Aku mengayuh basikal ke sekolah dengan penuh rasa tak sedap hati. Aku cuba bawa bertenang. Sesampai di hadapan pagar gerbang sekolah. Aku terserempak dengan Clarissa, Arlia dan Farsha. Mungkin mereka pun baru sampai.
"Awal nampak" perli aku. Mereka menjeling kearah ku. Tahulah aku ni jenis semangat sekolah tapi selalu lambat bangun macam diorang. Tapi aku taknak dah macam tu pasal penatlah kena bebel oleh bonda sebab tak bangun awal macam dulu.
"Kawan kita sorang tahulah dah berubah. Kita bila lagi?" Rungut Farsha. Aku ketawa mendengar rungutan tersebut. Senak perut aku beb.
"Kitaorang memang jenis bangun awal, kau je yang belum berubah ni" kata Clarissa dengan jelingan maut kepada Farsha yang tersengih macam kerang busuk.
"Dahlah, takkan kita nak berkampung kat pagar gerbang ni tak masuk ke sekolah" tegur Arlia. Kami pun bersama sama meletak basikal di tempat letak basikal.
"Wehh korang, jom temankan aku ke dewan. Dah nak perhimpunan ni" ajak aku. Diorang mengangguk lalu kami pun bergegas ke dewan perhimpunan yang megah dan besar itu.
Sepanjang guru berucap, aku hanya bercerita dengan Arlia malas nak dengar cikgu membebel mengenai kebersihan sekolah. Aku perhatikan je sekolah ni boleh tahan bersih dari sampah tapi tetap juga kena bebel. Berdesing telinga sis.
"Kau rasa aku couple dengan Rafael tu pilihan yang benar ke?" Soal aku dengan nada sedih. Aku delima kerana sepanjang aku bercouple dengan dia, aku akan terasa tak sedap hati seperti ada sesuatu buruk akan terjadi.
"Kalau ikutkan aku, memang aku nak je ketuk kepala kau supaya sedar sikit. Punyalah benci dulu mamat tu tapi sekolah boleh pula bercouple" kata Arlia. Aku ketawa kecil. Yelah, takkanlah nak ketawa besar kang satu dewan dengar ketawa gila kitaorang. Jatuh saham sis.
Selesai sahaja perhimpunan kami terus diarahkan ke kelas. Aku pun sampai di kelas lalu duduk di tempat duduk ku. Kelihatan Rafael dan the geng yang baru sampai. Tapi aku agak terasa hati, Rafael agak dingin hari ini. Aku ada salah ke?
"Morning" ucap ku kepada Rafael. Dia hanya memandang aku dengan dingin sebelum keluar dari kelas. Aku memandang rakan rakannya yang memberi pandangan sinis kepada ku.
"Wehh kenapa Rafael tu, macam bad mood je. Korang gaduh ke?" Soal Clarissa menyedarkan aku dari lamunan seketika. Aku mengelengkan kepala lalu menaikkan bahu tanda tak tahu.
"Mungkin dia ada masalah kot" ujar ku. Aku cuba bersangka baik. Mungkin Rafael tertekan belajar sampai macam tu. Clarissa kembali fokus belajar ulang kaji kerana tak lama lagi ujian awal tahun akan berlangsung.
Aku mengangkat bahu lalu turut belajar ulang kaji pasal takut nanti tak ada masa untuk ulang kaji lagi. Yelah, mereka bukan selalu dapat peluang untuk ulang kaji dalam masa lapang.
Bunyi loceng menandakan tanda rehat berlangsung. Aku bergegas ke kantin bersama Clarissa, Arlia dan Farsha.
"Wehh aku tak sedap hati lah" kata aku. Entah kenapa rasa tak sedap hati ku semakin mencengkam hati ku. Farsha mengerutkan dahi memandang aku.
"Dahlah, perasaan gemeruh kau kot. Yelah, minggu depan kan dah nak exam semester awal tahun" ujar Arlia agar aku dapat menenangkan hatiku.
"Asal kawasan sekolah sunyi eh? Biasanya ada je yang berkeliaran. Tapi sekarang satu hapak pun aku tiada nampak" kata Clarissa. Kami mengangguk. Sepanjang perjalanan ke kantin entah kenapa sunyi sangat. Yang kitaorang nampak hanya tukang pembersih dan guru yang lalu, murid entah hilang ke mana.
Sesampai di kantin kami terus menolak pintu kantin. Dari luar kami mendengar suara bising namun baru sahaja kami menjejak kaki masuk ke dalam kantin laju sahaja jadi seperti tanah perkuburan sunyinya.
"Wow wow wow, tulah dia dah sampai" teriak Rafael dengan lantang. Aku melihat wajah sinis yang diberikan kepada ku. Aku mengerut dahi memandang sekeliling. Apakah semua ini? Semua pelajar memandang kami dengan sinis dan terhina. Rasa sedih selaputi diri.
"Untuk pengetahuan korang inilah makwe aku tapi sekarang aku nak ajak putus. Pasal diorang ini nak couple hanya kerana sayangkan harta berbanding hati korang. So lelaki beware ya. Jangan sampai minah empat ekor ni kikis semua harta korang" kata Rafael dengan lantangnya. Sabar Sofea, ini ujian untuk kau.
"Itu je kau nak cakap sampai kumpul semua orang kat sini?" Soal aku sinis. Perasaan sayang aku semakin berubah menjadi benci. Benci yang teramat.
"No. Kitaorang kumpul orang kat sini supaya diorang tahu siapa kau sebenarnya. Empat orang miskin yang tak layak bersekolah di sekolah megah ini. Aku heranlah macam mana kau boleh masuk sini. Mesti kau ada buat something kan. Aku dah agak korang ni berbahaya" sindir Amirul.
"Woi jantan, cakap tu jangan acah kenal kitaorang sejak azali, setakat 3 hari baru jumpa dah pandai" buat andaian mengenai kitaorang. Tak takut dosa memfitnah ke?" Balas Arlia. Aku menepuk bahu Arlia agar dia bertenang. Kang dia marah mau mati si Amirul di kerjakan.
"Alah orang macam korang ni kat mana mana boleh jumpa, korang ni pentingkan harta. So kitaorang tak kesahlah korang cakap kitaorang fitnah pasal kitaorang cakap yang sebenar" kata Irsyad
"Amboi, kau ni kan kecik besar kecik besar je aku nampak. Kau ni kan kalau bercakap fikir dulu. Aku tahulah korang tak pernah hidup susah tapi jangan buat andaian sampai semua orang miskin kau nak cakap pentingkan harta" ujar Clarissa. Aku cuba menahan sebak sebaik mungkin dah berlakon kuat dihadap diorang.
"Dahlah korang membebel takde makna bagi kitaorang. Kau Aisyah dengar baik baik, aku ajak couple sebab nak game kau je. Senangnya kau setuju kalau couple dengan orang kaya. Nak kikis harta aku? Sorrylah, aku tak bodo macam kau. Kau boleh kikis orang kaya yang bodo diluar tapi bukan dengan aku or orang kat sini. Maybe parents kau tak beri kau kasih sayang sampai kau berani minta simpati dengan orang lain. Sedarlah diri miskin and parents kau tak mampu nak beri kau duit. Kesimpulannya, aku dan ibu bapa kau sampai je, pentingkan harta dan jijik di mata kitaorang. Harap kau mampus awal dari muka bumi ni" kata Rafael.
TBC
YOU ARE READING
The BlackRoses
Teen FictionThe Blackroses, Kumpulan yang hangat dan terkenal dengan sikap RR iaitu Rival dan Rebel. Terdiri daripada Tengku Sofea Aisyah selaku leader bersama dengan sahabatnya iaitu Tengku Farsha, Tengku Arlia dan Tengku Clarissa. Siapa sahaja yang tak gentar...