Aku ke bilik guru atas arahan dari cikgu Yasmin selaku guru kelasku. Entah apa yang nak dibincang tetap aku gementar pasal ini kali pertama aku jejak kaki ke bilik guru. Aku tak tahu arah ke bilik guru.
"Awak nak kemana tu?" Soal Rafael dengan lembut. Aku mengerutkan dahi memandang dia. Dah sewel ke berani tegur aku. Nasib aku tak tahu jalan ke bilik guru terpaksa ini je jalan penyelesaian.
"Ke bilik guru" balasku dingin langsung tak melihat wajahnya. Rafael mengangguk.
"Jom Rafael temankan" ajak Rafael. Ini yang aku malas sangat nak layan mamat ni. Tuhari bukan main sakitkan hati aku, sekarang? Boleh pula berani dekat dengan aku.
"Tak payah. Kau tunjuk je arahnya. Nanti pandai pandailah aku cari sendiri jalan ke bilik guru" kata aku. Gila ke apa nak ajak mamat ni temankan aku.
"Jomlah" balas Rafael. Tanpa segan dan kebenaran dari aku, dia terus menarik tanganku ke bilik guru. Aku tak sangka bilik guru berada di sebelahan blok kami. Kalau nak bandingkan bilik guru sekolah lama aku dan bilik guru sekolah sini lagi besar bapak dan mewah. Taulah sekolah lama aku tu bukannya sekolah mewah macam ni.
"K kau boleh blah" halau aku dingin terus masuk ke dalam bilik guru. Ini lagi satu masalah, aku tak tahu kat mana tempat cikgu Yasmin. Ini bilik guru ke pejabat syarikat ternama? Besar banget sik.
Sekali lagi, Rafael menarik tanganku tanpa segan. Walaupun kami menjadi perhatian di bilik guru, Rafael tetap menarik tanganku padahal aku dah berusaha lepaskan tanganku dari genggamnya. Shit, he know my weakness.
"Huh sampai pun kamu Sofea. Nasib Rafael tolong temankan" kata Cikgu Yasmin setelah kami berada di hadapan meja kerjanya. Rafael tersenyum mengosok belakang tengkuknya. Comel handsome. Ingat dia musuh kau Sofea. Dia hina kau, keluarga kau dan kawan kawan kau.
"Boleh tinggalkan kitaorang?" Soal aku. Sengaja aku menghalau dia pergi dari sini. Dengan tak rela hati Rafael pun mengangguk lalu keluar dari bilik guru. 'Damn, she so cold to me' monolog Rafael setelah keluar dari bilik guru.
"Cikgu panggil kamu sebenarnya nak bagitahu yang minggu depan akan diadakan camping perdana dan semua pelajar tingkatan 5 wajib menyertai dan cikgu nak kamu dan rakan rakan kamu yang handle pasal cikgu percayakan korang. So nanti buat announcement tentang camping ni dengan semua pelajar tingkatan 5 okay. Itu sahaja" kata Cikgu Yasmin. Aku mengangguk lalu meminta pamit balik ke kelas.
Aku mengeluh. Teringat waktu di sekolah lama, dulu Blackroses je yang jadi tukang handle semua aktiviti. Tak lepas satu pun aktiviti yang tidak dibawah jagaan Blackroses. Boleh dikatakan merekalah harapan sekolah. Aku mengelengkan kepala menyedarkan diri dari lamunan terus ke kelas.
Di kelas aku mengetuk pintu lalu memberi salam untuk masuk. Nasib tiada cikgu masa tu. Kata Hakimi selaku ketua kelas 5 A, semua guru pergi mesyuarat. So ada masa free lah.
Aku terus duduk di tempat duduk ku dibelakang mamat tak guna tu. Dari tadi dia memandang kearah aku tanpa berkelip namun aku terus membuang pandangan ke luar tingkap. Suara bising di kelas belakang membuat aku naik pening. Ni nak kena sound baru diam. Aku terus mengarahkan Blackroses untuk ke kelas sebelah
"Assalamualaikum" aku memberi salam lalu masuk ke kelas sebelah iaitu kelas 5 B. Diorang yang tadinya bising terus diam dan fokus kearah kitaorang.
"Korang faham tak perkataan senyap. Dari tadi aku dengar suara korang sampai kat sebelah. Naik pening aku tau tak?" Marah aku.
"Biarlah, yang pening kau bukannya kitaorang" balas seorang murid lelaki pakaian yang serabai. Nametag tak pakai, tali leher dilonggarkan, baju tak masuk dalam seluar. Apa nak jadi ni? Dia terus membuat 'high five' dengan rakan sebelahnya.
"Kau cakap apa tadi?" Soal aku dengan dingin. Kelas menjadi seram sejuk melihat perubahan impak dari Tengku Sofea Aisyah. Semua mata memandang kearah lelaki tadi. Aku berjalan ke tempatnya.
"Siapa nama kau?" Soal Farsha dengan sinis. Berani amat ni anak ya. Maunya gue tampar aja biar bisu sana ngak bisa ngomong biar ngak kurang ajar sama kitaorang. Upss indon pula.
Aku mengengkam pipinya dan mataku memandang tajam kedalam matanya. Lelaki itu bergedup laju jantungnya melihat kecantikan Sofea. Memang tak dinafikan yang Sofea memang cantik antara tercantik di sekolah ini.
"Kau jangan kurang ajar sangat eh. Kalau kau nak rasa penampar ni hinggap kat pipi kau buatlah lagi. Jangan cabar kesabaran aku" kataku lalu menolak pipinya dengan kuat.
"Kalau aku dengar bising sampai kat sebelah, satu kelas aku suruh bersihkan tandas seminggu" ugut ku. Diorang terus tak berani memandang wajahku yang tengah marah sangat. Blackroses pun kembali ke kelas dengan marah.
"Kalau aku dapat juga korang bising, sama nasib yang akan menimpa korang" aku memberi amaran kepada kelas ku juga. Diorang pun senyap terus membuat kerja sendiri. Aku ke meja ku. Namun aku perasan ada sticky note atas meja ku.
"Amboi garangnya sayang. Macam dulu" -Rafael tersayang
Aku menaikkan kening memandang kearahnya. Sumpah aku rasa menyampah sangat masa tu. Aku mengempal sticky note tu lalu membuangnya di tong sampah dan aku tidur beralaskan lenganku
Rafael POV
Aku memandang ke wajah Sofea yang terlena di meja belakangku. Alahai dari dulu tak pernah berubah. Dia dingin tetapi dia akan cair di tangan yang betul.
Aku mula menilik wajahnya. Memang tak dinafikan yang Sofea sangat cantik sampai dia membuat aku berhenti dari peragai setan aku dulu. Mata, hidung, bibir, kening semuanya terbentuk cantik.
"Kenapalah Rafael bodo sangat lepaskan perempuan seperti awak Sofea. Rafael minta maaf kalau dulu Rafael sakitkan hati Sofea. Sumpah, Rafael takde niat pun nak buat semua tu. Nampaknya sikap Rafael telah mendatangkan lebih banyak kebencian kepada Sofea. Rafael minta maaf" ujarku sambil mengenggam tangan Sofea. Walaupun dia tahu dia hanya dapat mengenggamnya sementara sahaja tapi cukup untuk menunjukkan betapa sayangnya aku kepada dia takkan luntur mahupun berkurang.
Sofea POV
Sebenarnya aku hanya berpura pura tidur dan dapat aku dengar jelas semua yang Rafael katakan. Sedikit sebanyak hati aku menjadi lembut untuk memaafkan dia. Memaafkan itu mudah tetapi melupakan apa yang dia telah lakukan kepada aku itu susah sangat.
'I'm sorry too Tengku Rafael' desis hati ku.
TBC
YOU ARE READING
The BlackRoses
Teen FictionThe Blackroses, Kumpulan yang hangat dan terkenal dengan sikap RR iaitu Rival dan Rebel. Terdiri daripada Tengku Sofea Aisyah selaku leader bersama dengan sahabatnya iaitu Tengku Farsha, Tengku Arlia dan Tengku Clarissa. Siapa sahaja yang tak gentar...