Bab 4

3.2K 151 7
                                    

Aku berlari selepas melihat dia, pasal aku takut aku tak mampu nak kawal diri aku dihadapannya.

"Sofea, please wait" tangan aku ditarik dari belakang. Wajah sesal Rafael aku tenung sedalam yang mungkin. Aku tak bazirkan air mata untuk lelaki macam dia lagi. Cukuplah dulu dia seksa perasaan aku.

"Apa kau nak?" Soal aku dengan nada geram. Aku benci sangat mamat ini, depan Sofea lagak baik tapi depan Aisyah macam hurm tahu tahu lah.

"Please kita get back, Saya minta maaf. Ya saya akui perbuatan saya dulu bodoh dan saya akui yang saya tak guna sangat dah sakitkan perasaan awak" jelas Rafael. Aku memberi senyuman sinis

"Kau fikir dengan maaf kau tu boleh hilangkan semua penderitaan yang kau beri? Tak Rafael. Aku menyesal kenal lelaki macam kau. Aku menyesal pernah mempunyai hubungan dengan kau. Dan aku paling menyesal engkau wujud dalam hidup aku" kata aku. Aku menghamburkan tangisku dihadapannya. Biarlah ini kali terakhir aku mengalirkan air mataku untuk Rafael.

"Please Rafael minta maaf, kalau bukan Isya yang terangkan yang sebenar berlaku Rafael takkan tahu apa yang terjadi" kata Rafael. Aku mengelengkan kepala.

"Dahlah kau boleh blah dari hidup aku. Aku takkan dengar apa apa perkataan maaf dari kau. Kalau betul aku masih ada hati sama kau, aku akan beri kau peluang" aku terus berlalu pergi dari situ.

Sesampai di Starbuck Cafe, aku mengambil tempat duduk di hadapan Clarissa bersebelahan Arlia dan Farsha.

"Asal kau lambat?" Soal Farsha. Aku menghelakan nafas berat. Aku tak kuat. Aku lemah dan aku bodoh menangis dihadapannya.

"Aku terjumpa Rafael, dia minta maaf and dia nakkan aku semula" kata ku.

"What?! Aku takkan benarkan kau balik kepadanya" tegas Clarissa. Arlia dan Farsha mengangguk tanda setuju.

"Aku tau korang tak benarkan tapi aku nampak keikhlasan dalam matanya" kata aku. Memang aku nampak dia memandang aku dengan penuh kesesalan dan keikhlasan tapi apakan daya nasi dah menjadi bubur.

"Aku tak kesah dia ikhlas or what? Yang penting kau jangan balik pada mamat tak guna tu. Tak sakit lagi hati kau kena hina kat sekolah? Tak sakit lagi dulu dia pernah sakiti hati kau? Dahlah Sofea lupakan lah dia. Banyak lagi lelaki yang sesuai untuk kau diluar sana" tegas Arlia. Aku meraut wajah.

"Dahlah, kitakan hangout sekarang. Kenalah happy taknak sedih. Senyum okay?" Pujuk Farsha. Aku memberi senyuman manis kepada mereka. Tanpa diorang sedar dari jauh ada yang memerhati gerak geri mereka.

;) ;) ;)

Perhimpunan rasmi pada hari Isnin diponteng oleh Rafael, Amirul, Farhan dan Irsyad. Mereka lepak di tempat yang menjadi spot hangat mereka iaitu blok belakang.

"Wehh korang nak balas dendam tak sama minah miskin tu? Sakit hati aku diorang malukan kita yang hot di sekolah ni" Marah Rafael. Farhan mengangguk tanda setuju

"Aku pun panas juga mulut diorang yang boleh tahan pedas juga tu" sambung Amirul. Mengenang mulut minah miskin tu boleh taubat nasuha diorang buatnya.

"Aku ada idea" kata Irsyad. Rafael, Farhan dan Amirul yang tadinya bermain telefon bimbit terus fokus kepada Irsyad. Irsyad ni boleh dikatakan the best wise men dalam geng diorang.

"Apa kata kalau kau Rafael buat leader diorang si Aisyah tu jatuh cinta kat kau dan kau couple dengan dia selama 3 hari sahaja lepastu kau bagitahu yang kau cuma game dia. Lepastu barulah boleh kita menang" terang Irsyad.

"Ish taknaklah aku dengan minah miskin tu. Jatuhkan maruah aku je" kata Rafael

"Come onlah Tengku Rafael Naufal. Kau kan pro dalam bab buat perempuan jatuh cinta kat kau" pujuk Amirul. Rafael menaikkan kening memandang Amirul. Janganlah puji cik bang, malu saya.

"Okaylah aku setuju but cuma 3 hari sahaja muktamad" kata Rafael disambut high five dari kawan kawannya. Habislah kau lepasni Aisyah, kau akan kalah ditangan aku.

;) ;) ;)

Aku duduk di dewan mendengar taklimat daripada pengetua sekolah. Memang bosan sampaikan Clarissa tertidur disebelah aku. Arlia pula membaca novel kesukaannya dan Farsha entahlah fokus dengan ucapan pengetua sampai tak berkelip mata.

Selesai sahaja perhimpunan, kami bergerak ke kelas masing masing. Di kelas kelihatan empat ekor monyet tu duduk elok di meja mereka masing masing. Aku terus mengamb tempat duduk di tempat ku.

"Aisyah ikut aku sekejap" ajak Rafael. Aku mengerutkan dahi. First time mamat ni baik dan sopan santun depan aku. Salah makan ubat kah? Aku memandang kawan kawanku. Diorang mengangguk aku pun mengikut langkah Rafael. Sesampai di hadapan blok belakang kami berhenti.

"Apa kau nak sampai bawa aku kat sini?" Soal aku. Peliklah Rafael pada hari ini.

"Sebenarnya aku tak tahu nak cakap apa tapi semalam tidur aku tidak lena memikirkan benda ni. Aku suka sama kau and please be mine?" Soal Rafael. Okay ini lagi pelik bin ajaib.

"Kepala kau semalam terhantuk meja or apa ni?" Soal aku. Rafael memberi senyuman manisnya yang mampu mencairkan hati. Terpancar lesung pipi yang menaikkan lagi kekacakan Rafael.

"No, Aku gila sekarang. Aku gila sampai sayangkan kau Aisyah. Please jangan tolak cinta aku" merayu Rafael sambil memulut dihadapanku. Aku kasihan melihat kesungguhan Rafael dan diam diam hati aku turut cair.

"Baiklah aku terima" kata aku. Aku menghela nafas lega menyebut perkataan tu. Wajah ceria dan gembira Rafael aku amati. Itulah wajah yang dulu aku rindukan.

"Thanks sayang" ucap Rafael. Aku tersenyum malu mendengarnya. 'Step one successful' bisik hati jahat Rafael.

Setelah kami berbual sedikit akhirnya kami bersama sama kembali ke kelas. Senyum tak leka dari bibir kami berdua. Bahagianya aku. Sesampai di kelas aku terus menyerbu meja Clarissa.

"Wehh korang aku ada good news, aku dan Rafael officially couple" kata aku dengan nada gembira.

"What?!!!" Teriak Clarissa, Arlia dan Farsha serentak. Aku tersengih melihat reaksi mereka.

"Oh no, jangan aku tak setuju" kata Clarissa. Aku memberi muka cemberut.

"Kau lupakah apa dia buat kat kau? Dia hina kau and dia benci kau. So macam mana dia boleh ajak couple pula ni?" Soal Arlia. Aku menceritakan semula dari awal hingga akhir kepada mereka.

"Aku tak tahu nak cakap lagi tapi apa yang buat kau happy kitaorang support kau" kata Farsha membuat hati aku sebak. Kami membuat 'sister hug'. Dari jauh empat ekor monyet tu memberi senyuman. Senyuman sinis kepada blackroses. 'Habislah kau Aisyah'

TBC

The BlackRosesWhere stories live. Discover now