Bab 15

2.7K 128 4
                                    

Tangannya yang mengenggam kuat aku cuba lepaskan dari pergelangan tanganku. Matanya menusuk tajam kepada ku langsung tak memberi efek atau takut. Cause kau berdepan dengan orang yang terkenal dengan hati beku.

"Get you dirty hand off me" kataku dengan nada tegas. Dia cuba menarik aku ke dalam logi itu. Terjadi pergaduhan tarik menarik diantara kami. Blackroses yang mahu maju menolong ku turut cuba didorong oleh kawannya.

"Bij, seriously kau tolak aku macam aku rasa angin je lalu" sindir Arlia. Memadam merah mukanya marah dan berusaha lebih keras menolak Arlia namun Arlia pantas memusing pergelengan tangannya kebelakang lalu badan belakangnya ditendang hingga si lawan jatuh ke logi. Easy

"Kau nak rasa juga loji tu? meh sini" teriak Clarissa. Clarissa pantas menarik rambut lawannya dan dia tampar bertalu talu dan dihujung tebing barulah dia menolak lawannya yang pening akibat tamparan bertalunya.

"Takkan kau taknak selamatkan kawan kau kat bawah tu? Sini aku tolong kau turun ke situ" kata Farsha dengan senyuman sinisnya. Musuhnya menjadi takut memucat melihat senyuman devil queen itu. Sekali sahaja Farsha menyelit kakinya ke kaki musuh akhirnya dia tersungkur jatuh bersama kawan kawannya.

Si lawan yang tinggal sendiri melihat kawannya yang bersama berenang di kotoran dengan Lotto. Dia kembali melihat kehadapan alangkah terkejut yang pandangannya tertumpu pada empat orang Devil Blackroses Queen. Aku membuat gaya menorek leher tanda dia dah kalah.

"Kau dah kalah Riana. Just give up to revengen upon us. Kau tak setanding dengan kitaorang. You want to know something? Kaulah geng musuh acah gangster paling lemah kitaorang pernah jumpa" kataku sinis kepada Riana. Yup, mereka lah yang cari pasal tadi, Riana and the geng.

Riana yang taknak mengaku kalah cuba kembali menarik ku tapi dengan pantas kami berempat menolaknya kasar ke dalam loji. Aku terlupa yang semua pelajar masih menjadi penonton. Riak wajahku seakan marah memandang mereka semua dengan pandangan tajam.

"Waktu rehat dah habis, aku kira sampai tiga siapa tak masuk kelas aku denda dia jadi ikan sehari dalam loji macam diorang berlapan ini" arahku. Aku mula mengira dari satu dan ketika aku mengira dua sekejap sahaja bersih kawasan loji itu dari pelajar.

Carutan dan makian dari Lotto dan Diva kami buat tak dengar. Blackroses pun blah ke kelas kembali. Sampai di kelas, Leo menghalang jalan.

"Dari mana tadi?" soal Rafael sambil berpeluk tubuhnya. Aku menahan ketawa melihat muka cemberut Rafael. He so cute when he angry macam dulu.

"Kalau Sofea tak nak jawab?" soalku balik. 'Amboi gediknya kau Sofea' desis isyarat mata dari Blackroses yang lain.

"Kalau tak nak jawab, tak boleh enter to this class" ugutnya. Amboi hebat dah pandai ugut orang sekarang. Aku tersenyum nakal. Terbit idea jahat dibenak.

"Rafaelll" suara manja ku. Rafael yang tadinya tegang terus kendur melihat buah hatinya itu. Aduu susah juga kalau hati ni berdegup laju sangat.

"ye sayang?" balasnya. Haa ambek kau sana Sofea. Jantungku yang berdegup pantas pula kali ini. Manalah ice queen boleh bertahan hadapan Rafael. Aku acah serius dihadapannya. Ice Queen play role now

"Can you please tepi sikit? Kami nak lalu" soalku dingin. Mataku tajam menusuk matanya. Rafael meneguk liur kasar. Alamak.

"okay" balasnya. Leo pun beralih ke tepi memberi ruang untuk Blackroses masuk. Dalam hati aku ketawa besar, tak sangka Rafael percaya yang aku dingin dihadapannya. Blackroses faham isyarat yang ku beri kepada mereka. Mereka menarik tangan yang lain kehadapan dan tinggal aku dan Rafael dibelakang. Mereka duduk di tempat masing. Rafael berhenti dan memusingkan badannya menghadapku.

"I'm sorry" rayu Rafael. Aduu tambah cair hatiku. Aku tetap berlakon dingin. Dalam hati aku berteriak sakan mengetawakan muka merayu manja Rafael itu.

"HAHAHA" tawaku pun terpecah beserta tawa Blackroses yang lain. Plan berjaya. Rafael dan Leo yang kebingungan akhinya faham.

"I'm just kidding. Mana sampai hati nak marah dengan Rafael oii" kataku dengan tawa tersisa. Rafael mengukir senyum lebar. I miss her smile a lot.

"Nakal eh. Takpe ada hari boleh balas" balas Rafael. Ketika Rafael berpusing ke belakang kembali aku pantas naik ke belakangnya dan memeluk erat lehernya. Biarlah berat asalkan Rafael bahagia sangat.

Sesampai di tempat duduk aku pun melaburkan punggung dan menghalakan pandangan kearah Blackroses. Aku benci melihat pandangan nakal diorang. Habislah aku jadi bahan lawak nanti.

"Sofea belum jawab soalan Rafael. Tadi dari mana?" soal Rafael yang berada di tempat duduk hadapanku.

"The hell" balasku. Rafael faham maksud perkataan itu. Sebut je the hell boleh terbayang denda terkejam mereka berempat itu. Tapi cara itu jugalah yang membersihkan nama sekolah lama diorang daripada masalah disiplin.

Sedang melayan perasaan masing masing, ketukan pintu kelas menghentikan lamunanku. Kelihatan Cikgu Yasmin masuk ke kelas. Semua berdiri dan memberi salam lalu kembali duduk.

"Baiklah hari ini saya akan edarkan surat kebenaran mengenai perkhemahan yang akan berlangsung. Memandangkan pengurus aktivitib tersebut ada di kelas kamu. Bolehlah kamu menanya benda yang kamu mau tahu kepada orang itu" kata Cikgu Yasmin sambil meruding jari kepadaku. Semua mengangguk kepala.

Aku pun melihat kertas surat kebenaran itu dan berpandangan dengan Blackroses. Hati ku mula tak sedap dan tanganku agak bergetar. Arlia dimeja sebelah mengenggam tanganku erat memberi semangat.

Blackroses tahu bahawa lokasi yang ditetapkan oleh pengetua itu membawa impak buruk kepada Blackroses. Tempat yang menjadi peristiwa pahit bagi mereka berempat terutamanya aku.

Mataku bergenang air mata pantas aku sapu kerana tidak ingin orang lain melihatku sedemikian. Dalam diam Rafael turut melihatku sebegini dan dia pun mengetahui apa yang terjadi kepada kami waktu di tempat peristiwa pahit itu.
Dia mengenggam tangan kananku dan Arlia mengenggam tangan kiriku. Mereka sama" mengukir senyum manis pemberi semangat kepadaku.

'Awak kuat Sofea. Rafael tahu Sofea boleh handle' bisik hati Rafael.

TBC

The BlackRosesWhere stories live. Discover now