat 'sister hug' di hadapan pintu gerbang sekolah.

"Wehh, rindu korang" kata aku dengan nada sedih.

"Rindu apanya kalau baru minggu lalu kita hangout" balas Farsha

"Aku baru je nak buat drama kat pintu gerbang sekolah tapi kau dah potong line aku" muka cemberut aku beri kepada mereka yang mengetawakan aku. Nasib aku sayang kawanku kalau tak memang dalam longkang lah sekarang mereka aku humban.

"So guys, ready for new school?" Soal Arlia. Kami pantas menganggukkan kepala. Tapi sebelum kami masuk ke kawasan sekolah, kami terus memakai penyamaran iaitu spek mata.

Dengan rasa gugup kami pun bersama sama masuk ke dalam kawasan sekolah, sepanjang perjalanan ke bilik pengetua banyak yang memandang kami dari atas hingga ke bawah. Entahlah apa yang dicari. Ada yang berbisik dan ada juga yang menjeling. Sabar guys.

Sedang aku terpaku dengan pandangan alam disekitar sekolah, aku tak sengaja terlanggar badan seseorang. Sakit dah kepala dah lah aku pakai spek mata. Aku pantas mengambil spek ku yang jatuh lalu pantas memakainya.

Aku mengangkat kepala ku memandang gerangan yang melanggarku tadi. Terkedu dan terpana dengan jejaka yang melanggarku. Tapi aku sedar, mata aku bergenang air mata namun cepat aku usapkan.

"Saya minta maaf" aku tundukkan pandangan tapi hati aku bergedup pantas. Kawan aku memandang kasihan kearahku lalu menarik tangan aku berlalu pergi dari situ.

Lelaki itu awalnya ingin marah tapi entah kenapa amarahnya terpadam takkala melihat wajah perempuan itu tadi. Kawan kawan lelaki itu memandang pelik kearahnya.

"Bro, kau pehal?" Soal Farhan sambil menepuk bahunya lalu menyedarkannya dari lamunan.

"Takdelah aku macam kenal perempuan tu tapi entah dimana. Ahh malas nak fikir" kata Rafael. Irsyad dan Amirul yang menjadi pemerhati hanya mengangkat bahu.

Farsha, Clarissa dan Arlia pantas menarik tanganku ke dalam bilik pengetua. Dia hadapan pintu bilik pengetua aku terus menghamburkan tangisku. Tak sangka aku jumpa mamat tak guna tu kat sini dan yang teruknya aku bersekolah di sekolah yang sama dengan dia.

"Dahlah tu" pujuk Arlia. Aku mengangguk lalu mengusap air mata yang tersisa dan kami pun masuk ke dalam bilik pengetua untuk lapor diri.

"Assalamualaikum, pengetua" sapa aku. Pengetua senyum membalas salam lalu mengarahkan kamu untuk duduk di kerusi hadapannya.

"Jadi kamulah blackroses? Tak sangka cantik belaka semuanya" puji pengetua. Semuanya naik kembang apabila dipuji terutamanya Clarissa yang pantang sangat dipuji mulalah tu naik saham. Sebenarnya pengetua sekolah ini perempuan okay.

"Eh pengetua ni, biasa biasa jelah" balas Arlia merendah diri. Aku menyiku Clarissa yang tak henti henti tersengih sendiri.

"Saya dengar kamu meminta agar identiti sebenar kamu ingin disembunyikan hinggalah kamu sendiri yang tentukan sama ada nak terus terang atau tidak. Saya okay sahaja pasal itu terpulang dari pribadi kamu dan nanti saya tolong korang. Sekarang kamu boleh ambil fail, kunci loker dan kad id kamu di atas meja itu. Saya ucapkan selamat datang dan selamat menimba ilmu" kata pengetua kami pun mengangguk lalu berlalu ke meja tersebut.

Kami beriringan ke kelas yang tertulis di muka hadapan fail. "Wehh, gementar siot aku hari pertama ni" kata Arlia.

"Aku pun" sambung Clarissa. Aku mengenggam tangannya yang kesejukkan itu.

"Okay guys, kita dah sampai kat depan kelas" kata aku. Dengan debar di dada kami berempat mengetuk pintu dengan ayunya.

Pintu terbuka dari dalam lalu terlihat seorang guru berkaca mata. "Masuklah" kata cikgu Yasmin itu. Kami pun dengan bismillah masuk ke dalam.

Bunyi teriakan pelajar lelaki kami buat tak layan kerana dah terbiasa di sekolah lama.

"Baiklah cikgu perkenalkan kepada kamu murid baru. Kamu berempat sila perkenalkan diri kepada rakan rakan kamu" kata cikgu Yasmin. Kami mengangguk.

Kaca mata dibetulkan sebelum aku melangkah setapak ke hadapan.

"Saya Aisyah"

"Saya Dayana"

"Saya Hafizah"

"Saya Syafiqah"

Kami mengunakan nama belakang sebagai penyamaran di sekolah ini. Tak nak lah bagitahu nama sebenar. Setelah memperkenalkan diri kami pun diarah kan duduk dibahagian belakang.

Aku duduk di hujung berdekatan tingkap manakala sebelah aku pula Clarissa diikuti Arlia dan Farsha. Aku terkejut seketika takkala memandang kearah hadapan. Tak mungkin. Janganlah lelaki itu.

Itu dia!

The BlackRosesWhere stories live. Discover now