THE RIDDLE II

801 50 2
                                    

| Chapter 24  |
-
P E T U N J U K
-

Tidur yang nyenyak dikejutkan dengan azan yang berkumandang tidak jauh dari kawasan rumah. Matanya di buka dan syiling kosong menyapa mata. Akid Zufairy bangun dari baringannya dan duduk di birai katil. Dia melihat ke arah gambar Airis yang ada di sisi meja lampu tidur dan tersenyum.

Tanpa melengahkan waktu dia bangkit, mencapai tuala dan berlalu ke bilik air. Selesai membersihkan diri, berwuduk dan memakai baju, sejadah kepunyaan Airis di bentangkan. Saat selesai tahiyat terakhir, kedua tangannya di tadah berdoa.

"Ya Allah, sesungguhnya kepada Engkau aku meminta. Aku mohon ya Allah agar di ampunkan dosaku kerana banyak melupakan Kau yang Maha Pencipta. Lalai dalam mencintai dan memikirkan selainMu ya Allah. Aku mohon Ya Allah, kembalikan Airis pada aku dan keluarganya. Berikan aku petunjuk di mana keberadaanya, di mana dia ya Allah. Makbulkanlah permohonanku ini Ya Rab.  Rabbana atina fidun ya hasanah wa qina anzalbana.." kedua tapak tangannya naik menyapu muka.

Usai doa di aminkan Akid berdiri melipat sejadah yang digunakan sebelum dia melangkah keluar ke luar balkoni. Udara di waktu subuh itu begitu terasa nyamannya bila menusuk masuk ke rongga pernafasan. Cuba mendamaikan fikiran yang resah memikirkan di mana lagi dia mahu mencari Airis si tunangnya.

Dia berpaling menghadap bilik Airis. Di perhati segenap ruang dalam bilik itu dan kedua matanya tertarik ke arah sesuatu. Akid berjalan masuk dan tangannya  mencapai sebuah album yang agak tebal.  Di muka kulit album itu tertulis All About Airis Ahna Memories . Akid mengambil tempat di sofa yang berhadapan balkoni.

Album itu di buka dan gambar pertama sekali di lihat adalah gambar kanak-kanak perempuan yang memakai baju berwarna oren. Akid tersenyum lucu, ini mesti Airis ketika kecil, berseluar pendek dan potongan rambutnya yang seperti boyish. Gambar kedua pula gambar tadika Airis Ahna yang sedang tersenyum  manis. Akid turut tersenyum saat memandang senyuman manis Airis.

Helaian kedua di selak ada gambar Airis bersama keluarga. Saat ini, Airis mungkin sedang meningkat remaja. Helaian ketiga di buka sehingga helaian ke lima yang terdapat gambar Airis ketika di sekolah. Berpakaian biru, tahulah Akid yang cik tunang dia tu seorang pengawas sekolah dulu.

Bila sampai di helaian yang tertulis persahabatan, Akid meneliti dari gambar pertama sehingga helaian seterusnya. Banyak sangat gambar Airis bersama kawan-kawannya tetapi sekarang mana mereka? Gambar terakhir Airis bersama kawan-kawan ketika di sebuah majlis. Dan di belakang gambar itu ada sehelai nota. Akid ambil dan buka untuk membacanya.

Persahabatan.. adalah satu hubungan yang terjalin bukan dari darah yang sama tetapi dari hati. Saat hati ikhlas menerima setiap kelebihan dan kekurangan, mereka sudah pun seperti darah daging sendiri. Tanpa mereka, diri ini tidak akan tahu apa itu sakitnya bila kepercayaan di khianati. Malah, bagaimana rasa peritnya melihat ikatan persahabatan putus. Setiap perbalahan menguatkan rasa sayang namun hati yang terluka jua sarat menanggung keperitan. Dari itu, diri mengundur dan mengalah. Menerima setiap pemergian tanpa mempersoalkan apa kesalahan diri. :')

BLUE of Dangerous LordWhere stories live. Discover now