Bab 8

451 7 0
                                    

"Ouch..."

Nadia mengaduh bila lengannya direntap kasar. Nadia terus tertoleh.

Ah, aku dah agak dah. Siapa lagi nak rentap tangan aku kalau bukan Ez, rungut Nadia dalam hati. Wajahnya jelas menunjukkan riak kurang senang. Apa lagilah Ezuan mahu daripadanya.

"You nak balik mana?"

"Apa you peduli, Ez?"

"Kenapa you terima tawaran ayah?"

"Apa salahnya? I dapat naik gaji, siapa tak nak?" balas Nadia. Dia dengan beraninya menjawab dengan suara penuh yakin. Kalau dahulu Nadia tidak seberani ini, ini Nadia yang baru membuat transformasilah.

"You nak lari dari I, kan?"

"Tanya lagi." Nadia membalas persoalan Ezuan.

Ezuan semakin tidak puas hati, Nadia di hadapannya bukan yang dia kenal dulu.

"You jangan ingat you boleh lari dari I, you dah lupa selama ni siapa yang bela you?"

Biadab, dia cakap macam aku ni binatang.

Nadia menghembus nafas dengan kasar, geram bila Ezuan mengungkit.

"Kalaulah you lupa, dulu you bagi I tinggal di rumah you tu dengan alasan suruh I jaga rumah you, kan? Bersihkan rumah you, kemas, kadang-kadang cuci baju you, masak untuk you kalau you balik jenguk rumah tu, dah serupa amah I masa tu. Kadang-kadang tolong you buat assignment masa you belajar dulu. Bukan I duduk free. Kemudian apa lagi? Kerja, bukan you bagi. Bapak you yang bagi I kerja sini, you cuma cadangkan aje. Lagi apa? Kereta you yang bagi, I tak minta pun. Itupun I dah pulangkan. Semua harta you bagi I, yang I tak minta tu semua I tinggal kat rumah you. Ingat ya, I tak pernah minta, you yang bagi semua tu. Sekarang you ungkit macam I bawa lari semua harta you."

Nadia berhujah panjang, dia memang tak puas hati. Ezuan yang mendengar semakin geram, tangannya mencengkam lengan kurus Nadia dengan lebih kuat. Nadia mengaduh sakit, wajahnya berkerut walaupun dia cuba mengawal riak marahnya.

Mata Ezuan tajam menikam mata Nadia. Nadia makin tidak selesa.

"Lepaslah," ucap Nadia separuh menjerit, tangannya cuba untuk lepas daripada cengkaman Ezuan. Jari-jemari tangan kanannya cuba untuk mengumpil jari-jemari Ezuan yang masih melekap pada lengannya.

"Nadia!" laung satu suara. Nadia menoleh.

"Alan!"

Nadia menyebut namanya separuh menjerit. Ezuan juga menoleh ke arah Alan yang semakin menghampiri, cengkamannya menjadi longgar bila fokusnya beralih ke arah lelaki yang tidak dikenalinya itu.

Nadia mengambil peluang untuk meloloskan diri daripada cengkaman Ezuan, laju sahaja kakinya berlari anak ke arah Alan. Cepat-cepat Nadia memaut lengan Alan dan mengajak Alan pergi dari situ, mereka sama-sama beriringan pergi ke salun kecantikan Alan.

"Nasib baik you ada. Kalau tak, tak tahulah apa jadi." Nadia mengadu. Lengan kirinya masih lagi sakit kerana perbuatan Ezuan tadi. Mesti biru lengannya nanti.

"That's your ex?"

Nadia mengangguk sahaja.

"You tak rugi apa-apa kalau lepaskan lelaki macam itu," balas Alan lalu tersengih senget. Okeylah, kacak tetapi boring, lelaki macam itu boleh jumpa kat mana-mana.

"Baguslah kalau you rasa macam tu," ujar Nadia.

Nadia mengambil tempat di satu sofa panjang yang ada di hujung salun itu. Dia menyapa dua orang pekerja Alan, Anna dan Ming. Nadia baru sahaja tahu nama mereka bila ternampak tag nama di dada mereka, walaupun tak kenal antara satu sama lain sebelum ini, tetapi pernah sahaja mereka berselisih.

NADIANAWhere stories live. Discover now