Bab 13

401 6 0
                                    

"Hah... Penat," keluh Nadia. Masa tengah membeli-belah tidak terasa penat, tapi bila dapat bangku duduk barulah terasa semua sendi-sendi badan sudah terasa lenguh. Tangannya sudah penuh dengan pelbagai beg plastik dan beg kertas berisi pakaian dan kasut daripada yang berjenama sehingga yang tiada jenama. Berat sampai rasa tangan macam nak tercabut. Kaki pun sudah lembik untuk berjalan lagi. Seronok sangat membeli-belah sampai makan pun lupa. Mujur solat tak lupa, sempatlah Nadia solat maghrib dulu tadi di surau sebelum mereka mula menjelajah pusat membeli-belah ini. Nasib baik Clara mahu tunggu Nadia solat sebentar. Dia seorang yang sangat memahami orangnya.

"Nah, air you." Clara menghulur secawan Lemon Green Tea kepada Nadia. Dia mengambil tempat di hadapan Nadia. Mereka sama-sama perlu merehatkan kaki sebelum menyambung sesi membeli-belah mereka semula.

"Terima kasih."

Clara senyum saja.

"Terima kasih tau Clara teman I shopping ni. Kalau tak ada you, tak tahu macam mana nak bawa semua ni." Nadia memang nak putus tangan angkat semua barang-barang ni, itu pun separuh daripada hasil tangkapannya tadi Clara tolong angkatkan. Clara senyum, dia tak kesah pun sebab biasalah perempuan kan suka membeli-belah.

"Banyak betul you beli. I pun terkejut." Clara tak sangka Nadia akan 'naik hantu' bershopping, berpuluh pasang baju Nadia beli. Mujurlah semuanya berpatutan, Nadia awal-awal lagi sudah beritahu hendak pergi membeli-belah di tempat yang cantik-cantik bajunya tetapi harga berpatutan. Jadi Clara bawa Nadia ke Times Square ini, barang-barangnya murah dan banyak pilihan. Nadia tak kesahlah tidak berjenama ke, made in China ke, Thailand ke, janji dapat menambah koleksi sementara almarinya masih kosong.

"I lepas geram. Hari ni I kena siram dengan kopi, I nak hilangkan stress I dengan shopping."

Clara ketawa, tadi di dalam kereta Nadia sudah bercerita tentang apa yang sudah terjadi. Kenapa dia disiram kopi, semuanya sudah Clara tahu. Bila Alan tak ada, tiada lagi penghalang untuk Nadia berkongsi kisahnya. Kalau bercerita pada Alan, dia lelaki. Perasaan bercerita dengan lelaki dan perempuan tak sama. Asalkan Clara berjanji tidak akan beritahu Alan yang luahan rasa Nadia bukan lagi eksklusif untuk dia, Nadia tidak kesah bercerita kepada Clara.

"Tapi seronok juga keluar shopping dengan you. I jarang keluar dengan kawan-kawan I sebab Alan tak bagi sangat. Dia tak percaya dengan kawan-kawan I, dia cakap kawan-kawan I beri pengaruh buruk pada I. Nak keluar dengan kawan I yang lain susah sikitlah. Dia lagi teruk daripada parent I, my mom and dad never asked me where am I going, but Alan asked all sort of questions; Keluar dengan siapa? Mau pergi mana? Bila mau balik? penat nak jawab."

Nadia tidak terkejut mendengar kata-kata Clara itu, kalau dengan kekasih dia yang belajar beribu batu pun dia sibuk nak tanya, inikan pula Clara, adik sendiri. Mungkin Alan jenis orang yang bertanggungjawab, sentiasa risaukan mereka yang penting baginya.

"Tapi dia percaya sama you, sekali saja minta keluar dengan you dia sudah bagi." Clara bercerita, mata Nadia bersinar, tertarik dengan apa yang dikatakan Clara.

"I pun seronok keluar dengan you. Sebelum ni I keluar dengan ex I aje, ini kali pertama I boleh buat pilihan sendiri nak beli apa, boleh jelajah seluruh mall ni untuk shopping. Sebelum ni keluar dengan lelaki, mana dia nak jalan mall besar-besar ni. Masuk dua tiga kedai, beli itu, beli ini, kemudian terus ajak balik." Nadia teringatkan kisah hidupnya yang membosankan tu. Macam orang tak ada life, tempat kerja dan rumah sahaja dunianya. Kawan pun tak ada yang rapat, cuma ada Ezuan Rizal seorang sahaja. Sekarang baru dia dapat menikmati kehidupan sebenar. Rasa macam baru dapat keluar dari gua.

"Samalah. Since Alan tak berapa suka kawan-kawan I, kalau nak shopping mesti pergi dengan dia atau Brian. Or... Anna, Ah Ming, yang temankan. Tapi jarang dapat keluar sebab mereka semua busy. Dan kalau keluar sama Brian macam you keluar dengan ex-boyfriend you la, semua mau cepat. Jalan baru dua tingkat, sudah mau balik. But Alan kind of okaylah, because he appreciates beauty very much, so he can stay to choose the best items."

NADIANAWhere stories live. Discover now